6 Buah-buahan Yang Disebut Di Dalam Al-Quran

Spread the love

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Al-Quran merupakan kitab terulung dalam agama Islam. Ianya merupakan kitab lengkap yang merangkumi semua benda yang diperlukan sebagai panduan untuk kehidupan manusia sejagat, khususnya umat Muslim.

Tahukah anda, dalam kitab Al-Quran diceritakan secara berulang-ulang tentang beberapa jenis buah?

Banyak kandungan ayat AL-Quran yang menyeru agar manusia memikirkan tentang kebesaran Allah SWT.

Antaranya tentang bagaimana ALLAH SWT menciptakan pelbagai tanam-tanaman dan  haiwan ternakan yang dapat memberi manfaat dalam kehidupan manusia.

Allah-lah yang telah menciptakan langit dan bumi dan menurunkan air hujan dari langit, kemudian Dia mengeluarkan dengan air hujan itu berbagai buah-buahan menjadi rezeki untukmu; dan Dia telah menundukkan bahtera bagimu supaya bahtera itu, berlayar di lautan dengan kehendak-Nya, dan Dia telah menundukkan (pula) bagimu sungai-sungai.

(Surah Ibrahim Ayat 32)

Berikut merupakan jenis-jenis buah yang dimaksudkan.

1. Buah Zaitun (Al-Zaitun)

Buah zaitun disebut secara spesifik sebanyak 7 kali dalam Al-Quran iaitu dalam Surah Al-An’am, Surah An-Nahl, Surah Mu’minun, Surah An-Nur, Surah ‘Abasa dan Surah At-Tin.

Buah zaitun merupakan tanaman utama di daerah Sepanyol, Turki, Itali, Tunisia dan Morocco, selain banyak juga ditanam di daerah Mediterranean.

Ternyata buah zaitun banyak manfaatnya yang tersendiri.

Terdapat banyak produk kecantikan yang dihasilkan yang diasaskan daripada buah zaitun.

Baca : Kunyit Hitam BlackG Hasil Kajian Mardi Berkualiti Tinggi

Di Malaysia, buah ini digunakan secara umumnya sebagai minyak zaitun yang banyak digunakan dalam masakan, juga bermanfaat untuk mencantikkan rambut, memberi kelembapan pada kulit, mencantikkan wajah dan banyak lagi.

2. Buah Tin (At-Tin)

Buah tin atau juga dikenali sebagai buah ara disebut hanya sekali dalam kitab Al-Quran, iaitu di dalam Surah At-Tin. Terdapat beberapa perbezaan pendapat tentang makna sebenar ayat tersebut.

Sesetengah ulamak menyifatkan ayat tersebut merujuk kepada Bukit Tin dan Bukit Zaitun, tempat di mana Nabi Ibrahim dan Nabi Isa menerima wahyu daripada Allah SWT.

Buah tin tergolong dalam spesies mulberi yang biasa dijumpai di kawasan Asia. Buah tin yang dikeringkan boleh disimpan dalam jangka masa yang lama.

Baca : Kunyit Hitam BlackG Mardi, berkesan cegah pelbagai penyakit moden

Menurut kajian yang banyak dijalankan, buah tin ini dianggap sebagai buahan semula jadi yang paling sempurna berdasarkan khasiat-khasiat yang terdapat di dalamnya sehingga dinobatkan sebagai buahan yang hampir sempurna di dunia.

3. Buah Delima (Ar-Rumman)

Buah delima disebutkan dalam Al-Quran sebanyak 3 kali iaitu sekali dalam Surah Ar-Rahman dan 2 kali dalam Surah Al-An’am.

Pokok delima berasal dari negara Iran. Tanaman ini mula diperluaskan dan ditanam di seluruh  daerah Mediterranean sehingga ke kawasan China, India dan juga California (Amerika Syarikat).

Bijinya yang cantik bak delima dan boleh dimakan secara langsung nyata mempunyai khasiat yang berguna sebagai agen anti-oksidan.

Beberapa kajian telah dijalankan ke atas pokok delima. Hasil kajian mendapat bahawa bunganya boleh digunakan sebagai makanan tambahan untuk merawat penyakit kronik seperti diabetes.

4. Pisang (Al-Talh)

Buah pisang adalah sejenis tumbuhan yang tidak asing lagi di Malaysia dan juga serata Asia. Dalam Al-Quran, buah pisang ada disebutkan secara khusus di dalam Surah Al-Waqiah, ayat 28.

Buah pisang sering diambil sebagai sumber tenaga dan dapat menggantikan nasi untuk mereka yang berdiet. Menu diet menggunakan pisang agak pelbagai dan senang dihasilkan mengikut kreativiti. Ianya mempunyai kandungan fiber yang tinggi dan dapat membantu sistem pencernaan dan jantung.

5. Kurma (Al-Nakhl)

Buah kurma (Phoenix dactylifera) disebut sebayak 26 kali di dalam Al-Quran. Khasiatnya jelas diceritakan dalam Surah Mariam ketika peristiwa kelahiran Nabi Isa A.S.

Mariam yang tinggal sendirian selepas melahirkan Nabi Isa A.S hanya bergantung kepada sumber makanan terdekat yang terdapat pada masa itu.

Baca : Khasiat kunyit hitam BlackG tiada tandingan

Buah kurma yang digugurkan dari tempat dia berteduh menjadi ubat untuk merawat dirinya. Buah kurma sememangnya buah yang sangat terkenal, terutamanya ketika waktu bulan Ramadhan.

Ianya dapat membekalkan tenaga yang berpanjangan untuk jangka masa yang lama.

6. Anggur (Inab)

Buah anggur disebut sebanyak 8 kali di dalam Al-Quran. Ayat-ayat tersebut menceritakan tentang pengkomersialan tanaman anggur yang telah bermula sejak dari zaman Nabi Nuh A.S lagi.

Di Malaysia, anggur agar mahal harganya kerana ianya perlu diimport dari luar negara.

Khasiat anggur dalam bidang perubatan kajian saintifik terbukti berkesan untuk melancarkan proses penghadaman. Selain itu, ianya dapat membersihkan dan melancarkan peredaran darah dalam badan.

Baca : Saintis bongkar rahsia kunyit hitam!

Kandungan bahan yang dijumpai dalam anggur seperti antosiosin dapat mengurangkan risiko sakit jantung.

Marilah kita cuba mengamalkan pengambilan buah-buahan ini.

Selain manfaatnya yang banyak, kita juga dapat mengambil ikhtibar tentang kekuasan Allah SWT dengan melihat pada keagungan ciptaan-Nya ini.

Wallahua’alam. Dah baca? Klik share 🙂

kredit : iloveislam


Spread the love

6 Comments

  1. Memang suka makan anggur tapi tulah harga anggur selalu mahal kalau murah pun yang dah tak berapa fresh huhuhu…

  2. saya sangat senang sekali membaca konten-konten yang ada di denaihati ini, selalu ada info-info yang sangat bermanfaat bagi kita semua, selalu ada berita-berita terhangat di dunia yang denaihati ini angkat

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!