7 cara beli tiket penerbangan yang murah

Spread the love

Cuti sekolah sudah bermula dan inilah masanya untuk anda merancang percutian dengan baik.

Sepatutnya percutian ini boleh dirancang dengan lebih awal supaya anda tidak mengeluarkan bajet yang besar contohnya untuk kos penerbangan ke sesebuah destinasi.

Namun masih lagi tidak terlambat untuk anda ketahui bagaimana caranya untuk anda mendapatkan tiket penerbangan yang murah.

Ini 7 taktik yang dikongsikan untuk anda gunakan supaya jimat berbelanja pada musim cuti sekolah ini.

1 . Beli tiket pada Selasa atau Rabu

Penerbangan pada Jumaat malam dan Sabtu malam adalah paling mahal.

Selasa tengahari pula sebaliknya dan ia akan lebih menjimatkan poket travel anda. Ini kerana kebanyakan syarikat penerbangan antarabangsa akan mengeluarkan harga jualan tiket minggu mereka seawal Selasa tengahari.

Penerbangan pada tengahari juga akan jadi lebih murah dari terbang pada waktu awal pagi dan malam.

2. 7 Minggu atau 18 Minggu

Mengikut kajian Skyscanner dan CheapAir, 7 minggu merupakan tempoh terbaik untuk penerbangan jarak dekat dan 18 minggu pula untuk penerbangan jarak jauh.

Elakkan dari tempah terlalu awal dan tempahan “last-minute”.

3. Pilih hari yang sesuai untuk terbang

Kebanyakan syarikat penerbangan akan menetapkan dua hari iaitu Selasa dan Rabu sebagai hari “kurang sibuk” dalam sistem penempahan.

Begitu juga lapangan terbang yang akan kurang dengan kesibukan seperti biasanya berbanding hari Jumaat dan Ahad.

Ini bermakna tiket juga akan menjadi lebih murah.

cara beli tiket AirAsia termurah

4. Tempah tiket penerbangan awal, tapi jangan terlalu awal

Jika anda ingin menempah tiket penerbangan, paling baik adalah 21 hari lebih awal dari tarikh penerbangan.

Ini kerana kebanyakan syarikat penerbangan sudah pun menetapkan di dalam sistem untuk mencapai seberapa banyak jualan tiket yang boleh dijual.

Sistem juga telah menetapkan kuota yang tertentu untuk tiket penerbangan yang dijual pada harga rendah.

Contohnya, dalam sistem dari Kuala Lumpur ke London, hanya 20 penumpang terawal akan dapat menempah tiket pada harga terendah.

Manakala, 200 penumpang seterusnya bakal mendapat harga medium, selebihnya mungkin lebih mahal.

5. Jangan tempah tempat duduk

Semua orang tahu yang jika anda menempah tempat duduk ia akan membuatkan kos menjadi lebih tinggi daripada asal.

Jadi jika penerbangan anda tidak melebihi tiga jam, adalah sebaiknya untuk anda mengambil sahaja tempat yang diberi.

6. Jangan malas buat perbandingan

Sentiasa lakukan perbandingan harga tiket dari satu laman web ke satu website yang lain jika anda tidak mahu rugi, rajinkan diri anda!

Anda akan jumpa tiket penerbangan yang lebih murah daripada syarikat penerbangan yang sama, memang pelik tapi benar.

Anda juga boleh membuat semakan di platform seperti Skyscanner, CheapFlight, Momondo, Kayak, Google Flight dan Ita Software.

7. Padam semua cookies pada browser di komputer selepas membuat semakan tiket penerbangan.

Ini perkara penting anda perlu lakukan jika membuka laman web penerbangan 30 hari sebelumnya.

Ia bertujuan bagi mengelakkan syarikat penerbangan mengesan yang anda sudah pun melayari laman web mereka beberapa kali untuk melihat perbandingan tiket penerbangan lebih murah.

Oleh itu, sistem tempahan akan tetapkan harga yang sama sahaja walaupun anda sudah masuk laman web itu berulang kali.


Spread the love

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!