4 kos yang perlu dipertimbangkan dalam bajet perkahwinan

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Majlis perkahwinan impian ialah permulaan bagi kebahagiaan sesebuah pasangan. Walau bagaimanapun, kos majlis perkahwinan semakin meningkat berikutan kenaikan kos hidup di negara ini. Oleh itu, lebih banyak bakal pengantin memilih untuk berjimat cermat dalam merancang perbelanjaan majlis perkahwinan mereka.

Namun, ramai mendapati bahawa bajet yang telah ditetapkan tidak mencukupi kerana terpaksa menanggung beberapa caj ‘tersembunyi’ yang sering dilepas pandang.

Kursus kahwin dan majlis nikah

akad nikah

Seperti yang kita maklum, setiap pasangan beragama Islam yang hendak mendirikan rumah tangga hendaklah menghadiri kursus perkahwinan untuk mendapatkan sijil kursus pra-perkahwinan yang dikeluarkan oleh jabatan agama Islam di negeri masing-masing.

Walaupun kos kursus ini boleh dianggap rendah, iaitu sekitar RM100 ke RM150 seorang, ia tetap menjadi beban kepada pengantin yang kurang berkemampuan. Kos tambahan seperti kos pengangkutan ke lokasi kursus, kos penginapan and kos makan minum juga perlu diambil kira sekiranya bakal pengantin bekerja di luar negeri atau luar negara dan terpaksa menghadiri kursus ini di daerah asal mereka.

Selain itu, terdapat juga pengantin yang ingin mengikut trend terkini, lalu melangsungkan majlis akad nikah dan majlis resepsi pada hari yang berlainan.

Kos bagi majlis akad nikah boleh mencecah sehingga RM5,000, termasuk bayaran pakej pelamin, pakaian pengantin, fotografi dan katering makanan. Kos fotografi dianggarkan dari RM800 sehingga RM2,500, seperti kebanyakan servis. Bayaran katering makanan bagi 300 tetamu, dianggarkan boleh mencapai di antara RM2,000 ke RM5,000.

Walaupun majlis akad nikah dipandang ringkas, ianya memerlukan kos yang agak tinggi. Oleh itu, bakal pengantin perlulah mengambil kira kos majlis pernikahan ini, selain perbelanjaan untuk majlis resepsi  sekiranya kedua-dua majlis diadakan pada hari dan di tempat yang berbeza. Pengantin setentunya boleh menjimat wang sekiranya kedua-dua majlis ini dijalankan dengan serentak atau akad nikah diikuti denan majlis resepsi di lokasi dan hari yang sama.

Barang hantaran

kos akad nikah

Selain itu, kedua-dua pihak perlu mengambil kira kos yang diperlukan untuk membeli barang hantaran sebagai pemberian kepada pasangan masing-masing. Kos pembelian barangan hantaran ini tidak termasuk dalam wang hantaran.

Mengikut perkembangan semasa, kebanyakan pengantin akan memilih hantaran dalam bentuk pakaian, aksesori, set wangian, buah-buahan dan manisan serta barang kemas terutamanya untuk pengantin perempuan. Kos barangan hantaran ini mungkin melonjak tinggi sekiranya hantaran yang berjenama dipilih.

Oleh itu, pastikan kos barangan hantaran dimasukkan dalam bajet perkahwinan, dan pastikan barang yang dibeli berpatutan dengan kos yang anda mampu.

Makanan dan minuman

katering perkahwinan

Penyediaan makanan dan minuman adalah aspek penting dalam persediaan sesuatu majlis perkahwinan. Di sini, bakal pengantin mempunyai dua pilihan, iaitu sama ada menggunakan khidmat katering atau menyediakan sendiri makanan secara ‘rewang’ atau gotong-royong.

Kedua-dua pilihan mempunyai perbelanjaan tersembunyi masing-masing. Pihak pengantin perlu berhati-hati ketika memilih pakej katering agar tidak terperangkap dengan caj tambahan seperti sewaan kanopi, pelayan, peralatan hidangan, kek dan sebagainya.

Jangan terpedaya dengan pujukan penyedia katering untuk menambah jumlah makanan ataupun perkhidmatan lain seperti bufet manisan, sudut pencuci mulut, trak aiskrim, dan sebagainya dengan caj berganda. Sebaik-baiknya, kamu perlu menyelidik terdahulu harga servis tambahan sekiranya dilanggan secara berasingan.

Makanan majlis yang disediakan sendiri menpunyai kos yang tidak dijangka termasuk bayaran tukang masak, bayaran tukang cuci pinggan dan sewa peralatan untuk menghidang. Selain itu, makan dan minum anggota rewang perlu ditanggung semasa penyediaan makan dan minum untuk majlis perkahwinan.

Untuk mengelakkan perbelanjaan melangkau jauh daripada bajet anda, bakal pengantin perlulah peka akan kos-kos ini, selain daripada kos belanja ‘hangus’ dalam pembelian bahan basah serta risiko peningkatan harga bahan mentah terutama sekali sekiranya majlis perkahwinan dijalankan pada waktu puncak seperti musim perayaan dan cuti sekolah.

Bunga telur dan uncang hadiah (goodie bag)

Pemberian bunga telur kepada tetamu amat sebati dengan majlis perkahwinan Melayu dan dianggap sebagai suatu elemen yang menunjukkan kesantunan dan budi pekerti masyarakat Melayu. Bunga telur juga menjadi tanda penghargaan kepada tetamu yang datang.

Pada masa yang sama, trend perkahwinan terbaru ialah pemberian bunga telur yang disertakan bersama uncang hadiah atau goodie bag. Uncang ini biasanya diisi dengan hadiah seperti buku surah Yasin, tasbih, gula-gula, coklat, sapu tangan kecil dan sebagainya. Kos pembelian bunga telur dan uncang hadiah sering dipandang remeh an tidak dimasukkan ke dalam bajet perkahwinan.

Untuk mengelakkan perbelanjaan luar jangka seperti ini, bakal pengantin boleh membuat inventori dan senarai yang tepat bagi setiap bahan yang hendak dimasukkan ke dalam uncang hadiah. Sebaik-baiknya, bahan Tuntuk uncang hadiah dibeli secara pukal untuk mendapatkan harga borong. Elakkan juga penambahan item pada saat-saat akhir.

Dewan Eksklusif Perkahwinan

Kesimpulannya, terdapat banyak aspek yang perlu dipertimbangkan dalam perancangan bajet perkahwinan. Oleh itu, bakal pengantin perlulah peka akan kos majlis perkahwinan, terutamanya kos-kos yang disenaraikan di atas.

Dengan perancangan yang teliti, majlis yang sederhana belanjanya juga boleh berlangsung dengan meriah dan eksklusif. Akhir kata, ukurlah baju di badan sendiri. Jangan terlalu taksub mengikuti trend terkini sehingga berhutang semata-mata untuk memenuhi majlis impian anda.


Spread the love

8 Comments

  1. Tips kahwin yang sangat membantu untuk bakal raja sehari 🙂

    Mana-mana part yang boleh jimat sikit2 pon ok, campur2 semua balik lepas la buat belanja pergi berbulan madu… hehe

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!