Assalammualaikum dan salam sejahtera.
3 individu sudah ditahan sejak hari ini kerana disyaki memuat naik status menghina Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di laman sosial Facebook.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata dua lelaki itu, masing-masing ditahan di Sandakan, Sabah dan Sungai Buloh, Selangor semalam.
Mereka ini akan direman (untuk siasatan) dan keputusan sama ada mereka ini akan dituduh (di mahkamah) atau tidak akan diputuskan oleh Pejabat Peguam Negara.
Pihak polis akan terus ambil tindakan untuk mengelak perkara ini (perbuatan menghina Yang di-Pertuan Agong) berterusan,”
katanya kepada pemberita di Bukit Aman di sini, hari ini.
Sementara itu, beliau berkata seorang pemilik akaun Twitter yang memuat naik status mempunyai unsur-unsur hasutan akan dipanggil untuk memberi keterangan esok.
Polis tidak mahu ketenteraman awam terganggu dan akan ambil tindakan sewajarnya,” katanya.
Semalam, Huzir dilapor berkata polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun kerana memuat naik status menghina Al-Sultan Abdullah di laman sosial Facebook.
Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan iaitu kecenderungan menghasut dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
Dalam perkembangan lain, Huzir berkata pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung satu perhimpunan haram yang diadakan berdekatan sebuah pusat beli-belah di ibu negara semalam.
Polis sedang kenal pasti siapa yang hadir dalam perhimpunan itu dan akan jalankan siasatan sewajarnya,” katanya.
Sumber : Bernama
5 Comments
Wah! Semakin menjadi-jadi pulak sekarang ni ya.. harap keadaan semakin bertambah baik dan mereka yang menghina YDPA dapat di hadapkan ke muka pengadilan
Kalau hina pemimpin di Korea Utara, mereka fikir bunuh saja, tak ada pembelaan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..3 Sebab Untuk Anda Tempah Ebook Bisnes Shopee
Berani betul depa hina YDPA kita , orang mcm ni patut diambil tindakkan yg sewajar-wajarnya supaya ia dapat memberi pengajaran kepada semua .
Mereka ini masih dikira beruntung kerana duduk di Malaysia. Kalau duduk di Thailand? Agong kita mungkin akan maafkan tapi kerajaan tidak boleh biarkan walau Agong maafkan. nanti ‘naik lemak’! Mereka akan buat lagi.
Curahan rasa ahmadyani @ ..10 Sebab Kenapa Ramai Orang Suka Kerja Kerajaan – Sektor Awam
Nice article.Really it is informative and useful. Thanks for sharing this blog. – seo company in chennai
Comments are closed.