Think Quran Plus: Pelaburan Sekali, Pahala Selamanya

Spread the love

Dalam hidup, kita sering bercakap tentang pelaburan dunia saham, emas, kripto, hartanah dan sebagainya. Tapi berapa ramai yang benar-benar fikir tentang pelaburan akhirat?

Sebenarnya, ada satu pelaburan yang tidak pernah rugi. Pelaburan yang bukan sahaja menambah nilai diri, tetapi juga menjadi saham pahala yang terus mengalir iaitu memahami dan mengamalkan Al-Quran.

Dan di sinilah Think Quran Plus hadir sebagai solusi moden untuk bantu umat Islam seluruh dunia faham makna ayat Al-Quran dengan lebih cepat, mudah dan konsisten.

Apa Itu Think Quran Plus?

Think Quran Plus ialah versi premium daripada aplikasi Think Quran, satu platform pembelajaran Al-Quran yang menggunakan teknik active recall dan fokus kepada 900–1000 perkataan paling kerap dalam Al-Quran.

Dengan hanya 15 minit sehari, pengguna boleh memahami sehingga 80% makna ayat Al-Quran, walaupun tanpa asas Bahasa Arab yang mendalam.

Ciri-ciri Think Quran Plus:

  • ✅ Tiada iklan, pengalaman belajar tanpa gangguan
  • ✅ Akses penuh ke semua latihan dan kuiz
  • ✅ Ciri Review Mistake untuk semak semula kesilapan
  • ✅ Sokongan pelbagai bahasa dan platform (mobile & desktop)
  • ✅ Akses seumur hidup – sekali bayar, guna selamanya

Harga Think Quran Plus ialah USD 88 (~RM 399) pelaburan sekali sahaja untuk manfaat sepanjang hayat.

Baca juga : https://thinkquran.ai

Pelaburan Dunia vs Pelaburan Akhirat

Ramai sanggup melabur ribuan ringgit untuk kursus bisnes, gadget atau pelaburan saham. Tapi kalau kita fikir balik apa nilai semua itu di sisi Allah?

Pelaburan di Think Quran Plus bukan sekadar pembelian aplikasi. Ia adalah pelaburan ilmu dan pahala berterusan. Setiap kali kita faham makna ayat yang kita baca, setiap kali lidah menyebut kalimah Allah dengan penghayatan, pahala itu terus mengalir tanpa henti.

Bayangkan pula kalau kita kongsi link Think Quran dengan orang lain dan mereka belajar serta faham makna Al-Quran disebabkan kita. Itulah pahala jariah digital yang tiada tarikh luput.

Dari Malaysia ke Dunia

Kini, Think Quran telah digunakan oleh lebih 1,1 juta pengguna global dari pelbagai negara. Ramai testimoni mengatakan bahawa selepas menggunakan Think Quran, mereka dapat memahami solat dengan lebih bermakna, dan rasa lebih dekat dengan ayat-ayat Allah.

Antara kelebihan yang sering disebut pengguna:

“Dulu saya baca Al-Quran tapi tak faham. Sekarang bila saya baca, saya menangis sebab faham apa Allah sampaikan.”

Itulah kekuatan sebenar Think Quran ia bukan sekadar aplikasi, tapi jambatan antara hati manusia dan kalam Allah.

Baca juga : Dari Malaysia ke Dunia: Kejayaan Global Think Quran

Penutup: Rezeki Takkan Sempit Bila Labur Untuk Al-Quran

Dalam satu hadis sahih, Rasulullah SAW bersabda:

“Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya.”
(HR. Bukhari)

Maka, kalau hari ini kita boleh labur untuk dunia, jangan lupa labur sedikit untuk akhirat. Kerana dengan Think Quran Plus, kita bukan sahaja labur untuk diri sendiri kita labur untuk pahala selamanya.

Daftar sekarang di: https://thinkquran.com
Pelaburan sekali, pahala selamanya.


Spread the love
author avatar
Amirul Fahim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!