Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dalam kehidupan kita seharian, kebijakan merancang dan menguruskan kewangan adalah unsur penting membentuk keluarga sejahtera dan stabil. Kata orang, wang bukan segala-segalanya tetapi ia ada berkait secara langsung dengan kesejahteraan bagi memenuhi keperluan asas dalam kehidupan.
Alhamdulillah Page Denaihati sudah berada pada ranking 30 Malaysia dengan lebih 2.7 juta follower. Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Bagi kebanyakan penduduk di Malaysia mahupun di seluruh dunia, anda mungkin mempunyai simpanan yang berjumlah antara ribuan hingga jutaan ringgit. Simpanan ini boleh dijadikan sebagai dana untuk membuat perancangan persaraan anda. Namun jika pelaburan dibuat untuk menggandakan wang, pelbagai aspek perlu diperhatikan agar tidak terjerat di kemudian hari.
Di negara Malaysia, pihak Bank Negara Malaysi (BNM) amat memandang berat terhadap skim kewangan haram dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang melakukan penipuan kewangan dan yang menggalakkan skim kewangan haram sedemikian.
Sejak dahulu lagi, terdapat ribuan skim penipuan yang melibatkan kewangan.
1. Penipuan mangsa kad kredit
Mangsa akan menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) yang menyatakan kononnya satu urus niaga telah digunakan ke atas kad kredit mangsa di sebuah premis perniagaan. Mangsa diminta untuk menghubungi nombor yang diberikan bagi tujuan pengesahan dengan segera. Mangsa yang panik akan cuba menghubungi nombor yang diberikan.
2. Taktik penipuan panggilan telefon
Sindiket penipuan yang didalangi oleh warga tempatan dan warga asing ini, membuat panggilan telefon secara rambang dengan mendakwa mewakili sebuah institusi kewangan. Panggilan tersebut bertujuan bagi membuat pengesahan transaksi kad kredit yang kononnya milik anda. Taktik ini digunakan untuk memperdaya mangsa dengan membuat arahan pemindahan wang ke suatu akaun dan boleh menyebabkan kerugian berjumlah ribuan ringgit.
3. Penipuan pinjaman bank
Pengguna perlu berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan mana-mana iklan yang dipaparkan, sama ada menggunakan poster yang ditampal di tempat awam atau risalah yang diedarkan di peti pos rumah dan kenderaan. Pada masa sekarang pun juga sudah banyak pinjaman wang berlesen menggunakan promosi di Facebook dan Instagram.
4. Penipuan Ah Long
Ah Long atau pemberi pinjaman tidak berlesen ini memberi pinjaman wang secara haram dan mengenakan bunga yang sangat tinggi. Mereka akan bertindak ganas sekiranya pinjaman tersebut tidak dibayar. Individu ini lebih dikenali dengan panggilan Ah Long atau ceti haram yang mengucapkan kata-kata manis sebelum mangsa membuat pinjaman. Pada masa sekarang Persatuan Pengguna Islam Malaysia sangat aktif membanteras Ah Long ini.
5. Skim Ponzi
Skim ini selalunya berfungsi mengikut sistem piramid, iaitu wang yang diterima daripada ahli baru akan digunakan untuk membayar ahli sedia ada. Apabila tiada lagi ahli baru, maka seluruh skim akan gagal. Skim Penipuan Ponzi selalunya menggambarkan bahawa skim mereka adalah peluang pelaburan yang menguntungkan tanpa risiko.
6. Penipuan Harta Wasiat
Anda dinasihatkan supaya tidak mudah mempercayai apa-apa e-mel yang menyatakan anda sebagai pewaris harta berjuta-juta USD mahupun Euro kepada seseorang yang tidak dikenali. Anda mungkin salah seorang daripada mangsa seterusnya. Modus operandi akan meminta anda membayar sejumlah wang untuk ‘dana’ tersebut dilepaskan kerana dalam jumlah yang besar dari luar negara.
7. Hadiah Wang Tunai Melalui SMS
SMS ini sudah pasti ramai yang terima. Orang ramai diingatkan supaya tidak mudah percaya dengan khidmat pesanan ringkas yang menyatakan anda memenangi hadiah wang tunai berjumlah ribuan ringgit daripada syarikat minyak, minuman atau telekomunikasi terkenal di Malaysia.
Peringatan untuk elakkan wang lesap
Bank Negara Malaysia telah banyak kali mengingatkan orang ramai supaya tidak menyertai skim yang menjanjikan pulangan, kadar faedah atau keuntungan yang terlalu tinggi dan tidak munasabah. Orang ramai perlu memastikan yang mereka tidak menjadi mangsa skim. Tindakan penguatkuasaan bersama terhadap skim kewangan haram skim ini dengan merujuk kepada Peringatan kepada Semua Pengguna Kewangan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.
Dapatkan pengesahan terlebih dahulu daripada syarikat berkenaan sekiranya benar terdapat penganjuran sesebuah peraduan yang dikendalikan oleh pihak mereka. Jangan cepat ‘gelap mata’ dengan tawaran atau hadiah yang tidak munasabah. Kelak anda dan keluarga anda mungkin menderita.
Walaupun teknologi semakin canggih seperti “cashless payment” yang semakin tular, namun aspek keselamatan tidak harus diabaikan. Bagi pengguna kad debit juga, Kad PIN & Bayar diperkenalkan untuk meningkatkan keselamatan apabila membuat bayaran dan ia juga diwajibkan oleh Bank Negara Malaysia selaras dengan piawaian global.
Dapatkan maklumat yang tepat
Bagi yang sentiasa inginkan kepastian dan maklumat yang tepat serta mengelakkan penipuan, boleh sentiasa rujuk kepada pihak berkuasa dan berkaitan seperti Bank Negara Malaysia. BNM telah lama mengeluarkan tiga aplikasi mudah alih bagi memudahkan pengguna kewangan membuat keputusan kewangan yang lebih bijak. Aplikasi mudah alih ini ialah MyBNM, BNM MyLINK dan MyTabung.
Pengguna mengikuti perkembangan terkini berkaitan dengan laporan kewangan termasuk maklumat dan pengumuman, ucapan dan wawancara, siaran akhbar, amaran penipuan kewangan dan kadar pertukaran asing.
Walaupun cukup banyak peringatan dan amaran telah dibuat, namun perkara tentang penipuan ini tetap bergantai setiap hari. Di antara sebab berlakunya adalah sebaran berita palsu dan fahaman tanpa merujuk kepada yang pakar. Bukan sahaja berita palsu di laman sosial boleh meruntuhkan sesebuah keluarga dan masyarakat, tetapi kurangnya pengetahuan tentang penipuan kewangan juga bakal merugikan diri sendiri dan keluarga.
Sebagai peringatan, sentiasalah waspada tentang penipuan kewangan yang semakin licik mencari mangsa. Banyak lagi jenis penipuan kewangan yang sentiasa berubah modus operandi dan lokasi. Berpesan-pesan kepada keluarga dan sahabat handai tentang kepentingan dan kesedaran ini.
65 Comments
kena berjaga jaga lah lepas ni, info yang sangat membatu ramai yang tak tahu, tq tuan
Curahan rasa hafizamri @ ..Kebaikan Nenas Batu
Ada waktunya kita berhati hati, tapi usah keterlaluan sampai tak berbuat apa apa dengan wang kita.
Curahan rasa Ikhwan @ ..7 Kategori Pelanggan Di Internet
Macam-macam cara penipuan zaman sekarang. Semakin lama semakin canggih. Kita perlu berhati-hati sebelum membuat keputusan dan tindakan. Jangan terburu-buru.
Curahan rasa Nas Rubaee @ ..Razak City Residence Sungai Besi Kuala Lumpur
Seakan-akan point nombor dua.
Dia telefon pejabat secara rambang. Katanya ada sepina atas nama individu. Alasannya, terlibat dengan satu kes jenayah – pemalsuan kad kredit dan pengubahan wang haram.
Kalau kita dengar sekali dan takut, pasti akan bagi maklumat peribadi. Kononnya untuk pengesahan maklumat dalam sepina. Pada mulanya dia tak ada pun maklumat ni. Kita takut, kita beri dengan rela.
Cara nak selesaikan adalah buat laporan polis melalui telefon. Kita akan rasa yakin sebab yalah, boleh elak daripada disepina dan dikenakan waran tangkap. Anda kena ingat. Tiada laporan polis boleh dibuat melalui telefon. Semua laporan mesti dibuat di balai sebab anda perlu tanda tangan.
Kes ini baru berlaku pada saya dua minggu lepas. Alhamdulillah, rasa was-was masih ada. Saya buat semakan dengan IPK Kuantan. Mereka sahkan, ini memang cara scammer ini beroperasi. Dah lama. Sebulan dua ni, kumpulan ni aktif kembali.
Curahan rasa izwan @ ..Pasang Cuckoo Iris Top Water Purifier Sebelum Raya
Kalau undang undang hudud di laksanakan mesti ramai yang takut nak buat perkara macam ni. Hukum Allah di cipta khas untuk manusia
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Skincare Routine Malaysia? Ini Cara Untuk Kulit Cantik Putih Gebu Seperti Wanita Korea!
Hari ini orang islam sendiri yang tak mahu tegakkan hudud, sampai orang bukan islam pula yang nampak kebaikan hudud.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Tips Peperiksaan Online Pereka B41 Dan B17
Nombor 2 dengan 7 tue kerap jugak dapat sejak akhir-akhir nie. Dah makin advance hantar guna whatsapp, biasanya saya Spam dan Block terus.
Curahan rasa Nur Razali @ ..Awas! Praeklampsia Ancam Ibu Hamil 20 Minggu Ke Atas
Kadang kadang yang hantar tu nama perempuan, entah dari mana la dia dapat gambar profil tu.
Curahan rasa Ikhwan @ ..5 Produk Laku Keras Musim Raya
Orang islam sepatutnya selamat dari ancaman tangan dan mulut dari saudaranya. tapi sekarang ni dah akhir zaman, sesama islam pun banyak berlaku penipuan
Curahan rasa Mama Hakim @ ..Pencuci Muka Safi? Ini 18 Pembersih Wajah Untuk Kulit Berbeza! Anda Suka Yang Mana
Bila penipu dah banyak dan berleluasa, orang jujur pun susah nak di jumpai. Kiamat dah dekat sangat lah tu
Curahan rasa Azmi Abdul Rahman @ ..Taman Botani Shah Alam Bukit Cerakah? Wah Nyamannya! Tempat Menarik Di Selangor 2018
Dosa mulut memang paling mudah di lakukan sebab tu ramai masuk neraka sebab mulut.
Tapi zaman sekarang ni media sosial, dosa banyak pakai jari.
Curahan rasa Ibu Zaid @ ..Tempat Menarik Di Cameron Highland Pahang? Wah Cantiknya!
Semoga semua berhati-hati. Sekarang ni banyak guna nama syarikat ternama utk dptkan kepercayaan mangsa. Igt! Takpe kalau kita tak dpt hadiah free asalkan jangan hilang duit free2
Curahan rasa Faez @ ..Bukan Tak Nak Balik Raya Tapi Risau Orang Tanya Bila Nak Ada Anak..
Masalahnya ramai orang sanggup mengambil jalan yang salah semata ingin mendapatkan sedikit kemudahan yang tidak seberapa. Akhirnya keluarga menjadi mangsa, nauzubillah. Semoga kita dilindungi dari sebarang bentuk penipuan kewangan.
Curahan rasa Harapan Manir @ ..Israk Dan Mikraj – Hayati Pengajarannya
dalam 1000 percubaan, mungkin 1,2 akan tertipu.
Selalu selalulah ingatkan saudara mara tentang penipuan kewangan ini.
Curahan rasa JMR @ ..Bufet Ramadhan 2018: Laman Kayangan, Shah Alam
Bila dapat SMS berbayar yang habaq “Anda menang RM10 000… bla bla” betapa saya berdoa semoga ianya jadi kenyataan one fine day. Penipu macam ni takde life lah. Takde tujuan hidup yg betul. Kesian. Baik gali ilmu buat kerja berfaedah sikit.
Curahan rasa Farah Alina @ ..Buat Duit Dengan Bisnes Online
Penipuan kepada diri sendiri yang umur masih panjang sebab kita masih muda dan dosa boleh selesai kerana bertaubat.
Sedangkan belum pasti kita boleh hidup lagi esok hari.
Berapa ramai yang leka sedangkan kain kapannya sedang di tenun sekarang
Curahan rasa Mama Hakim @ ..Ubat Kencing Manis Terbaik? Sedapnya! Ini 11 Makanan Untuk Kawal Gula
Yg no 7 tu kerap jgk berlaku. Tapi sebab rasa x logik, so abaikan je.
ya.
penah gak kena tipu zaman muda-muda dulu.
dah tua ni..jarang dah kena tipu.
kalau kena tipu pun, dengan anak murid je.
Curahan rasa titan @ ..Second Child. First Daughter.
kecik kecik dah pandai menipu yang anak murid bro.. bahaya tu. kena bimbing diorang ke jalan yang lurus. hehe
Curahan rasa JMR @ ..9 Mei Pilihan Raya Umum Ke-14.Kenapa Rakyat Perlu #PulangMengundi ?
Comments are closed.