5 perkara kena elak untuk anak jadi ‘raja’ kepada Mak Ayah

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ibu-bapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak. Tersilap didikan, buruk padahnya. Namun kadang-kala tanpa sedar, ada perbuatan ibu-bapa yang sebenarnya telah membawa kepada sikap negatif anak-anak.

Jom semak 5 tanda ini. Awas jika ada pada anak anda ! Ternyata mereka sudah menjadi ‘raja’ dalam diam. Jika dibiarkan, parah jadinya. Apabila besar nanti, ditakuti anak-anak ini sudah hilang rasa hormat kerana selama ini mereka yang mengawal ibu-bapa.

Perkongsian oleh Doktor Taufiq Razif ini boleh dijadikan panduan untuk semua. Semoga bermanfaat. Ubah sebelum terlambat.

5 Tanda Anak Kita Dah Mula Jadi Raja Kepada Mak Ayahnya

Banyak sangat yang saya jumpa mak ayah yang dikawal oleh anaknya tanpa dia sendiri sedari. Ni tanda-tandanya bila anak dah mula naik kepala dan jadi raja pada mak ayahnya :

1. Mak ayah mula jadi overprotective

Anaknya tak boleh disentuh dan taknak anak susah langsung!

Sifat melindungi ni bagus sebab itu memang fitrah mak ayah yang Tuhan dah bagi tapi kalau dah melampau sangat tu namanya Helicopter Parenting.

Anak yang datang daripada Helicopter Parents ni biasanya akan jadi manja melampau, tak pandai berdikari dan mudah mengalami masalah cemas ( anxiety ) bila dah dewasa nanti

2. Mak ayah tak pernah cakap TAK BOLEH kat anak

Semua benda mak ayah tu terpaksa tunaikan sebab anak meragam tak berhenti bila permintaan tak ditunaikan.

Padahal sifat meragam tu muncul sebab anak dah tahu dah bila meragam je mak dan ayahnya akan kalah dan tunaikan permintaannya.

3. Mak ayah bagi je semua makanan yang anak minta

Mak ayah tu dah tak boleh bezakan antara real food dan jajan.

Semua makanan yang tak sihat mula memenuhi peti ais rumah masing-masing kerana mak ayah tu tak mampu tolak kemahuan anak-anak.

Padahal jajan tu penuh dengan kalori tetapi kosong nutrisi.

4. Mak ayah tak boleh dengar anak menangis

Mak ayah tu jadi gelabah dan gelisah sangat kalau anak menangis.

Tangisan manipulatif ni bukan tangisan yang real pun. Tangisan manipulatif adalah tangisan yang dibuat-buat kerana anak tahu tangisan tu berjaya membuatkan mak ayahnya tunduk dan patuh pada segala kemahuannya!

Akhirnya mak ayah tu tunaikan segala kemahuan anak. Padahal tangisan anak tu adalah tangisan manipulatif.

Motorola RAZR i XT890 dengan cipset Intel Atom

5. Smartphone mak ayah selalu berada di tangan anaknya

Kalau sekali sekala tak apa. Yang bahayanya sampaikan 24 jam smartphone tu berada di tangan si anak.

Akhirnya anak menjadi ketagih dan mula tak dapat kawal emosi ( lack of self control ) bila berjauhan dengan smartphone mak ayahnya

Pssst. Benda ni tak ramai mak ayah yang tahu tau. Tolong sebarkan pada mak ayah yang belum tahu ye.


Spread the love

4 Comments

  1. Betul tu. Kadang-kadang masalah anak jadi raja ni berpunca dari mak ayah sendiri yang terlalu memanjakan anak. Ada masanya kita kena biar anak berdikari, tapi masih dalam pemantauan kita. Mendidik anak zaman sekarang makin mencabar, mak ayah juga kena banyak belajar cara nak tackle anak tu.

    5 Cara Hukuman Yang Bahaya Pada Anak

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!