7 Perkara Setiap Blogger Perlu Tahu

Berdasarkan pengalaman aku, ini adalah antara perkara-perkara asas yang perlu diketahui oleh setiap blogger. Ramai orang bertanya, macam mana aku boleh tulis entri yang ramai orang suka (orang cakap, bukan aku) walaupun sebenarnya aku hanya menulis apa yang ramai orang suka baca. Pemilik blog kena faham kehendak pembaca. Itu salah satu perkara asas ni la.. Baca selengkapnya 7 Perkara Setiap Blogger Perlu Tahu:

  1. Takde masalah untuk mengajak kawan & keluarga untuk membaca blog kita, tapi jangan berkecil hati kalau mereka tak baca. Bukan semua orang minat dengan penulisan kita, semua orang berbeza kemahuan dan kegemaran. Jadi kalau nak ramai orang baca blog kita (dalam erti kata lain trafik banyak) berikan apa yang orang nak. Tulis sesuatu yang orang nak baca, nak tahu. Senang je sebenarnya benda ni, gunakan konsep mudah bekalan dan permintaaan (supply and demand). Bagi apa yang orang nak, tulis apa yang orang suka baca.
  2. Bukan semua enrti kita orang minat baca. Ada beberapa entri yang tidak diminati oleh sesetengah orang dan mereka tidak akan membacanya. Normal lah macam tu. Macam beli surat khabar, korang baca tak semua berita yang disampaikan, atau memilih bahagian tertentu untuk dibaca je?
  3. Pembangunan blog tak berlaku dalam satu malam, atau satu bulan atau mungkin juga satu tahun. Pembangunan blog ni berterusan sampai bila-bila. Jadi kalau nak mengharapkan trafik yang tinggi dalam masa yang singkat adalah sesuatu yang susah, kecualilah korang ni artis terkenal (yang membawa persoalan, kenapa artis kita tak buat blog eh? Blog diorang dah boleh jadi sumber pendapatan atau kalau dah kaya sangat boleh je derma duit tu). Kalau tengok blog-blog yang hebat dan banyak follower, awal-awal dulu mana ada apa-apa. Nak dapat 10 komen pun kena penat bertungkus-lumus.
  4. Blog perlu ada matlamat dia sendiri. Kalau buat blog buta-buta tanpa matlamat dan hala tuju, susah untuk dapat pembaca tetap. Blog ni kadang-kadang macam politik. Kalau main politik tapi matlamat kejap-kejap berubah, sekejap cerita itu, sekejap ini lama-lama orang hilang minat dan kepercayaan. Sama halnya dalam blog, blogger corakkan blog dia macam mana yang dia nak dan jangan ubah. Perubahan dan penambahan boleh, cuma biarlah ianya selaras dengan pembangunan blog dan memberikan kesan yang positif.
  5. Isi kandungan adalah elemen terpenting dalam blog. Orang baca blog untuk mendapatkan input berbeza daripada individu lain jadi elakkan daripada menciplak idea orang lain atau lebih buruk lagi copy paste. Ada minda, fikir sendiri dan luahkan melalui blog. Luahkan pemikiran, bukan emosi tapi kadang-kadang emosi juga boleh memainkan peranan untuk menyentuh hati pembaca. Isi kandungan blog yang efektif adalah yang boleh membuatkan pembaca blog tertunggu-tunggu untuk kemaskini seterusnya daripada blogger tersebut.
  6. Tak salah sekali sekala untuk mencuba sesuatu yang baru atau menulis luar dari topik yang biasa kita tulis. Cuma penulisan tu hendaklah dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan bukan sekadar melepaskan batuk di tangga. Keunikan sesebuah blog terletak pada penulis blog tersebut dan buah fikirannya. Isi yang lain daripada yang lain boleh memberikan nafas baru pada blog dan boleh diteruskan sekiranya mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pembaca.
  7. Blog perlulah kelihatan kemas atau sekurang-kurangnya presentable. Manusia suka benda yang cantik, oleh itu jadikan blog kita cantik. Semudah itu. Penggunaan warna yang menyenangkan mata pembaca adalah penting supaya pembaca tak lari kerana warna terlalu bercelaru atau menyengat mata. First impression itu penting dan kalau ada blog kena pastikan first impression kita sentiasa positif kerana tiap-tiap hari memang akan ada pembaca yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke blog kita.

Harap entri ini dapat membantu dalam aktiviti berblogging korang. Paling penting, enjoy blogging. Apa-apa lebih tu, anggaplah ia sebagai bonus.

Keterangan PenulisEntri 7 Perkara Setiap Blogger Perlu Tahu adalah hasil karya Ariffshah yang merupakan seorang blogger yang sangat ngetop sekarang. Blog beliau  Ariffshah.com penuh dengan panduan dan tips yang dapat membantu teman-teman blogger baru dan lama berblogging.

[ad#nuffnang336]

236 Comments

  1. teringat saya zaman kanak2 saya dulu di mana setiap kali hendak tidur pada waktu malam pasti akan didodoikan dan diperdengarkan dengan cerita2 dongeng dan seumpamanya yang menjadi halwa telinga sehingga tertidur oleh mama tersayang.apabila dikaitkan dengan pengikut para blogger, apa yang saya dapat simpulkan ialah mereka(blogger) boleh diumpamakan sebagai si ibu yang mendodoikan anak(pengikut blogger) dengan cerita2 dan idea2 yang sememangnya sentiasa dinanti2kan kedatangannya.tidak semestinya idea2 itu merupakan idea yang segar atau belum pernah dibaca oleh pengikut tersebut, cuma sedikit penambahan dan pengubahsuaian yang menarik mampu membawa kembali pengikut tersebut untuk meneruskan pembacaan mereka.mungkin mereka dah tahu klimaks idea tersebut tetapi mereka tetap meneruskan penghayatan sehingga ke akhirnya kerana mereka nak tahu apa yang bakal akan dikongsikan oleh blogger tersebut.mereka nak tahu buah fikiran blogger kesayangannya.sama juga halnya dengan si anak yang didodoikan oleh maknya dengan cerita yang mungkin sama, tetapi si anak tersebut setia dan sanggup mendengarnya kerana memang itu yang dinanti-nantikannya.

  2. sebuah blog menarik… first time baca dah tertarik…banyak info baik yang ditulis secara santai… akan teruskan membaca dan kelapangan insyaAllak saya akan tingalkan komen..

    yups.. memang betol lain penulis lain citarasa dan pelbagai corak penulisan kita akan temui dalam banyak blog.. itu yg menarik tentang blogging nih..

    tak jemu baca blog2 baru dan akan terus membaca!

    BLOG FOR LIE
    Curahan rasa manakedai @ ..BC NG TRADING MESIN &amp ALATAN JAHITANMy Profile

  3. Pingback: 7 Perkara Setiap Blogger Perlu Tahu « Manakedai's Blog
  4. artis ni bz ngan macam-macam hal..shooting tak tentu masa.. payah jugak nak update dan melayan semua orang..
    rasanya semua orang akan serbu page tu lepas tu nanti dia pun dah tak terjawab dah apa orang dekat situ tanye..lepas tu jadi isu..keh3x.
    KOT..men pk je ;p
    Curahan rasa el @ ..final exam sudah tibaMy Profile

      1. Blog hanyalah sebuah media dan sarana untuk menyampaikan pesan hasil buah pikiran dan juga ekspresi perasaaan seseorang /kelompok orang di internet. Baik buruknya blog sangat tergantung dari blogger, yaitu orang yang memiliki dan mengelola blog.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!