7 makanan dan minuman yang sebabkan kita migrain

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sakit kepala sebelah atau migrain memang tidak menyebabkan kematian, tetapi jika tidak diatasi, akan sangat mengganggu aktiviti dan produktiviti. Migrain adalah masalah neurologis yang menyebabkan rasa sakit, mual dan kepekaan terhadap cahaya.

Sakit kepala boleh melemahkan dan kadang-kadang juga dimulai dengan gangguan penglihatan, yang dikenali sebagai aura.

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Elakkan pengambilan makanan dan minuman yang boleh menjadi penyebab kepada masalah migrain. Berikut adalah makanan dan minuman boleh menjadikan masalah migrain anda menjadi lebih serius.

1) Produk susu

Makanan atau minuman yang berasaskan produk tenusu dikaitkan dengan migrain. Menurut SteadyHealth, produk-produk tesusu mengandung histamin, yang boleh menyebabkan perubahan kimia yang menyebabkan migrain. Pengambilan krim masam, yogurt atau buttermilk boleh menjadi penyebab migrain.

2) Tyramine

Penyebab migrain yang lain adalah makanan yang mengandung tyramine. Tyramine biasanya banyak terkandung dalam keju, mozzarella atau cheddar.

3) Produk daging

Makanan dari produk daging juga boleh menyebabkan migrain. Daging banyak mengandung nitrat yang dikaitkan dengan migrain. Jika Anda mengalami migrain, elakkan makan hot dog, sosej, sardin, hati ayam. Juga elakkan pengambilan daging yang telah diproses seperti makanan segera.

4) Buah dan sayuran

Buah dan sayuran juga dapat mengandung bahan kimia penyebab migrain. Buah yang dikaitkan dengan peningkatan kekerapan migrain ialah seperti betik, plum merah, kismis, buah ara dan alpukat matang dan pisang. Sedangkan sayuran yang biasanya menjadi penyebab migrain antara lain bawang merah, bawang putih, kacang panjang, buah zaitun, acar dan kubis masin.

5) Ragi

Makanan yang mengandung ragi segar juga berkemungkinan menjadi penyebab sakit kepala migrain. Jika Anda mempunyai masalah migrain, elakkan memakan roti yang baru dipanggang dan makanan yang dipanggang lainnya, seperti donat.

6) Minuman

Beberapa minuman juga dikaitkan dengan migrain. Alkohol, anggur merah boleh meningkatkan kemungkinan anda mengalami migrain, kerana ia mengandungi bahan kimia yang dikenali sebagai sebagai tanin. Kafein juga merupakan Penyebab yang berpotensi, sehingga ada orang yang mengidap migrain seharusnya mengelakkan dari mengambil kafein, seperti kopi, teh dan minuman ringan. Coklat juga boleh menyebabkan migrain.

7) Mono Sodium Gulamate (MSG)

Mono Sodium Gulamate (MSG) atau bahan perasa adalah aditif kimia yang sering digunakan untuk meningkatkan keenakan makanan biasanya digunakan didalam masakan. Ia boleh meningkatkan kepada punca berlakunya masalah migrain.

Bagi yang mengalami atau mahu elakkan migrain, maka berhati-hati dalam kadar pengambilan 7 jenis makanan dan minuman di atas.


Spread the love

One Comment

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!