5 langkah mudah untuk delete akaun facebook selepas meninggal dunia

Spread the love

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Sebenarnya masih ramai lagi di luar sana pengguna akaun facebook yang tidak tahu bagaimanakah caranya untuk memadam akaun facebook miliknya sekiranya telah meninggal dunia.

Dan sekiranya anda tidak mahu delete akaun facebook, anda juga boleh setting untuk sesiapa sahaja kenalan rapat anda samada ahli keluarga terdekat ataupun kawan rapat anda untuk menguruskan akuan facebook anda sepenuhnya.

Caranya amatlah mudah sebenarnya. Inilah fungsi terbaharu yang diperkenalkan Facebook bagi membolehkan waris anda memadam akaun facebook anda.

Tujuannya adalah untuk memastikan setiap butiran di facebook di padam sepenuhnya ataupun di kawal rapi oleh ahli keluarga anda. Mungkin juga ada gambar-gambar yang tidak baik untuk dipertonton oleh orang ramai. Dengan cara ini sekurang-kurangnya, aib anda akan terpelihara.

Berikut merupakan langkah-langkah untuk memadam akaun facebook;

1. Pergi ke bahagian setting & Privacy

Pergi ke bahagian Setting dan Privacy dan klik pada butang setting tersebut.

2. Pergi ke bahagian Personal Information

Selepas klik butang Setting, anda akan lihat seperti gambar di bawah ini dan anda klik pada Personal information

3. Pergi ke ruang Manage account

Sebaik sahaja anda dah klik pada Personal Information, anda terus pergi ke ruangan Manage Account untuk selanjutnya. Anda akan melihat satu ruang yang memerlukan anda klik dan memasukkan pengenalan waris untuk proses penutupan akaun facebook.

4. Tetapkan legacy contact

Pada bahagian ini memerlukan anda memilih waris yang anda percaya untuk menguruskan akaun facebook anda. Bahagian ini juga anda boleh pilih samada mahu waris anda menguruskan akaun facebook anda sepenuhnya ataupun anda pilih untuk tutup terus akaun facebook.

5. Sebab padam akaun

Jika anda memilih untuk menutup akaun facebook, anda akan diberi pilihan dahulu samada anda ingin memilih untuk terus tutup ataupun tidak tutup. Begitulah.

Untuk langkah yang terakhir, jika anda ingin tutup akaun facebook anda maka sila pilih “delete after death”

Mudah bukan? begitulah caranya untuk anda menutup akaun facebook atau diuruskan oleh waris anda. Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua yang membacanya.


Spread the love

3 Comments

  1. Kalau nak delete sebab lupa password, link number, email. How? Login pun tak boleh. Tq

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!