Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,
Kerajaan hari ini bersetuju Program skim i-Sinar diperluaskan jumlah pengeluar kepada 8 juta pencarum daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerjaan (KWSP) yang terjejas.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kadar minimum pengeluaran turut dinaikkan daripada RM9,000 kepada RM10,000 membabitkan peruntukan RM70 bilion
Cara nak Memohon…
Tambahannya lagi, “Mereka cuma perlu memohon di dalam talian atau hadir di mana-mana pejabat KWSP. Tunjukkan sahaja bukti mengenai kehilangan pekerjaan, notis cuti tanpa gaji, potongan gaji, elaun atau OT mahupun pengurangan pendapatan jika bekerja sendiri.”
Perkara itu dimaklumkan Menteri Kewangan sewaktu sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat petang ii.
Sementara itu, KWSP akan mengemaskinikan maklumat lanjut di isinar.kwsp.gov.my
Menteri Kewangan, Tengku Zafrul;
Setelah saya berbincang lanjut dengan pengurusan KWSP pagi tadi, sukacita diumumkan bahawa program i-Sinar kini dibuka dan diperluaskan kepada SEMUA ahli yang terjejas pendapatan mereka. Tidak kira samada disebabkan hilang pekerjaan, ataupun telah terkurang pendapatan mereka tahun ini — ahli tersebut layak memohon untuk membuat pengeluaran dari Akaun 1.
Tanpa mengira ahli tersebut pekerja sektor formal atau bekerja sendiri, tanpa mengira ahli aktif mencarum atau tidak,— selagi terjejas pendapatan dengan ketara bolehlah mengeluarkan simpanan dari Akaun 1 sehingga maksimum 10 ribu atau 60 ribu mengikut jadual pembayaran i-Sinar yang ditetapkan KWSP.
Dari 2 juta ahli yang layak sebelum ini, i-Sinar kini kita buka kepada lebih 8 juta ahli. Mereka cuma perlu memohon di dalam talian atau hadir di mana-mana pejabat KWSP. Tunjukkan sahaja bukti mengenai kehilangan pekerjaan, notis cuti tanpa gaji, potongan gaji, elaun atau OT mahupun pengurangan pendapatan jika bekerja sendiri.
4 Comments
Alhamdulillah. Sangat membantu ketika PKP sekarang ini. Mereka mendengar juga keluh kesah rakyat yang terbeban. Walaupun wang untuk simpanan hari tua tetapi keadaan darurat sekarang lebih memerlukan untuk digunakan.
Curahan rasa Zaini @ ..Apa aktiviti boleh dilakukan bersama anak-anak semasa PKP ini?
Berita yang cukup menggembirakan ramai pihak yang sedang dihimpit situasi sukar hari ini. Tahniah semua ahli Parlimen kerana merealisasikan impian pencarum KWSP hehe
Curahan rasa Laila @ ..i-Sinar Diperluaskan Kepada 8 Juta Pencarum || Pengeluaran Akaun 1 KWSP Maksimum RM10 Ribu
Alhamdulillah. Dapatlah kurangkan bevan kepada yang Amat memerlukan. Dan jimat belanja juga Sangat perlu. Usah boros berbelanja., bersederhana di masa ini.
Curahan rasa Geng Borak @ ..Tarikh Bayaran RM3,000 Geran Khas Prihatin 2.0 Bermula Pada 30 November
Comments are closed.