4 sebab utama pelajar IPT selalu tak cukup duit

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Masih bergelar student, dan tiada kerja sampingan untuk dilakukan? Hanya mengharapkan pinjaman mahupun biasiswa untuk menampung hidup. Malahan, masih bergantung harap dengan duit daripada kedua ibu bapa.

Tapi, semuanya bagaikan tidak mencukupi lagi kan?. Duit sentiasa habis dan tidak cukup.

Bermacam-macam alasan yang direka, buku semakin mahal, makanan di kafe semakin mahal, nak sewa kereta pun mahal, dan pelbagai alasan lagi.

Amalam menyimpan duit bukan patut dimulakan ketika sudah bekerja dan mempunyai pendapatan, ia patut dimulakan dan diberi kesedaran ketika kita masih kecil lagi. Sekiranya tidak diberikan pendedahan dari kedua ibu bapa ketika kecil, maka kita sendiri perlu bergerak dan bangkit untuk merancang kewangan.

Kenapa ya, student selalu tak cukup duit?

1. Makanan.

Memang betul sebagai pelajar amat memerlukan nutrisi yang cukup supaya otak dan minda dapat berfungsi dengan baik. Tapi, tidak perlu untuk membeli makanan yang mahal sekerap mungkin kerana masih baru belajar.

Oleh sebab itu kebanyakan kolej dan Universiti sebenarnya terletak jauh daripada pusat bandar untuk mengelakkan student menghabiskan duit terutamanya pada makanan yang mahal. Sudahlah jauh, lepas tu nak habiskan duit untuk tambang bas, teksi atau Grab pula.

Belajar diri pertahankan nafsu daripada sering ke restoran hipster sahaja, makanan di kafe pun sedap dan murah.

Jika anda mempunyai RM300 untuk belanja sebulan, anda boleh belanja untuk makanan RM10 sehari sebenarnya. Namun, tidak pula setiap makanan dia kafe memang RM10, mungkin hanya RM5 sahaja. Malam boleh makan roti pula. Jimat!

2. Mahu buku baru sahaja.

Dilema setiap pelajar yang baru sahaja masuk ke alam Kolej atau Universiti ini adalah untuk mendapatkan bahan bacaan dan belajar. Jika seorang yang malas bertanya, tidak rajin untuk bertemu senior ataupun lecturer, beli sahaja buku baru. Kemudian setiap alat tulis pun mahu yang baru. Setiap bulan beli buku nota baru. Memang sukar untuk berjimat kalau macam ni.

Terutamanya golongan gadis, nampak sahaja alat tulis yang comel-comel, pasti mahu dibeli.

3. Terlampau mudah terpengaruh dengan life orang lain.

Sebagai pelajar juga, memang mudah terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya. Ketika ini tidak dapat lagi berfikiran dengan rasional, apatah lagi dalam membuat keputusan. Sekiranya terlihat rakan-rakan pergi ke pusat bandar, mesti nak kena ikut juga.

Ingin memiliki telefon bimbit baru dengan alasan mudah menyimpan nota. Boleh sahaja, asalkan yang berpatutan dan murah. Tidak perlu beli yang mahal. Pinjam pada kakak atau abang pun memadai. Beli yang secondhand pun mencukupi.

4. Tak pernah buat simpanan.

Dan yang paling penting adalah, apabila student tidak pernah pun ada inisiatif untuk menyimpan duit. Dengan alasan, duit tidak pernah cukup. Memang tidak cukup sekiranya 3 point di atas sering terjadi pada anda.

Jangan amalkan konsep, dan kerja ada gaji baru mahu menyimpan. Mula dari sekarang ya.

Jika tak tahu cara nak buat duit, boleh dapatkan idea 3 cara buat duit secara online, mesti jadi!


Spread the love

6 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!