Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Empat kluster baharu Covid-19 dikenal pasti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membabitkan Kluster pesakit dalam siasatan (PUI) Pitakwa, Kluster PUI Shirala, Kluster Pusat Perubatan Kuching dan Kluster Jupiter.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bagi Kluster PUI Pitakwa, kes indeks kluster itu adalah seorang warga negara Malaysia (iaitu kes ke-8,737) yang pulang ke Malaysia dari Nigeria pada 11 Julai 2020.
Menurutnya, saringan Covid-19 di Pintu Masuk Antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didapati negatif namun tiga hari selepas ketibaan di Malaysia beliau perlu menjalani ujian ulangan bagi Covid-19 kerana mula mengalami gejala yang lebih teruk yang mana beliau dikesan positif serta dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu.
Baca : Pelancong UK yang terkandas selama 11 minggu puji cara Malaysia tangani Covid-19
Menurutnya, susulan itu, 44 kontak rapat dikenal pasti dan disaring terutama dalam kalangan ahli keluarga, penumpang dan krew kapal terbang, pemandu teksi serta rakan sekerja.
Daripada jumlah ini, dua dikesan positif Covid-19 (iaitu kes ke-8,754 dan 8,755); tiga,negatif; dan 39 masih menunggu keputusan.
Manakala bagi Kluster PUI Shirala, kes indeks kluster ini adalah seorang bukan warga negara golongan profesional (iaitu kes ke-8,730) dan tiba di Malaysia pada 6 Julai 2020 atas urusan kerja,”
Dr Noor Hisham berkata, saringan Covid-19 di India dan kemudiannya di Pintu Masuk Antarabangsa KLIA didapati negatif namun lima hari selepas ketibaan di Malaysia beliau perlu menjalani ujian ulangan bagi Covid-19 kerana mula mengalami gejala 11 Julai 2020 dan dikesan positif Covid-19.
Beliau dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan setakat ini, dua kontak rapat dikenal pasti di mana satu kes dikesan positif Covid-19 (kes ke-8,738) dan seorang lagi adalah negatif.
Bagi, Kluster Pusat Perubatan Kuching pula kes indeks kluster ini adalah seorang warga negara Malaysia (iaitu kes ke-8,734) yang menjalani saringan Covid-19 kerana beliau berisiko tinggi (petugas kesihatan barisan hadapan), namun tidak mempunyai gejala.
Beliau dikesan positif Covid-19 pada 14 Julai 2020 dan kemudiannya dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak,” katanya.
Beliau berkata, setakat ini, satu kes dikesan positif Covid-19 daripada 26 kontak rapat dikenal pasti termasuk ahli keluarga dan rakan sekerja.
Manakala yang lain adalah negatif kes positif adalah ke-8,744 dan adalah rakan setugas kes ke-8,734 di sebuah Pusat Perubatan di Kuching.
Kluster Jupiter pula kes indeks kluster ini adalah seorang bukan warga negara (iaitu kes ke-8,723). Beliau adalah seorang kru sebuah kapal yang berlayar dan mempunyai sejarah perjalanan ke Jepun dan Singapura,”
Katanya, beliau mula mengalami gejala pada 3 Julai 2020 dan gejala menjadi semakin teruk pada 11 Julai 2020 di perairan Sarawak sebelum dimasukkan ke pusat perubatan dan saringan Covid-19 didapati positif.
Beliau kemudiannya dipindahkan ke Hospital Bintulu, Sarawak dan susulan itu, 29 kontak rapat dikenal pasti di dalam kapal itu di mana kesemuanya adalah kru kapal.
Daripada jumlah ini, dua dikesan positif Covid-19 (kes ke-8,747, kes ke-8,748); dan 27 negatif,”
Menurut Dr Noor Hisham, kluster ini adalah kluster import yang terpencil (isolated) di mana masyarakat sekeliling sememangnya tidak terdedah kepada kru kapal ini namun kes yang memerlukan rawatan akan segera dibawa ke pusat perubatan dan hospital.
Baca : Jumlah covid-19 seluruh dunia mencecah 12 juta
Teruskan jaga penjarakan sosial dan pakai mask kita keluar. Insyallah sama-sama kita bendung penularan Covid-19.
Sumber : HarianMetro
- Umat Islam Disaran Laksana Solat Hajat Esok Susulan Penularan COVID-19
- Segala Aktiviti Masjid Di Selangor Tangguh Sehingga 31 Mei 2020
- Perang lawan COVID-19 belum berakhir, muncul 4 kluster baru!
- Solat Jumaat Pertama Di Wilayah Persekutuan Selepas 8 Minggu Ditangguh
- Tanda Pagar #IndonesiaBisa Sebagai Kata Semangat
5 Comments
Tak ada kesedaran untuk duduk diam dalam rumah, orang yang tak bersalah pula yang kena tanggung akibatnya.
Bukankah selepas balik dari luar negara kena kuarantin diri sendiri di rumah? Mereka yang balik dari luar negara kena ada sifat tanggungjawab dalam keadaan covid belum reda ini. Tidak perlu kerajaan suruh.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Jadual Ujian Psikometrik Kerja Kerajaan Bulan Julai 2020 Oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awan Dan Rujukan Mudah Lulus
Setuju. Itu yg wajib bg mereka yg balik dr luar negara. Tanggungjawab mereka utk disiplin dn patuh utk elak kontak yg ramai.
Curahan rasa Hafizmd @ ..Jadual Temuduga Perkhidmatan Awam Malaysia 2020 – Panduan Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
Takutnya ya Allah. Semoga kita semua terus dilindungi Allah. Teruskanlah untuk jaga penjarakan sosial dan sebaiknya pakailah mask bila kita keluar.
Curahan rasa Syaz Rahim @ ..Make Over Tangga
Amiin amiin amiin insyaAllah..moga kite semua dijauhkan dr bala bncana wabak penyakit..
Curahan rasa Hafizmd @ ..Jadual Temuduga Perkhidmatan Awam Malaysia 2020 – Panduan Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
Comments are closed.