7 Tips Untuk Memperoleh Rezeki Yang Melimpah Ruah

Spread the love

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Setiap insan sudah tentu mahukan rezeki yang luas serta diberkati Allah. Walaupun sedikit tetapi bila ia diberkati tentu sahaja rasa dicukupi dengan baik dalam kehidupan harian. Bukan berapa banyak yang diperolehi tetapi lebih penting kalau ia mencukupi untuk diri sendiri serta keluarga.

Sudah tentu ramai diantara kita ingin memastikan hidup sentiasa dilimpahi kurnia dengan nikmat rezeki dari Allah. Selain berusaha keras, terdapat juga amalan zikir yang membantu peluang dan jalan membuka rezeki yang lebih luas lagi.

Jom kita amalkan.

1. Memperbanyak membaca – La Hawla Wala Quwwata Illa Billah

Maksud: Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata.

Barang siapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa billah. (HR. At-Tabrani)

2. Membaca – La Ilaha Ilallah Al Malikul Haqqul Mubin

Maksud: Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Allah yang Maha Benar lagi Maha Nyata.

Barang siapa setiap hari membaca La ilaha illalla al malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur. (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami)

Mari kita ikuti amalan mulia ini, kerana Allah suka orang yang berkongsi rezeki. Kita sentiasa dekat denganNya.

3. Membaca – Subhanallahi Wabihamdihi Subhanallahil ‘Adziim

Maksud: Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya, Maha Suci Allah yang Maha Agung.

Dari setiap kalimat itu seorang malaikat yang bertasbih kepada Allah Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu. (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

4. Membaca Surah Al-Ikhlas

Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkat bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya. (HR. At-Tabrani)

5. Membaca Surah Al-Waqi’ah

Barangsiapa membaca Surah Al-Waqi’ah setiap malam maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup. (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)

6. Lazimi Istighfar

Barangsiapa melazimkan beristighfar nescaya Allah akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezeki dari arah yang tidak pernah diduga. (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)

7. Memperbanyak selawat ke atas Nabi

Dari Umar bin Khattab dari Nabi Muhammad SAW bersabda: Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali selawat maka Allah akan membalas sepuluh kali selawat dan mengangkatnya sepuluh darjat.

Ya Allah, Berikanlah kepada kami rezeki yang luas. Kurniakanlah kepada kami rezeki yang Halal lagi baik tanpa memberatkan kami. Semoga Allah memberikan kita rezeki yang melimpah ruah serta berkat. Aminn

Baca juga : Rezeki Allah Bukan Sekadar Wang Ringgit dan Berkongsi Makanan Adalah Magnet Rezeki

Wallahu’alam 🙂


Spread the love

21 Comments

  1. saya nak tanya ..
    ada perbezaan ke kalau kita baca surah Al-Waqi’ah pada waktu pagi dan malam?
    sebab saya selalu baca pada artikal kita akan dapat rezeki tanpa di sangka-sangka jika kita selalu membaca surah Al-Waqiah pada waktu malam..
    hbs kalau kita baca waktu siang mcm mana pulak?
    sekian terima kasih

  2. Terima kasih atas perkongsian, sangat-sangat bermanfaat. Alhamdullilah Rezeki semua datang dari Allah, jadi nak rezeki yang berkat selalulah memujiNya, inshaAllah

  3. Hendak beramal (jadikan sebagai wirid) kesemuanya pun boleh. Hendak beramal dengan salah satunya pun boleh. Kalau hendak amal semua, susun ikut waktu. 1-3, jadikan satu..amal pagi lepas subuh. 4…amal lepas zohor. 5…amal lepas asar. 6…amal lepas maghrib. 7…amal lepas isyak.

    Begitulah. Atau pilih salah satu, dan amal terus menerus sepanjang hari. Saya pilih selawat.

  4. alhamdulillah, artikel yang menjadi untuk senantiasa mendekatkan diri kepada Allah dalam menghadapi segala urusan, termasuk memohon kelimpahan rezeki bagi kita.
    semoga kita semua diberi kemudahan untuk mengamalkan semua tips ini. Aamiin

  5. alhamdulillah, artikel yang menjadi untuk senantiasa mendekatkan diri kepada Allah dalam menghadapi segala urusan, termasuk memohon kelimpahan rezeki bagi kita.
    semoga kita semua diberi kemudahan untuk mengamalkan semua tips ini.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!