5 Tips Kembali Kepada Fitrah Dan Tinggalkan Amalan Songsang

Spread the love

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Allah SWT menciptakan manusia terbahagi kepada dua jantina. Iaitu lelaki dan perempuan. Lelaki mempunyai penampilan yang berbeza dengan perempuan. Begitu juga perempuan berbeza dengan lelaki, dari segi pemakaian, batas aurat, bentuk fizikal dan pelbagai lagi.

“Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menciptakan pasangan lelaki dan perempuan,” – Surah An-Najm : 45

Pada kes-kes terpencil, ada yang dilahirkan khunsa (mempunyai dua alat kelamin). Kejadian ini jarang berlaku tetapi ia wujud. Bagi mereka, terimalah ia sebagai ujian Allah SWT.

Dan mereka seharusnya memilih kecenderungan mana yang kuat bagi mereka. Adakah ke arah lelaki atau perempuan. Jika lelaki, mereka harus hidup sebagai seorang lelaki bukan seorang perempuan.

Artikel ini tidak akan membincangkan golongan khunsa tetapi golongan yang dilahirkan fitrah tetapi mempunyai nafsu yang tersasar dan songsang.

Punca Dan Cara Pandang Kita

Kenapa LGBT ini wujud? Mesti ada punca disebaliknya. Mari kita ketahui antara punca tercetusnya LGBT ini.

1- Terpengaruh dengan rakan yang terjebak dengan budaya songsang
2- Kerana cinta (putus cinta hingga tidak mahu bercinta dengan berlainan jantina lagi dan berubah kepada cinta sesama jenis)
3- Kurangnya ilmu pengetahuan mengenai hukum hakam agama
4- Lemahnya iman menghadapi ujian

Baca juga : Pendakwah Jelas Cara ‘Transgender’ Menunaikan Ibadah Umrah

Melihatkan keterbukaan media sosial yang banyak mempengaruhi kehidupan generasi muda hari ini, kita tahu itulah antara punca yang menggalakkan lagi pergaulan bebas sehingga mengakibatkan berleluasanya kegiatan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Media bukan sengaja mahu membesar-besarkan isu ini, namun kegiatan tidak bermoral ini jika tidak dibanteras akan menyebabkan kepincangan dan kekeliruan dalam masyarakat.

Kita seharusnya sedar bahawa isu LGBT bukan isu kecil. Ia isu besar yang melibatkan keluarga, masyarakat bahkan seluruh dunia.

Kembali Kepada Fitrah

Kepada yang sudah terjebak atau ada keinginan songsang, baiklah kembali berubah. Kembali kepada fitrah. Antara tips untuk berubah dan kembali kepada fitrah:

1- Mendekatkan Diri Dengan Allah

Perlahan-lahan berubah. Dekatkan diri dengan Allah. Banyakkan beristighfar dan lakukan solat taubat. Mohonlah keampunan dengan sepenuh hati. Insyaallah, Allah akan ampunkan.

Jangan risau, pengampunan Allah itu luas. Pengampunan Allah lebih besar daripada dosa kita. Bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat. Allah tidak zalim.

2- Jauhi Rakan Yang Membawa Ke Arah Songsang

Jika kita masih belum mampu untuk berdakwah kepada rakan kita yang terjebak dengan budaya songsang, eloklah kita menjauhi mereka.

Berdampinglah dengan para ulama dan orang-orang yang baik. Moga hati kukuh untuk istiqamah dalam fitrah. Dan jangan lupa berdoa kepada rakan kita yang masih terjebak untuk kembali ke pangkal jalan.

3- Banyakkan Membaca

Bacalah bahan bacaan yang ilmiah. Buku kisah orang bertaubat, buku motivasi diri dan pelbagai bahan bacaan positif yang lain. Seringlah juga mengunjungi laman web yang berbentuk islamik, motivasi dan berilmiah.

4- Sibukkan Dengan Aktiviti Yang Bermanfaat

Bila kita sibuk dengan perkara yang bermanfaat, kita tidak sempat berfikir dan membuat perbuatan dosa dan negatif lagi.

Jadi sibukkan diri dengan bekerja, beriadah dan pelbagai aktiviti yang baik untuk diri kita.

5- Banyakkan Berdoa Kepada Allah

Berdoa adalah senjata orang Mukmin. Pohonlah kekuatan hati yang sifatnya berbolak-balik agar tetap dalam kebaikan dan kebenaran. Sesungguhnya Allah rindu dengan doa kita. Berdoalah dengan seikhlas hati.

Kesimpulannya, biarpun gaya hidup yang dipilih jauh menyimpang daripada mana-mana ajaran agama sekalipun, golongan terbabit tidak seharusnya disisihkan seratus peratus. Sebaliknya perlu ada usaha untuk membendung kegiatan mereka secara lembut dan berhikmah.

Baca juga : Rasulullah SAW beristighfar lebih 70 kali sehari

Kita sebagai umat Islam seharusnya terima mereka yang telah berhijrah dan ada niat mahu berubah. Jika kita mampu, berikan didikan agama, sokongan dan semangat kepada mereka agar mereka tidak kembali ke dosa silam.

Bukan masanya lagi untuk terus mengecam, dan memaki. Takut nanti mereka terus dalam budaya songsang disebabkan sikap kita sendiri. Nauzubillah minzalik.

Mari kembali kepada fitrah, hidup pasti lebih terasa indah. Waallahua’alam.

Nak dapatkan tips kesihatan yang ideal, Antioksidan Black G, senjata melawan radikal bebas & Testimoni pengguna selepas menggunakan produk BlackG

kredit : Fazli Abdullah


Spread the love

2 Comments

  1. Selalunya yg tak songsang pun, jadi songsang kalau dah kelilingnya gitu. Sikit-sikit terpengaruh juga. Bak kata pepatah, kalau selalu duduk lepak kedai gunting, lama-lama akan potong rambut juga.

    Jadi betul sgt lah point (2) tu.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!