5 cara nak hilangkan kerak hitam kuali, ini petua “mak-mak” kita dulu

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semua wanita pasti sakit hati apabila melihat kuali yang mereka sering gunakan berkarat atau berkerak dan menjadi hitam. Memasak dan memasak setiap hari dan saban tahun, sudah pasti kawasan belakang kuali menjadi hitam.

Dan mungkin banyak petua atau tips yang digunakan untuk menghilangkan kesan ini. Ada yang berkesan malah tidak kurang juga yang tidak menjadi.

Oleh itu jangan pandang enteng dengan petua dapur orang dulu atau “mak-mak” ini.

Sebab sebelum berkongsi cara, tentulah “mak-mak” sudah mencuba terlebih dulu.

5 petua dapur yang dikongsikan “mak-mak” ini adalah bukti nyata yang cara ini memang berkesan hilangkan kuali karat dan kerak hitam.

Petua 1 : Guna asam keping

1. Rebus 8 asam keping di dalam periuk yang besar (supaya senang nak rendam kuali atau periuk).

2. Didihkan air asam keping tu sampai mendidih.

3. Masukkan kuali atau periuk di dalam air asam, rendam selama 4-5 minit.

4. Angkat kuali atau periuk, sejukkan lepas itu sental guna sabun dan berus dawai.

5. Masa sental, kurangkan mengunakan air.

Petua 2 : Guna sabun cap buruh

Harga sabun cap buruh RM4.50 ada 10 ketul.

Sentalkan mengguna sabun tersebut tanpa air.

Dan inilah petua dari kedai-kedai India yang jual periuk kuali.

Petua 3 : Guna sabun mandi dan sabun labour

Dari mula beli kuali, kena rajin sental guna sabun mandi dan sabun labour.

Bila sental gunalah penyental aluminium kasa untuk sental kuali tu.

Kalau kerak kuali dah tebal sangat, kena ada kesabaran yang tinggi bila sental.

Petua 4 : Rebus guna kulit nanas

Sebaik masak telur rebus, kuali yang lebam hitam akibat rebusan itu boleh dibersihkan dengan kulit nanas.

Caranya:

Rebus kulit nanas. Masa rebus kulit nanas itu biar lebih pada tanda hitam. Ambil kulit nanas tu guna senduk, gosok-gosok. Kemudian sental macam biasa. Boleh kilat semula.

Petua 5 : Guna Soda Bikarbonat

Bahan bahan :

Soda bikarbonat secukupnya
Berus dawai
Sedikit air

Cara cara :

1. Basahkan kuali dan tabur soda bikarbonat anggaran 2 sudu makan.

2. Ambil berus besi dan gosok kuali anda. Air jangan banyak. Anggaran agak-agak basah sahaja.

3. Teruskan menggosok sehingga kesan jelaga hitam hilang.

4. Basuh dan bilas dengan air. Hasilnya pasti menakjubkan. Selamat mencuba!

Selamat mencuba.


Spread the love

5 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!