Abang Bangla berniaga pasar malam dapat berpuluh ribu setiap bulan kita bila lagi?

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini sebelum ini. Kali ini Abang nak berkongi kisah benar bagaimana Abang Bangla yang berniaga di pasar malam boleh mendapat pendapatan berpuluh ribu setiap bulan sebagaimana yang diceritakan oleh Bapak Viral Kebangsaan, Khairul Hakimin Muhammad.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Abang Bangla ini berniaga buah anggur di tepi jalan besar di sebuah bandar. Setiap hari beribu kenderaan melalui jalan tersebut.

Beliau buka khemah dan susun anggur itu dari setiap 6.50 pagi. Saya berusaha tengok apa yang beliau buat pada setiap hari. Berlumba siapa dulu lalu dan siapa dulu buka kedai. Saya sanggup melalui jalan ini semata nak tengok hal ini. Hehe.

Anggur itu segar. Sungguh.

Hari ini saya berhenti beli. Saya tanya, boleh habis ke jualan?

Beliau jawab “boleh habis, boleh tak habis. Tapi hari-hari ramai beli.”

Saya tanya lagi, itu semua berapa kilo ada? Dia jawab dalam 100-200 kilo ada sehari.

Maksudnya kalau habis sehari, RM10 x 200kg = RM2,000 sehari.

Kahkahkah. Sebulan RM60,000.00

Kalau margin dia 50% pun dia dapat bersih RM30,000 sebulan. Atau kalau tak habis busuk-busuk pun dalam RM10,000 sebulan.

Gais,

Berniaga adalah sebuah usaha. Kerja juga sebuah usaha. Saya tak tahu dia ini bekerja atau dia sendiri punya perniagaan. Yang saya tahu, dia berusaha.

Bangun pagi, susun buah, dan niagakan. Kemudian balik entah sambung kerja apa pun tak tahu.

Orang yang berniaga di jalanan, akan jumpa berbagai jenis orang. Dia akan lihat dan belajar banyaknya benda. Yang penting ialah berani keluar dari rumah dan usahakan.

Kena tengok diri sendiri semula. Mahu rezeki masuk atau mahu pintunya itu Allah tutup. Itu semua kita sendiri yang kawal. Sungguh.

Allah susun semua rezeki kepada mereka yang berusaha. Bab berjaya atau tak, berserah. Paling kurang kita dah mencuba.

Tak berjaya, kita menang bab pengalaman dan pelajaran.
Kalau berjaya, kita menang dalam membantu orang ramai. Kita masih menang dalam dua-dua hal.

Kawan-kawan,

Bangun pagi, jadi orang menang. Kita yang putuskan, yang kawal dan yang mahu jadikan diri kita berjaya. Bukan orang lain okey.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
1998-1999 jual nasi lemak tepi jalan. Haha nak juga.

P/s: Oh ya jangan tanya beliau berdiri di jalan mana, saya bimbang kena ganggu dengan orang lain atau Majlis. Huhu maaf ya.


Spread the love

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!