Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dalam kehidupan kita seharian, kebijakan merancang dan menguruskan kewangan adalah unsur penting membentuk keluarga sejahtera dan stabil. Kata orang, wang bukan segala-segalanya tetapi ia ada berkait secara langsung dengan kesejahteraan bagi memenuhi keperluan asas dalam kehidupan.
Alhamdulillah Page Denaihati sudah berada pada ranking 30 Malaysia dengan lebih 2.7 juta follower. Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Bagi kebanyakan penduduk di Malaysia mahupun di seluruh dunia, anda mungkin mempunyai simpanan yang berjumlah antara ribuan hingga jutaan ringgit. Simpanan ini boleh dijadikan sebagai dana untuk membuat perancangan persaraan anda. Namun jika pelaburan dibuat untuk menggandakan wang, pelbagai aspek perlu diperhatikan agar tidak terjerat di kemudian hari.
Di negara Malaysia, pihak Bank Negara Malaysi (BNM) amat memandang berat terhadap skim kewangan haram dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang melakukan penipuan kewangan dan yang menggalakkan skim kewangan haram sedemikian.
Sejak dahulu lagi, terdapat ribuan skim penipuan yang melibatkan kewangan.
1. Penipuan mangsa kad kredit
Mangsa akan menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) yang menyatakan kononnya satu urus niaga telah digunakan ke atas kad kredit mangsa di sebuah premis perniagaan. Mangsa diminta untuk menghubungi nombor yang diberikan bagi tujuan pengesahan dengan segera. Mangsa yang panik akan cuba menghubungi nombor yang diberikan.
2. Taktik penipuan panggilan telefon
Sindiket penipuan yang didalangi oleh warga tempatan dan warga asing ini, membuat panggilan telefon secara rambang dengan mendakwa mewakili sebuah institusi kewangan. Panggilan tersebut bertujuan bagi membuat pengesahan transaksi kad kredit yang kononnya milik anda. Taktik ini digunakan untuk memperdaya mangsa dengan membuat arahan pemindahan wang ke suatu akaun dan boleh menyebabkan kerugian berjumlah ribuan ringgit.
3. Penipuan pinjaman bank
Pengguna perlu berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan mana-mana iklan yang dipaparkan, sama ada menggunakan poster yang ditampal di tempat awam atau risalah yang diedarkan di peti pos rumah dan kenderaan. Pada masa sekarang pun juga sudah banyak pinjaman wang berlesen menggunakan promosi di Facebook dan Instagram.
4. Penipuan Ah Long
Ah Long atau pemberi pinjaman tidak berlesen ini memberi pinjaman wang secara haram dan mengenakan bunga yang sangat tinggi. Mereka akan bertindak ganas sekiranya pinjaman tersebut tidak dibayar. Individu ini lebih dikenali dengan panggilan Ah Long atau ceti haram yang mengucapkan kata-kata manis sebelum mangsa membuat pinjaman. Pada masa sekarang Persatuan Pengguna Islam Malaysia sangat aktif membanteras Ah Long ini.
5. Skim Ponzi
Skim ini selalunya berfungsi mengikut sistem piramid, iaitu wang yang diterima daripada ahli baru akan digunakan untuk membayar ahli sedia ada. Apabila tiada lagi ahli baru, maka seluruh skim akan gagal. Skim Penipuan Ponzi selalunya menggambarkan bahawa skim mereka adalah peluang pelaburan yang menguntungkan tanpa risiko.
6. Penipuan Harta Wasiat
Anda dinasihatkan supaya tidak mudah mempercayai apa-apa e-mel yang menyatakan anda sebagai pewaris harta berjuta-juta USD mahupun Euro kepada seseorang yang tidak dikenali. Anda mungkin salah seorang daripada mangsa seterusnya. Modus operandi akan meminta anda membayar sejumlah wang untuk ‘dana’ tersebut dilepaskan kerana dalam jumlah yang besar dari luar negara.
7. Hadiah Wang Tunai Melalui SMS
SMS ini sudah pasti ramai yang terima. Orang ramai diingatkan supaya tidak mudah percaya dengan khidmat pesanan ringkas yang menyatakan anda memenangi hadiah wang tunai berjumlah ribuan ringgit daripada syarikat minyak, minuman atau telekomunikasi terkenal di Malaysia.
Peringatan untuk elakkan wang lesap
Bank Negara Malaysia telah banyak kali mengingatkan orang ramai supaya tidak menyertai skim yang menjanjikan pulangan, kadar faedah atau keuntungan yang terlalu tinggi dan tidak munasabah. Orang ramai perlu memastikan yang mereka tidak menjadi mangsa skim. Tindakan penguatkuasaan bersama terhadap skim kewangan haram skim ini dengan merujuk kepada Peringatan kepada Semua Pengguna Kewangan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.
Dapatkan pengesahan terlebih dahulu daripada syarikat berkenaan sekiranya benar terdapat penganjuran sesebuah peraduan yang dikendalikan oleh pihak mereka. Jangan cepat ‘gelap mata’ dengan tawaran atau hadiah yang tidak munasabah. Kelak anda dan keluarga anda mungkin menderita.
Walaupun teknologi semakin canggih seperti “cashless payment” yang semakin tular, namun aspek keselamatan tidak harus diabaikan. Bagi pengguna kad debit juga, Kad PIN & Bayar diperkenalkan untuk meningkatkan keselamatan apabila membuat bayaran dan ia juga diwajibkan oleh Bank Negara Malaysia selaras dengan piawaian global.
Dapatkan maklumat yang tepat
Bagi yang sentiasa inginkan kepastian dan maklumat yang tepat serta mengelakkan penipuan, boleh sentiasa rujuk kepada pihak berkuasa dan berkaitan seperti Bank Negara Malaysia. BNM telah lama mengeluarkan tiga aplikasi mudah alih bagi memudahkan pengguna kewangan membuat keputusan kewangan yang lebih bijak. Aplikasi mudah alih ini ialah MyBNM, BNM MyLINK dan MyTabung.
Pengguna mengikuti perkembangan terkini berkaitan dengan laporan kewangan termasuk maklumat dan pengumuman, ucapan dan wawancara, siaran akhbar, amaran penipuan kewangan dan kadar pertukaran asing.
Walaupun cukup banyak peringatan dan amaran telah dibuat, namun perkara tentang penipuan ini tetap bergantai setiap hari. Di antara sebab berlakunya adalah sebaran berita palsu dan fahaman tanpa merujuk kepada yang pakar. Bukan sahaja berita palsu di laman sosial boleh meruntuhkan sesebuah keluarga dan masyarakat, tetapi kurangnya pengetahuan tentang penipuan kewangan juga bakal merugikan diri sendiri dan keluarga.
Sebagai peringatan, sentiasalah waspada tentang penipuan kewangan yang semakin licik mencari mangsa. Banyak lagi jenis penipuan kewangan yang sentiasa berubah modus operandi dan lokasi. Berpesan-pesan kepada keluarga dan sahabat handai tentang kepentingan dan kesedaran ini.
65 Comments
Banyak betul penipuan kewangan, Aku pun terkena gak dulu. Telepon mereka yg Kara pandai DLM wat duit… Betul betul pandai tarik duit AKU.
Curahan rasa Nor hazmira @ ..TOLONG LAH NURSE. SAYA TAK SANGGUP KENA CUCUK INFERON
yang paling agak popular sekarang scam..panggilan telefon..biasa mereka fokus warga emas dan orang kampung yang senang percaya..
macam macam tema ada..kata ada tunggakan pinjaman la atau ada waran tangkap huhu
Curahan rasa Belang Tarung @ ..30 Resepi Makan Sahur dan Berbuka Di Bulan Puasa Ramadhan
Salam jumaat penghulu segala hari dari Ibu kepada tuan. Memang dah pernah kena ada panggilan scam kononnya dari bank.
Tak payah nak layan
Curahan rasa Ibu Zaid @ ..Tempat menarik di Selangor Waktu Malam & Siang? Wow, Cantiknya 20 Lokasi Ini!
Saya penah sekali terkena penipuan dari mudah.my. tapi caranya mmg pelik..jgn hrp nk prcya huhu. Sy col bank trus utk confirm.
Curahan rasa Kauthar mohd @ ..Tanda Dan Cara Kecutkan Fibroid Yang Ramai Nak Tahu
paling sedih pasal penipuan harta pusaka. pasal duit adik beradik boleh bergaduh. Nasib anak-anak yatim tidak terbela
Mungkin kita dah alert yang mana satu tipu yang mana satu benar. Tapi percayalah, masih ramai yang terkena dan terperangkap dengan pelbagai janji manis. Jadi, sama-samalah kita berpesan kepada mak pak, adik kakak abang, jiran2 dan kawan-kawan tentang penipuan kewangan ini..
yang nombor satu tu ramai yg dah terkena. kesian juga, kena pada warga emas plak tu. mereka yang tak tahu ape2 terpedaya dgn begitu mudah
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sports Hijab by NURD – Tudung Untuk Bersukan
Warga emas dah banyak wang pencen, pendidikan kewangan pula tak banyak, jadi mudahlah nak diperdayakan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Beli 12 Rumah Dalam Setahun
Bahaya betul penipuan semakin banyak di akhir zaman ni. Penjenayah pun makin kreatif untuk jerat mangsa. Kena hati hati
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Pantang Bersalin Cepat Baik? Wah Bahaya! Elak 8 Makanan Ini Untuk Cepat Sembuh
Pernah terima daripada bank tentang kad kredit. Siap minta no kad kredit. Tapi saya tanya dia , kenapa encik tanya nombor kad kredit ?
Apa-apa pun jadilah bijak . Semoga kita semua terhindar dari penipuan ini.
Curahan rasa sharimah @ ..LUCKY DRAW SHAMPOO SANTAN : HANDBAG ATAU CASH?
Rata-rata orang yang tertipu adalah mereka yang terdesak.
Mungkin terdesak nak dapat duit banyak.
nak dapat duit cepat dan sebagainya.
akibatnya mereka akan kerugian apabila teperangkap dalam penipuan
Curahan rasa mrhanafi @ ..Surat Terbuka Untuk Pengundi Malaysia
paling legend adalah penipuan ahlong dan MLM. sampai sekarang masih steady lagi mereka mencari mangsa baru.
Curahan rasa encikhafiz.com @ ..Lirik Lagu Comel Pipi Merah – Dato Siti Nurhaliza
Sedih melihat nasib rakyat Malaysia yang dihidangkan dengan pelbagai jenis skim penipuan kewangan yang bahaya. Bagi mereka yang tidak mempunyai maklumat mengenai skim ini pastinya mudah terjebak dan menjadi mangsa yang akhirnya memporak-perandakan institusi keluarga. Semoga kita semua beringat.
Curahan rasa Al-Manna Ameer @ ..Al-Salwa Ameer
Penipuan simkad menang ni yang bahaya. Lagi satu penipuan beli barang kat Mudah. Kena hati hati dengan sindiket.
Lazada juga ramai cust lari kepada shopee. penipuan ada dimana-mana. pilihan bijak ada di tangan kita
Curahan rasa encikhafiz.com @ ..Gambar Anak Dato Siti Nurhaliza & Dato K
Saya selalu dapat penipuan hadiah dari SMS dan WhatApps. Paling kelakar masa musim pilihan raya ni lagi banyak berita palsu disebarkan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Mudah Dan Cepat Jadi Kaya Di Zaman Informasi
iyalah banyak sangat penipuan duit zaman sekarang. moga kita semua tidak terpedaya.
Curahan rasa nurul fatin adiana @ ..Kursus SPA The Walking Beauty 2018
Comments are closed.