7 VIP di Akhirat yang ramai tak tahu.

Spread the love

Assalammualaikum dan salam Rejab.

“Ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah SWT pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya [Q1].

  1. Pemimpin yang adil,
  2. Seorang pemuda yang menyibukkan dirinya dengan ibadah kepada Allah SAW,
  3. Seorang yang hatinya selalu terikat pada masjid,
  4. Dua orang yang saling mencintai kerana Allah SWT berkumpul dan berpisah kerana Allah juga,
  5. Seorang lelaki yang di ajak zina oleh wanita yang kaya dan cantik tapi ia menolaknya sambil berkata ‘Aku takut kepada Allah’,
  6. Seseorang yang bersedekah dengan menyembuyikannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya, serta
  7. Seorang yang berzikir kepada Allah di kala sendiri hingga meleleh air matanya “basah kerana menangis.”

(Sahih Bukhari)

Huraian :

1- Imam / pemimpin yg adil

Bila ada “sifat yg adil”, ia merujuk kpd pemimpin, bukan imam solat. Nabi adalah seorang pemimpin yang adil, sebagai Perdana Menteri / Ketua Negara di Madinah. Begitu juga dgn Khulafa ar Rasyidin, dan seterusnya.

Adil tidak hanya bermakna equal / sama rata. Adil, meletakkan sesuatu pada tempatnya. Pemimpin yg adil – letak Allah & Rasul paling atas. Segala keputusan dalam pemerintahan untuk mendapat redha Allah.

Mana-mana pemimpin yang mengikut pemerintahan Nabi, InsyaAllah akan mendapat teduhan akhirat kelak.

2- Pemuda yg menyibukkan dirinya beribadah kpd Allah / remaja yg meningkat usianya dlm ketaatan kpd Allah.

Jika kita sudah tidak masuk kategori remaja, mudah2an anak kita berkesempatan termasuk dalam golongan ini.

Usia remaja, ada banyak pengaruh buruk, banyak ujiannya.

Tha’labah, seorang remaja di zaman Nabi, satu ketika dia disuruh Nabi ke suatu tempat. Dalam perjalanan, dia melalui sebuah rumah, yang terselak langsir rumah itu sehingga menampakkan seorang wanita yang sedang mandi. Bila Tha’labah terlihat wanita itu, dia sangat ketakutan, khuatir akan ada ayat Quran turun kerana peristiwa mengintai itu.

Dia ketakutan dan lari keluar dari Madinah, menyembunyikan diri di sebuah gua berhari-hari, menyebabkan Nabi tercari-cari kelibatnya. Dia merasakan dirinya terlalu berdosa.

Ketika kematiannya, sewaktu jenazahnya diusung ke perkuburan, begitu ramai malaikat mendoakan jenazahnya.

3- Seorang yang hatinya selalu terikat pada masjid.

Orang hatinya terikat dgn masjid / surau, tidak kira usia, kaya atau miskin. Antara tanda no 1, dia selalu datang masjid. Solat berjemaah, baca taklim, dengar kuliah, i’tikaf dan sebagainya..

Bila masjid perlukan bantuan kewangan, dia antara yang laju bagi infaq. Jika tak mampu, dia akan sumbangkan masa dan tenaga untuk ajak orang lain sama-sama makmurkan masjid.

Hatinya akan seronok bila masjid imarah, ramai jemaah. Mintalah pada Allah, agar hati kita terikat dengan masjid / surau.

4- Dua orang yang saling mencintai kerana Allah SWT, berkumpul dan berpisah kerana Allah juga.

Antara ciri utama – saling nasihat menasihati, berani berkata benar kepada perkara yg tidak betul.

Hargailah nasihat sahabat yg ikhlas menegur kerana Allah. Kena tegur / buat sesuatu kena ikhlas & ikut cara yg betul.

Sunat kita bagitahu dia, “aku sayang kamu kerana Allah”.

5- Seorang lelaki / Pemuda yang di ajak zina oleh wanita yang kaya dan cantik tapi ia menolaknya sambil berkata ‘Aku takut kepada Allah’

Orang muda yang digoda – orang muda nafsunya tinggi, beza dengan orang yang sudah lanjut usia. Digoda oleh perempuan yg cantik, berpangkat / kaya.

Group ini akan diketuai oleh Nabi Yusuf a.s.

Hensem Nabi Yusuf ni menjadi bius. Perempuan yang melihatnya, terlalu asyik sehingga terpotong tangan sendiri.

6- Seseorang yang bersedekah dengan menyembuyikannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya

Apa yg penting, ikhlas. Tidak semestinya kuantiti yang banyak. Sedekah yang ikhlas diibaratkan macam insurans dalam kubur.

Bagi duit raya sebelum raya (bulan Ramadhan), skor pahala lebih tinggi. Firman Allah SWT dalam surah Ibrahim ayat 7 :

14:7

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan;
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”.
(Ibrahim 14:7)

7- Seorang yang berzikir kepada Allah di kala sendiri hingga mengalir air matanya “basah janggutnya kerana menangis.”

Duduk bersendirian muhasabah diri, mengigati kesalahan-kesalahan dan dosa yang lalu, menitis air mata kerana bertaubat, membawa keinsafan diri.

Kita perlu berusaha untuk menjadi salah seorang daripada 7 golongan ini. InsyAllah, kita akan ada hala tuju yang jelas di akhirat nanti.

Mudah-mudahan dengan sedikit perkongsian ini akan dapat dijadikan panduan untuk membuat perubahan. Semakin hari, kita semua akan melangkah ke hadapan mendekati mati, tiada siapa yang melangkah ke belakang menjauhi mati.

Wallahu’alam.

Dah baca ? Klik butang share 🙂


Spread the love

2 Comments

  1. artikel yang amat informatif. Baru tahu pasal 7 VIP di akhirat .. moga ia menjadi panduan untuk kita menjadi seorang muslim yang lebih baik di masa akan datang

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!