4 jenis warna asap kereta, tahukah apa sebabnya?

Spread the love

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan adakala kita lewat servis kenderaan dan berharap tidak ada sebarang permasalahan yang berlaku pada kenderaan tersebut.

Maka pada kebiasaannya akan membawa kenderaan itu dengan cara yang lebih cermat supaya ia masih berada dalam keadaan yang baik dan mudah dikawal.

Namun terdapat beberapa cara yang mungkin anda boleh tahu sama ada kereta berada dalam keadaan yang kritikal atau tidak.

Lihat pada asap dan kenal warnanya yang memberi maksud tertentu :

1. Asap hitam

Sekiranya ada asap hitam keluar dari muncung ekzos, ia bermakna enjin kereta tidak mendapat udara mencukupi sekaligus menyebabkan bahan api dibakar berlebihan.

Apa perlu diperiksa ialah penapis udara yang kemungkinan tersumbat. Anda juga disarankan membersihkan penapis atau menukar baharu.

Jika penapis udara dalam keadaan yang baik, tetapi ekzos masih mengeluarkan asap hitam, itu mungkin petanda injektor bahan api, manifold atau komponen lain mengalami masalah.

Langkah terbaik, bawa kereta ke bengkel untuk pemeriksaan lebih teliti.

2. Asap biru

Apabila asap berwarna sedikit kebiru-biruan, ia bermaksud terdapat kebocoran dalam enjin. Enjin anda mungkin sedang membakar minyak hitam.

Kebocoran minyak hitam boleh berlaku disebabkan kerosakan pada kedap injap (valve seal), masalah pada dinding silinder atau gelang piston (piston ring) haus atau rosak.

Jika asap biru keluar ketika memecut, itu mungkin kerana gelang piston rosak. Jika asap berwarna sama keluar ketika nyahpecut, kebarangkalian ia berpunca daripada kepala silinder.

3. Asap kelabu

Asap kelabu merujuk kepada situasi enjin membakar minyak gear atau transmisi.

Petanda lain, anda akan terhidu bau asap semacam terbakar. Itu juga mungkin petanda berlaku masalah terhadap komponen pengecas turbo (jika kereta berenjin turbo) dan enjin menggunakan terlalu banyak bahan api.

Penyelesaian paling ideal, bawa segera kereta ke bengkel.

4. Asap putih

Asap putih menandakan ada kebocoran melibatkan bahan penyejuk (coolant). Apa yang anda perlu lakukan adalah buat pemeriksaan untuk melihat sebarang masalah kebocoran gasket pada kepala enjin.

Jika memang berlaku kebocoran “coolant”, ini akan menyebabkan masalah panas lampau (overheat) pada enjin. Jika kerja-kerja baik pulih lambat, silinder atau blok enjin boleh retak.

Macam mana? Dah tengok apa warna asap kereta?


Spread the love

3 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!