7 Mahkota Dunia & Akhirat Untuk Diamalkan

Spread the love

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Banyakkan Berzikir Boleh Menghidupkan Hati Dan Sentiasa Di Kasihi Allah.

Seorang pemuda bertanya kepada Rasulullah SAW :

“Ya Rasulullah, sesungguhnya pintu-pintu kebaikan itu banyak, tapi aku tak mampu melakukan seluruhnya. Beritahukanlah kepadaku nasihat apa yang dapat aku pegang teguh, nasihat yang singkat sehingga aku tidak mudah melupakannya.”Rasulullah SAW menjawab, “Basahlah lidahmu selalu dengan zikrullah.”

(Hadis Riwayat Tirmizi)

Ini ada 7 mahkota yang boleh kita baca dan amalkan dalam kehidupan seharian kita.

1. MAHKOTA ZIKIR

لا إله الا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير

Laa ilaaha illallaahu wahdahu laa Syariikalahu lahul Mulku wa lahul Hamdu wa huwa ‘alaa kulli syai’in Qodiir.

2. MAHKOTA TASBIH

سبحان الله وبحمده عدد خلقه ورضا نفسه وزنة عرشه ومداد كلماته

Subhaanallah wabihamdihi ‘adada holqihi wa Ridha nafsihi wa zinata ‘arsyihi wa midada kalimaatihi.

3. MAHKOTA DOA

ربنا اتنا في الدنيا حسنة وفي الاخرة حسنة وقنا عذاب النار

Rabbanaa aatinaa fid dunya hasanah wa fil aakhirati hasanah wa qinaa ‘adzaaban naar

4. MAHKOTA ISTIGHFAR

اللهم أنت ربي لا اله الا انت خلقني وانا عبدك، وأنا على عهدك ووعدك مااستطعت،أعوذ بك من شر ما صنعت، ابوء لك بنعمتك علي، وابوء بذنبي، فاغفرلي فإنه لا يغفروا الذنوب إلا أنت.

Allaahumma Anta Laa ilaaha illaa Anta, Kholaqtani wa anaa abdiKa, wa ana ‘alaa ‘ahdiKa wa wa’diKa mas tatho’tu, a’uudzu biKa min syarri maa shona’tu, abuu’u laKa binikmatiKa ‘alayya, wa abuu’u bidzanbiy, faghfirliy fainnahu laa yaufirudz dzunuuba illaa Anta.

5. MAHKOTA PERLINDUNGAN

بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم.

Bismillaahil ladzii laa yadhurru ma’asmihii syai’un fil ardhi walaa fis samaa’ wa Huwas Samii’ul ‘Aliim

6. MAHKOTA PELEPAS BENCANA

لا اله الا انت سبحانك اني كنت من الظالمين

Laa ilaaha illaa Anta SubhaanaKa innii kuntu minadz dzoolimiin.

7. MAHKOTA PENENANG HATI

لا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم

Laa haula walaa quwwata illaa billaahil ‘Aliyyil ‘Adziim.

Jadikanlah mahkota-mahkota ini selalu menghiasi kepala dan membasahi lisanmu, sebagai amalan dan senjata kita…

Mudah-mudahan dengan mengamalkan salah satu mahkota tersebut Allah mengangkat segala cubaan, menghindari dari musibah, mengampuni dosa kesalahan, dan memasukkan kita ke dalam Syurga-NYA. Aamiin.

Baca : Zikir Yang Ringkas Tetapi Ganjarannya Besar

Bagikan amalan doa ini dengan niat baik agar lebih banyak lagi orang merasakan dan mendapatkan manfaatnya dan kita tidaklah menjadi seseorang yang menyembunyikan ilmu.

Kerana kita semua tidak tahu pahala mana yang akan memasukkan kita ke dalam Syurga Allah SWT.

Sebarkan kebaikan dan semoga mendapat manfaat 🙂

Wallahua’lam.


Spread the love

One Comment

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!