5 langkah untuk mencegah data digodam hacker

Spread the love

Sekarang ni banyak yang kena hack disebabkan orang yang tak bertanggungjawab. Bukan setakat kena hack je malah di scamnya juga. Apalah teruk sangat orang boleh buat kerja macam ni.

So, korang boleh gunakan 5 langkah ni supaya dapat mencegah akaun atau personal data daripada terkena godam oleh para hacker. Perkongsian ini dikongsi oleh Nur Aliah Mohd Nor @liaomey di twitternya.

1. Gunakan password yang selamat

Password yang selamat ni maksudnya password yang orang tak terfikir. Contoh, gabungkan huruf, nombor dan special character (!@#$%^&*). Jadi bila dah gabungkan 3 ini ianya agak sukar untuk hacker nak access personal data kita.

2. Sentiasa tengok pada link dekat ‘Address Bar’ browser kita

Sekarang ni ada banyak website yang kita nampak macam website yang biasa kita buka. Contohnya, website bank. Might be kita tak perasan website yang tengah access tu bukan website bank. Tapi ianya website phishing.

Once masuk je ke data bank kita, automatik username dan password bank kita akan dapat dekat si hacker!

3. Jangan download apa2 fail archive/pdf yang dihantar melalui email yang tidak dikenali

Ini salah satu option yang selalu hacker akan buat. Dia akan hantar files melalui email dan once kita buka je files tu automatically hacker tersebut akan dapat access personal data kita.

4. Elakkan guna password yang sama untuk setiap sosial media kita

Dah la password social media sama, password laptop pun sama. Sangat bahaya! Sebab once hacker dah dapat detect salah 1 access daripadanya, lagi senang hackers nak access semua media sosial kita dan laptop kita.

5. Jangan connect ke WiFi sebarangan atau WiFi network yang tidak dikenali

Ni ramai orang buat. Siapa je yang tak nakkan kalau dapat guna wifi free dekat tempat umum? Memang jimat data. Tapi kita kena tahu, ada sesetengah tempat hackers create name WiFi yang seakan-akan macam dekat kedai makan tersebut.

Once connect, hackers ni boleh curi maklumat-maklumat kita termasuklah password dan nombor kat kredit kita!

Jadi, korang kena lebih berhati-hati lepasni ya. Diorang kalau dah hack dah tak fikir apa dah yang penting dia suka tengok kita susah hati. Boleh kongsikan pada orang lain.

Kredit: Nur Aliah Mohd Nor @liaomey


Spread the love

4 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!