8 Jenis Rezeki Yang Di Sebut Dalam Al-Quran

Spread the love

Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Tidak ada seorang manusia yang hidup di dunia ini Allah tinggalkan dia tanpa rezeki. Setiap manusia sudah ditetapkan rezeki untuknya oleh Allah SWT sejak di dalam rahim lagi.

Jangan kata manusia, malah haiwan pun sudah ditetapkan rezekinya. Firman Allah dalam surah Hud ayat 6, mafhum-Nya :

Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).”

Jadi apa yang perlu kita risau? Tidak perlu risau lagi tentang rezeki kita ataupun nak dengki dengan rezeki orang lain.

Rezeki bukan datang dalam bentuk wang ringgit semata-semata. Tetapi, pengertiannya amat luas sekali. Ini adalah 8 jenis rezeki yang di sebut di dalam Al-Quran.

1 – Rezeki Yang Telah Dijamin

“Tidak ada satu makhluk melata pun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin ALLAH rezekinya.” (Surah Hud : 6)

2 – Rezeki Kerana Usaha

“Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya.” (Surah An-Najm : 39)

Baca : Setiap Saat Dan Detik Itu Adalah Rezeki

3 – Rezeki Kerana Bersyukur

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu.” (Surah Ibrahim : 7)

4 – Rezeki Tidak Terduga

“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.” (Surah At-Thalaq : 2-3)

5 – Rezeki Kerana Istighfar

“Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyakkan harta.” (Surah Nuh : 10-11)

6 – Rezeki Kerana Bernikah

“Dan nikahlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka ALLAH akan memberikan kecukupan kepada mereka dengan kurniaNya.” (Surah An-Nur : 32)

Baca : 7 Tips Untuk Memperoleh Rezeki Yang Melimpah Ruah

7 – Rezeki Kerana Anak

“Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.” (Surah Al-Israa’ : 31)

8 – Rezeki Kerana Sedekah

“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka Allah akan melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak.” (Surah Al-Baqarah : 245)

Baca : Rezeki Allah Bukan Sekadar Wang Ringgit

Jangan lah bersedih, kita kena tahu yang rezeki setiap orang lain-lain. Bersangka baik lah pada Allah. Mungkin rezeki kita belum lagi. Mungkin ada rezeki yang lebih baik lagi yang Allah nak bagi kepada kita selepas ini.

Percayalah ada sesuatu yang lebih baik lagi dari apa yang anda impikan. Allah maha mengetahui segala-galanya.

Kita sebagai manusia, kerja kita hanya berusaha saja. Soal rezeki kita bertawakal saja kepada Allah. Sebab rezeki itu Allah yang bagi.

Mudah-mudahan bertambah rezeki untuk kita semua. Aamiin.

Baca : Berkongsi Makanan Adalah Magnet Rezeki


Spread the love

3 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!