Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Sebagai seorang pengembara dan kaki melancong, pastinya anda tidak akan terlepas untuk menangkap gambar atau berswafoto di sesuatu kawasan yang cantik. Malah, kawasan tersebut yang mempunyai bangunan-bangunan ikonik menjadi tumpuan para pelancong untuk berhenti dan bergambar. Sudah pasti, ianya sangat indah apabila melihatnya.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Kalau pergi ke tempat orang dan tidak mencipta sesuatu kenangan adalah sangat rugi. Contoh yang mudah adalah bergambar di tempat tersebut dan pastinya gambar tersebut akan dimuatnaik di akaun instagram peribadi dan disertakan dengan tagged location.
Menurut sebuah syarikat penyedia perkhidmatan pengangkutan United Kingdom, Hoppa, Kuala Lumpur direkodkan sebagai tempat ke-4 pemandangan yang paling kerap dimuat naik di Instagram. Tempat pertama dimiliki oleh Santiago, Chile, diikuti oleh Buenos Aires dan Kiev pada tempat ke-3.
Selain itu, Kuala Lumpur juga merupakan tempat yang popular dalam kategori perkongsian gambar makanan dan meraih tempat ke-7 mendahului Singapore, Abu Dhabi dan Melbourne. Tokyo di tangga pertama diikuti oleh Taipei, Doha, Istanbul, Osaka, Bangkok.
Pemandangan yang cantik dan mempunyai bangunan yang ikonik serta kepelbagaian makanan tempatan yang berjaya menarik perhatian pelancong menjadikan Kuala Lumpur berjaya menduduki tangga 10 teratas dalam kategori pemandangan dan perkongsian gambar makanan. Syukur.
Sumber: HOPPA
6 Comments
.. mungkin yg upload tu mat saleh. mungkin juga kakak-kakak kerja area KLCC yang suka upload OOTD atau rajin snap lauk lunch depa kat BSN seberang KLCC tu hihi.
Curahan rasa Suri @ ..20 Things To Do Around the KLCC Twin Towers Kuala Lumpur (For Those Stuck in This Area)
Confirm ramai yang suka datang ke Malaysia disebabkan kepelbagaian cintarasa makanan dan pemandaangan yang indah.
Betul tu, Malaysia pun antara salah satu tempat yang ramai pelancong datang kerana mempunyai kawasan yang cantik dan makanan yang beraneka rasa.
Curahan rasa Amirul Fahim @ ..Terlupa bayar zakat fitrah, apa yang perlu dibuat?
Semestinya orang suka datang ke Kuala Lumpur, ada banyak tarikan, lebih lebih lagi boleh melencong ke Genting Highland.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Jualan Produk RM28 Juta Dari Shopee
Begitu juga tempat-tempat lain yang ada di Malaysia. Sememangnya Negara Malaysia juga mempunyai banyak kawasan dan tempat yang cantik yang boleh dikunjungi. Terbaik Malaysia.
Curahan rasa Amirul Fahim @ ..Bolehkah niat puasa enam dan puasa ganti dilakukan serentak?
terasa bangga pula menjadi warga malaysia. mmg begitu bertuah bumi tanah melayu ini terdapat banyak permandangan indah yang masih belum diteroka
Curahan rasa encikhafiz.my @ ..Penjawat Awam Dapat Bonus Hari Raya Aidilfitri Hari Ini 24 Mei 2019
Comments are closed.