4000 Usahawan dalam Persidangan Daya eUsahawan 2017 anjuran MDEC

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, harini bermula Persidangan Daya eUsahawan selama dua hari di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Persidangan ini dianjurkan oleh pihak MDEC bertujuan untuk meraikan kejayaan peserta eUsahawan di kalangan pelajar TVET dan usahawan mikro yang menunjukkan prestasi baik dan menggabungkan pemain utama dari organisasi korporat, badan kerajaan serta sektor swasta untuk mengetengahkan sesi perkongsian usahawan digital dan bengkel pembelajaran.

Perkongsian Prof. Dr. Muhaya

Antara usahawan digital yang terlibat

Antara usahawan digital yang terlibat dalam persidangan kali ini adalah Prof. Dr Muhaya, Datuk Seri Aliff Syukri (pengasas D’Herbs Holdings) dan Menteri Belia dan Sukan, Y.B. Brig Jen. Khairy Jamaluddin. Sesi bersama Prof. Dr. Muhaya telah berlangsung pada awal pagi harini, 30 Oktober 2017.

Perkongsian topik “Niat Tepat Biznes Berkat” menjadi intipati perkongsian beliau untuk semua para peserta eUsahawan. Bagaimana penting untuk kita tetapkan niat, menjaga solat, sentiasa positif. Dalam masa yang sama sentiasa senyum dan zikir setiap hari. Ini antara perkara penting untuk kita memperolehi keberkatan dalam apa juga yang diusahakan.

Wira Digital Menjadi Tema Persidangan
Wira Digital menjadi tema persidangan kali ini.

Perkongsian ilmu dalam pelbagai bidang untuk semua peserta yang hadir

Selain itu, antara aktiviti utama yang berlangsung selama 2 hari ini adalah kelas-kelas pembelajaran untuk semua peserta yang hadir. Kelas merangkumi pelbagai topik yang dijalankan serentak ini memberikan ruang dan peluang kepada para peserta untuk memperkemaskan ilmu untuk meneruskan perniagaan mereka dalam era digital ini.

daya eUsahawan copywriting pukau

Kelas seperti kaedah penulisan copywriting, menggunakan pengiklanan di Google, pengiklanan di Facebook, bagaimana mengambil gambar profesional hanya dengan menggunakan telefon pintar adalah antara kelas-kelas yang disediakan. Ada juga kelas melibatkan pengurusan perniagaan, kewangan, konsep halal dan pelbagai lagi.

Kelas-kelas ini disediakan percuma untuk semua 4000 peserta eUsahawan yang hadir. Ini memang usaha yang cukup baik oleh pihak MDEC. Ini merupakan tahun ketiga program #YouCanDuit ini dianjurkan dan merupakan tahun kedua untuk majlis daya eUsahawan.

Ekonomi Digital adalah penggerak masa depan.

Program eUsahawan ini dianjurkan agar ekonomi digital dapat digerakkan dan sekaligus akan mengurangkan jurang ekonomi antara penduduk di luar bandar dan di bandar. Apabila akses internet telah diperluaskan ke seluruh negara, ini memberikan ruang dan peluang kepada sesiapa sahaja untuk menjana pendapatan melalui platform digital.

wira digital mempelajari avana

Melalui latihan yang berterusan dan majlis persidangan seperti Daya eUsahawan ini, wira-wira digital yang mengusahakan perniagaan mereka menggunakan platform digital dapat menambah baik perniagaan dan seterusnya menjana pendapatan berlipat kali ganda.

Semoga tempoh 2 hari di PWTC ini akan memberikan seribu satu pengalaman dan ilmu yang berguna untuk semua peserta yang hadir. Jangan lupa untuk ikuti perkembangan dan liputan khas di denaihati.com dan facebook fanpage kami Denaihati Network.


Spread the love

78 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!