Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Mesti kita pernah tertanya, kenapalah susah sangat nak dapat ketenangan hati, hidup sentiasa positif dan lain-lain.
Hari ni saya kongsi 8 PENYEBAB kenapa kita susah untuk sentiasa kekal positif dan susah untuk mendapat ketenangan hati.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
1. Selalu bersedih.
Maksudnya, kita tidak bersedih atas sesuatu perkara sehingga melampau-lampau. Contohnya kematian. Betul, memang sedih. Tetapi tidaklah melampau-lampau sehingga meratap dan seumpamanya. Sebab ia akan mengganggu ketenangan hati dan hidup sentiasa negatif.
2. Rasa gelisah.
Gelisah ini biasanya berkaitan dengan dosa. Sebab Rasulullah pernah beritahu dalam satu hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad, yang mana dosa adalah segala perkara yang membuatkan kita gelisah dan tak nak orang tahu. Maka, bertaubatlah!
3. Malas
Ini sikap yang semua orang maklum bahawa ia akan menjadi penyebab utama kita susah nak positif, dan hilang ketenangan. Sebab banyak kerja tertangguh.
4. Lemah
Rasulullah pernah menyebut dalam suatu hadis riwayat Muslim dan Ahmad, yang mana Allah lebih menyukai mukmin yang kuat berbanding mukmin yang lemah. Hidup jangan lembik je.
5. Pengecut
Hidup kena berani, apatah lagi bila berhadapan perkara yang kita tak suka. Jangan jadi pengecut, lebih-lebih lagi kalau kita dah buat salah. Kena berani hadapi.
6. Bakhil
Apabila kita sentiasa kedekut, percayalah, hidup kita tak akan tenang, malah kita sentiasa akan merasa negatif dengan orang di sekeliling.
7. Cengkaman hutang.
Yang ini pun ramai sedia maklum. Berhutang ini membuatkan kita rasa gelisah, hidup tak tenang, rasa serba salah, dan macam-macam lagi.
8. Penindasan orang.
Apabila kita lemah, malas dan sentiasa bersedih, akan ada kemungkinan besar bahawa hidup kita akan sentiasa ditindas orang. Dan bila kita selalu di tindas, itu yang menyebabkan kita sentiasa rasa negatif dengan kehidupan, rasa sedih, gelisah, dan seumpamanya.
Dan lebih menarik, semua ini adalah dalam doa perlindungan di dalam al-Mathurat.
Kalau kita selalu baca al-ma’thurat, inshaAllah kita akan selalu baca doa minta perlindungan daripada perasaan bersedih dan gelisah, sikap malas dan lemah, jiwa pengecut dan bakhil serta keadaan cengkaman hutang dan penindasan manusia.
Semoga bermanfaat 🙂
11 Comments
Begitulah cabaran hidup di dunia. Apatah lagi jika malas solat. Benarlah bahawa, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.
Curahan rasa SENTIASA PANAS @ ..Kenapa Umat Islam ‘Diharamkan’ Melawat Masjid Al-Aqsa?
Betul tu, tak dinafikan zaman sekarang banyak perkara yang boleh buat manusia rasa galau semacam. Kalau kita tak cuba bendung kita akan terus dibelenngu rasa gelisah tu. Banyakkan usaha untuk dekat diri dengan Allah. InsyaAllah. Allah sebaik baik penolong.
Lakukan 4 Perkara Ini Untuk Ketenangan Hati, Rumahtangga Aman Bahagia Dan Hilang Rasa Was-was
Rasa kedekut itu memang sukar nak dibuang, dalam dompet ada RM5 dan RM50, biasanya akan hulur RM5 sahaja.
Curahan rasa Ikhwan @ ..3 Sebab Melabur Dalam Hartanah
sikap kedekut harus dibuang. sebab lebih banyak kia memberi lebih banyak allah balas dengan kesenangan.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Jodoh-Jodoh Annisa
Hati tak tenang bermula dari diri sendiri. kita sendiri yang perlu muhasabah dan cari punca kenapa hati tak tenang
Curahan rasa Sakinah Hamid @ ..Cara Hilangkan Ruam Panas yang Semua Ibu Boleh Buat
terima kasih atas perkongsian yg sgt bermanfaat ni. semoga kita semua beroleh ketenangan hati sentiasa, insyaAllah.
buat perkara negatif akan membuat hati tidak tenang…
pemikiran mesti positif selalu..
setiap masa dan setiap hari
Curahan rasa mrhanafi @ ..Lagu Rock Lama
“(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.” (QS. Ar-Ra’d : 28)
Curahan rasa Dawaihati @ ..Cara Diet Sehat Alami untuk Menurunkan Berat Badan
ilmu sangat bermanfaat. semoga hati2 kita sentiasa tenang. moga allah beri ketenangan kepada semua yang mencariNya…
Curahan rasa Wan syahida @ ..Kursus Mobile Spa Termurah 2019
A simple reminder tapi menusuk kalbu. Tahu pasal Al-Mathurat ni tapi tulah khilaf diri sendiri tak amalkan. Baca bila sedih jer…. huhuhuuuu…
Curahan rasa Mrs. A @ ..Kisahnya
terima kasih sudah d share, artikelnya menarik semoga bisa bermanfaat juga bagi yang lain, jangan lupa kunjungi web, grosirgamismurah.net.
Comments are closed.