4 Kluster Baharu Dikesan Selepas Pulang Dari Luar Negara

Spread the love

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Empat kluster baharu Covid-19 dikenal pasti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membabitkan Kluster pesakit dalam siasatan (PUI) Pitakwa, Kluster PUI Shirala, Kluster Pusat Perubatan Kuching dan Kluster Jupiter.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bagi Kluster PUI Pitakwa, kes indeks kluster itu adalah seorang warga negara Malaysia (iaitu kes ke-8,737) yang pulang ke Malaysia dari Nigeria pada 11 Julai 2020.

Menurutnya, saringan Covid-19 di Pintu Masuk Antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didapati negatif namun tiga hari selepas ketibaan di Malaysia beliau perlu menjalani ujian ulangan bagi Covid-19 kerana mula mengalami gejala yang lebih teruk yang mana beliau dikesan positif serta dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu.

Baca : Pelancong UK yang terkandas selama 11 minggu puji cara Malaysia tangani Covid-19

Menurutnya, susulan itu, 44 kontak rapat dikenal pasti dan disaring terutama dalam kalangan ahli keluarga, penumpang dan krew kapal terbang, pemandu teksi serta rakan sekerja.

Daripada jumlah ini, dua dikesan positif Covid-19 (iaitu kes ke-8,754 dan 8,755); tiga,negatif; dan 39 masih menunggu keputusan.

Manakala bagi Kluster PUI Shirala, kes indeks kluster ini adalah seorang bukan warga negara golongan profesional (iaitu kes ke-8,730) dan tiba di Malaysia pada 6 Julai 2020 atas urusan kerja,”

Dr Noor Hisham berkata, saringan Covid-19 di India dan kemudiannya di Pintu Masuk Antarabangsa KLIA didapati negatif namun lima hari selepas ketibaan di Malaysia beliau perlu menjalani ujian ulangan bagi Covid-19 kerana mula mengalami gejala 11 Julai 2020 dan dikesan positif Covid-19.

Beliau dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan setakat ini, dua kontak rapat dikenal pasti di mana satu kes dikesan positif Covid-19 (kes ke-8,738) dan seorang lagi adalah negatif.

Bagi, Kluster Pusat Perubatan Kuching pula kes indeks kluster ini adalah seorang warga negara Malaysia (iaitu kes ke-8,734) yang menjalani saringan Covid-19 kerana beliau berisiko tinggi (petugas kesihatan barisan hadapan), namun tidak mempunyai gejala.

Beliau dikesan positif Covid-19 pada 14 Julai 2020 dan kemudiannya dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini, satu kes dikesan positif Covid-19 daripada 26 kontak rapat dikenal pasti termasuk ahli keluarga dan rakan sekerja.

Manakala yang lain adalah negatif kes positif adalah ke-8,744 dan adalah rakan setugas kes ke-8,734 di sebuah Pusat Perubatan di Kuching.

Kluster Jupiter pula kes indeks kluster ini adalah seorang bukan warga negara (iaitu kes ke-8,723). Beliau adalah seorang kru sebuah kapal yang berlayar dan mempunyai sejarah perjalanan ke Jepun dan Singapura,”

Katanya, beliau mula mengalami gejala pada 3 Julai 2020 dan gejala menjadi semakin teruk pada 11 Julai 2020 di perairan Sarawak sebelum dimasukkan ke pusat perubatan dan saringan Covid-19 didapati positif.

Beliau kemudiannya dipindahkan ke Hospital Bintulu, Sarawak dan susulan itu, 29 kontak rapat dikenal pasti di dalam kapal itu di mana kesemuanya adalah kru kapal.

Daripada jumlah ini, dua dikesan positif Covid-19 (kes ke-8,747, kes ke-8,748); dan 27 negatif,”

Menurut Dr Noor Hisham, kluster ini adalah kluster import yang terpencil (isolated) di mana masyarakat sekeliling sememangnya tidak terdedah kepada kru kapal ini namun kes yang memerlukan rawatan akan segera dibawa ke pusat perubatan dan hospital.

Baca : Jumlah covid-19 seluruh dunia mencecah 12 juta

Teruskan jaga penjarakan sosial dan pakai mask kita keluar. Insyallah sama-sama kita bendung penularan Covid-19.

Sumber : HarianMetro


Spread the love

5 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!