Assalamualaikum dan salam 1Dunia, harini bermula Persidangan Daya eUsahawan selama dua hari di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Persidangan ini dianjurkan oleh pihak MDEC bertujuan untuk meraikan kejayaan peserta eUsahawan di kalangan pelajar TVET dan usahawan mikro yang menunjukkan prestasi baik dan menggabungkan pemain utama dari organisasi korporat, badan kerajaan serta sektor swasta untuk mengetengahkan sesi perkongsian usahawan digital dan bengkel pembelajaran.
Antara usahawan digital yang terlibat
Antara usahawan digital yang terlibat dalam persidangan kali ini adalah Prof. Dr Muhaya, Datuk Seri Aliff Syukri (pengasas D’Herbs Holdings) dan Menteri Belia dan Sukan, Y.B. Brig Jen. Khairy Jamaluddin. Sesi bersama Prof. Dr. Muhaya telah berlangsung pada awal pagi harini, 30 Oktober 2017.
Perkongsian topik “Niat Tepat Biznes Berkat” menjadi intipati perkongsian beliau untuk semua para peserta eUsahawan. Bagaimana penting untuk kita tetapkan niat, menjaga solat, sentiasa positif. Dalam masa yang sama sentiasa senyum dan zikir setiap hari. Ini antara perkara penting untuk kita memperolehi keberkatan dalam apa juga yang diusahakan.
Perkongsian ilmu dalam pelbagai bidang untuk semua peserta yang hadir
Selain itu, antara aktiviti utama yang berlangsung selama 2 hari ini adalah kelas-kelas pembelajaran untuk semua peserta yang hadir. Kelas merangkumi pelbagai topik yang dijalankan serentak ini memberikan ruang dan peluang kepada para peserta untuk memperkemaskan ilmu untuk meneruskan perniagaan mereka dalam era digital ini.
Kelas seperti kaedah penulisan copywriting, menggunakan pengiklanan di Google, pengiklanan di Facebook, bagaimana mengambil gambar profesional hanya dengan menggunakan telefon pintar adalah antara kelas-kelas yang disediakan. Ada juga kelas melibatkan pengurusan perniagaan, kewangan, konsep halal dan pelbagai lagi.
Kelas-kelas ini disediakan percuma untuk semua 4000 peserta eUsahawan yang hadir. Ini memang usaha yang cukup baik oleh pihak MDEC. Ini merupakan tahun ketiga program #YouCanDuit ini dianjurkan dan merupakan tahun kedua untuk majlis daya eUsahawan.
Ekonomi Digital adalah penggerak masa depan.
Program eUsahawan ini dianjurkan agar ekonomi digital dapat digerakkan dan sekaligus akan mengurangkan jurang ekonomi antara penduduk di luar bandar dan di bandar. Apabila akses internet telah diperluaskan ke seluruh negara, ini memberikan ruang dan peluang kepada sesiapa sahaja untuk menjana pendapatan melalui platform digital.
Melalui latihan yang berterusan dan majlis persidangan seperti Daya eUsahawan ini, wira-wira digital yang mengusahakan perniagaan mereka menggunakan platform digital dapat menambah baik perniagaan dan seterusnya menjana pendapatan berlipat kali ganda.
Semoga tempoh 2 hari di PWTC ini akan memberikan seribu satu pengalaman dan ilmu yang berguna untuk semua peserta yang hadir. Jangan lupa untuk ikuti perkembangan dan liputan khas di denaihati.com dan facebook fanpage kami Denaihati Network.
- Jana pendapatan ribuan ringgit melalui program #YouCanDuit MDeC
- #YouCanDuit Sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan di Perlis
- Perekabentuk Shawl Teruja Sertai Program #eUsahawan
- Daya eUsahawan – kesinambungan program eUsahawan oleh MDEC
- Pendapatan meningkat daripada RM5,000 kepada RM50,000 sebulan
78 Comments
terima kasih udah di share artikel nya sangat menarik i like
Curahan rasa grosir gamis murah bekasi @ ..0812-8811-9011, GROSIR GAMIS TANAH ABANG, HARGA MURAH BERKUALITAS
alhamdulilah..makin ramai yang buka mata tentang dunia digital..especially eusahawan.. boleh la ke peringkat global lepas ni..
Mulakan dulu di peringkat tempatan, kalau dah ada pengalaman terus ke peringkat global.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41
MDEC nampaknya sedang giat membantu usahawan yang ingin berjaya dalam bisnes era digital ini. Peniaga-peniaga offline juga patut mula fikir untuk mengikut trending ini jika ingin mengembangkan perniagaan.
Curahan rasa Sani @ ..Bekas Banduan Ni Buat Duit USD80,000 Melalui Kedai Online Shopify
Betul, tapi bukan semua bisnes boleh buat online, contohnya pembekal dan kilang-kilang ada strategi pemasarannya yang tersendiri.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Pelan Integriti Jabatan Kastam Di Raja Malaysia
Dah boleh masuk pasaran global tak payah harapkan pasaran malaysia saja
negara kita gawat pun kita relax je
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Bacaan gula darah normal untuk elak kencing manis!
Boleh lah lepas ni kita mula buat duit dengan USD pula ya Mazni Azmi.
Curahan rasa Sani @ ..Bekas Banduan Ni Buat Duit USD80,000 Melalui Kedai Online Shopify
4000 usahawan bukan jumlah yang kecil..
besar juga impak kepada ekonomi negara..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Kerja Sambilan Hujung Minggu Yang Dibayar US Dollar
Salah seorang rakan ada juga turut serta mengambil peluang untuk mengambangkan rangkaian bisnesnya dengan menawarkan servis yang berkaitan denga bisnes digital.
Curahan rasa Sani @ ..Bekas Banduan Ni Buat Duit USD80,000 Melalui Kedai Online Shopify
Boleh tahan ramai sehingga 4000 usahawan tu yang turut serta dalam persidangan , semoga pada masa akan datang akan lebih ramai lagi yang turut serta nanti
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Setiap Pemilik Kereta Perlu Ada Kunci Kebal Ini
angka yang sangat besar sekali 4000 pengusaha..mudah-mudahan pereknomian bisa dikuasai oleh ummat ISlam
Curahan rasa ade sunandar @ ..Agen ICP Capsule Tasly Pontianak
4000 usahawan angka yang sangat besar untuk tambah networking. Bagus juga dapat berkongsi pengalaman dengan otai2 dalam perniagaan masing.
Curahan rasa Nur Razali @ ..Luka Ceaser Bercantum Elok Lepas 10 Hari Bersalin
Tu lah… memang beruntung siapa yang pergi ke event ni…. Boleh cari partner dalam perniagaan dan kembangkan bisnes…
Curahan rasa Anuar @ ..Iphone X, Iphone 8 Plus, Iphone 8, Samsung Galaxy Note 8 untuk dimenangi pada bulan November ini
dalam masa yang sama boleh juga cari rakan strategik dalam perniagaan… Berkongsi-kongsi idea dan pendapat…
Curahan rasa Anuar @ ..Iphone X, Iphone 8 Plus, Iphone 8, Samsung Galaxy Note 8 untuk dimenangi pada bulan November ini
ini bukan sahaja peluang utk timba ilmu bisnes tapi masa untuk bina network
Curahan rasa nikkhazami @ ..Kalendar Cuti Sekolah dan Cuti Umum 2018
Dengan bilangan peserta seramai 4000 orang usahawan… nak bina network dalam perniagaan memang senang..
Curahan rasa anuar @ ..Iphone X, Iphone 8 Plus, Iphone 8, Samsung Galaxy Note 8 untuk dimenangi pada bulan November ini
4000 tu memang ramai kan, boleh sangat bina networking dan partnership
Curahan rasa raihanah @ ..Klinik Berhenti Merokok Dengan Vivix Shaklee
Kalau kena gayanya dengan 4000 orang ini memang banyak peluang-peluang bisnes secara berjemaah yang boleh dilaksanakan.
Curahan rasa Sani @ ..Bekas Banduan Ni Buat Duit USD80,000 Melalui Kedai Online Shopify
Kerap juga mengikuti motivasi Dr. Muhaya. Apabila beliau turut bersama dalam Persidangan Daya E-Usahawan 2017 anjuran MDEC ini ditambah lagi dengan Dato Seri Aliff Syukri tentu banyak manfaat yang diperolehi dalam program ini.
Curahan rasa Gum Arabic Al-Manna @ ..Khasiat Akasia Senegal Lebih Tinggi Daripada Akasia Seyal
Saya juga suka mendengar motivasi yang dikongsikan oleh Dr. Muhaya… keikhlasannya ketika menyampaikan ceramah motivasi terasa hingga ke hati..
Curahan rasa anuar @ ..Iphone X, Iphone 8 Plus, Iphone 8, Samsung Galaxy Note 8 untuk dimenangi pada bulan November ini
selain dapat info boleh tambah ‘line’ hehehe..masa ni la nak promote ramai pergi tu
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Lindungi Diri Dari Penipuan – Western Union
“Line” maksud tuan rangkaian ke?
Atau ejen jualan yang dapat membantu mengembangkan bisnes?
Curahan rasa anuar @ ..Iphone X, Iphone 8 Plus, Iphone 8, Samsung Galaxy Note 8 untuk dimenangi pada bulan November ini
Dalam seminar macam ni
orang yang menyamar usahawan pun ramai
cari mangsa
Curahan rasa Ibu Zaid @ ..23 Makanan untuk ibu mengandung menurut sunnah & Sains!
Bab yang ni memang bahaya.. lebih-lebih lagi scammer yang semakin kreatif sekarang ni untuk memperdaya mangsa..
Curahan rasa anuar @ ..Iphone X, Iphone 8 Plus, Iphone 8, Samsung Galaxy Note 8 untuk dimenangi pada bulan November ini
OWH ada gak orang yang menyamar macam tu kan.. pantang tengok orang senang mereka tu
hebat semua wira-wira digital di malaysia ni. mesti banyak perkongsian yang bermanfaat sepanjang program ini.
Curahan rasa JMR @ ..Muzium Tentera Darat Port Dickson
Semakin hari wira digital di Malaysia semakin bertambah… ramai yang sedar tentang potensi bisnes internet..
Curahan rasa anuar @ ..Iphone X, Iphone 8 Plus, Iphone 8, Samsung Galaxy Note 8 untuk dimenangi pada bulan November ini
Terutamanya selepas melihat kejayaan Irfan Khairi memperolehi RM1 juta yang pertama menerusi internet..
Curahan rasa anuar @ ..Iphone X, Iphone 8 Plus, Iphone 8, Samsung Galaxy Note 8 untuk dimenangi pada bulan November ini
Ditambah pula dengan penerbitan buku pertama beliau berjudul Rahsia jutawan internet kini terbongkar..
Curahan rasa anuar @ ..Iphone X, Iphone 8 Plus, Iphone 8, Samsung Galaxy Note 8 untuk dimenangi pada bulan November ini
Comments are closed.