4 Tahap Didik Anak Mengikut Sunnah Rasulullah

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bukan mudah sebenarnya untuk menjadi seorang ibu dan seorang bapa. Mendidik anak perlukan ilmu dan kesabaran yang tinggi terutama pada zaman yang serba mencabar ini. Contoh terbaik dalam mendidik anak-anak tidak lain dan tidak bukan ialah cara Rasulullah SAW.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Berikut adalah 4 tahap didik anak yang berbalik kepada fitrah dan ianya sunnah yang telah telah diamalkan oleh Rasulullah SAW.

Anak usia 0-6 Tahun (Kasih sayang)

Pada usia ini, Rasulullah SAW menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yang tidak berbelah bagi. Biarkan anak-anak bermandikan kasih sayang pada tahap ini.

Ibu bapa boleh bergurau, membelai dan memanjakan mereka dengan penuh kasih sayang. Jangan sesekali mendenda mereka dengan kekerasan apabila melakukan kesalahan.

Anak usia 7-14 Tahun (Disiplin dan tanggungjawab)

Pada masa ini Rasulullah SAW menyuruh kita untuk mula menanamkan disiplin kepada anak-anak dengan mengajar dan menyuruh mereka untuk mengerjakan solat. Bahkan apabila umurnya sudah sepuluh tahun, seorang ayah boleh memukul anaknya jika enggan mengerjakan solat.

Rasulullah SAW bersabda. “Perintahkanlah anak-anak kamu untuk sembahyang pada usia tujuh tahun; dan pukullah mereka kerana meninggalkannya pada usia sepuluh tahun; dan pisahkanlah di antara mereka (anak-anak kamu) di dalam tempat tidur.” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Kesimpulannya, pada tahap ini ibu bapa perlu mendidik anak mendengar arahan, disiplin dan beri tanggungjawab, didik anak tentang solat, puasa dan ibadah.

Anak usia 15-21 Tahun (Jadikan anak sebagai kawan)

Pada umur ini jiwa remaja mudah memberontak dan memikirkan hanya mereka yang betul. Maka ibu bapa perlu mendidik anak dengan cara yang rasional agar anak-anak juga terdidik untuk menjadi lebih rasional.

Ibu bapa boleh menjadikan anak sebagai kawan, jadilah pendengar yang baik, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam.

Anak usia 21 Tahun ke atas (Kepercayaan dan kebebasan)

Pada masa ini, ibu bapa sudah boleh melepaskan anaknya untuk belajar menempuh hidup sendiri. Sudah masanya ibubapa untuk memberikan sepenuh kepercayaan kepada anak-anak dengan memberi kebebasan dalam membuat keputusan mereka sendiri. Walaubagaimanapun, ibubapa masih perlu memantau, menasihatkan dan terus berdoa agar setiap hala tuju yang diambil anak-anak adalah betul dan tidak tersasar dari landasan yang benar.

Wallahua’lam


Spread the love

6 Comments

  1. tq for sharing. sekarang 2 anak di fasa tanggungjawab dan sorang di fasa kasih sayang. semoga kita dapat menjaga amanah yang diberikan untuk menjamin kebahagian kita dunia dan akhirat.

  2. Tapi mak bapak zaman sekarang terlampau manjakan anak2, sebab apa? bila pergi rumah org makpak buat bodo jerk anak pergi buka peti ais, lompat atas sofa, main remote control..Saya plak ajag anak2 depa bagaimana nak beradap dirumah org…senang ja peegi cubit peha budak tu..kompom makpak dia tak mai rumah kita 2 tahun hahaaha..itu yg pernah saya alami.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!