3 Pulau cantik yang menjadi tarikan pelancong di Sabah

Spread the love

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Ini merupakan kisah kami bercuti di Sabah. Sempat kami lakukan aktiviti di pulau-pulau cantik di Sabah yang mana yang menjadi perhatian pelancong dalam dan luar negara. Malangnya aku tak ingat tarikh bila kami pergi, cuma bolehlah cerita apa aktiviti seharian yang kami buat di pulau-pulau cantik di sabah.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Awal pagi keluar rumah kami singgah sarapan di satu kedai mamak. Nama kedai tersebut “Mamak Corner”. Makan apa yang patut sebelum gerak ke pelabuhan. Ada yang order roti kosong, mee goreng dan lain-lain sebagai alas perut untuk beraktiviti di pulau nanti.

Selesai sarapan, kami bergerak ke jeti pelabuhan. Sementara itu, kami menunggu kawan-kawan yang lain (ahli keluarga nasrun) untuk join trip pulau. Semua dah berkumpul, kami ke bot untuk mulakan trip kami.

Masing-masing dah pakai baju keselamatan. Tour guide dan pemandu bot pun sudah bersedia. Dan kami bergerak ke pulau pertama. Masing-masing baca doa hanya di dalam hati.

kami di atas bot

Pulau Tatagan

Pulau pertama yang kami pergi adalah Pulau Tatagan yang mana penghuninya stateless (takde dokumen) yang duduk di rumah atas air berhampiran dengan pulau tersebut. Cumanya kami tidak pergi ke pulau tersebut hanya melawat stateless sahaja.

Berhampiran Pulau Tatagan

Penghuninya pun tak ramai. Saat kami tiba, ada beberapa orang kanak-kanak menghampiri bot kami. Menyapa dengan baik. Maklumlah mereka hidup susah, sambil menyapa mereka hulurkan tangan untuk minta bantuan. Kesian pun ada kami tengok. Kami pun bergegas pergi ke pulau seterusnya.

Pulau Bohey Dulang

Pulau kedua ialah Pulau Bohey Dulang. Di pulau ini yang kami lama. Tujuannya adalah untuk mendaki Bukit Bohey Dulang tersebut. Tinggi bukit tersebut 600M. Sebelum mendaki, sempatlah kami berdoa dengan tujuan untuk dipermudahkan keselamatan dan kami ambil masa untuk sampai ke puncak lebih kurang 1 jam.

Pulau Bohey Dulang

Sepanjang perjalanan mendaki, adalah juga beberapa kali kami berhenti. Maklumlah, dah lama tak mendaki, tiba-tiba je kawan ajak mendaki. Itu yang semput. hahaha. Sampai di puncak, Subhanallah cantik sungguh pemandangan dari puncak Bukit Bohey Dulang. Melihat keindahan seperti berada di luar negara. Cantik sungguh. Selepas kami tiba di puncak, ada beberapa kumpulan lagi yang baru sampai. Waktu kemuncak memang ramai orang. Sementara itu, Kami ambil beberapa keping gambar dan berswafoto, kami pun turun.

Nak turun pun mencabar juga sebenarnya. Tanah yang licin membuatkan kami lebih berhati-hati ketika turun daripada bukit tersebut. Ketika turun tu, adalah juga kumpulan lain selesai dan turun bersama-sama kami. Ambil masa juga nak turun bukit. Seringkali berselisih dengan kumpulan yang baru mulakan aktiviti pendakian. Akhirnya, sampai juga kami di bawah dan selesai di pulau tersebut.


berswafoto di puncak Bukit Bohey Dulang

Pulau Sibuan

Pulau ketiga yang kami pergi ialah Pulau Sibuan. Di pulau ini, aktiviti kami hanyalah bermandi-manda. Persisiran pulau ini sangatlah cantik dan air lautnya pun bersih dan jernih. Ramai juga pelancong yang singgah di pulau tersebut untuk mandi.

Persisiran Pulau Sibuan
Lautnya yang sangat cantik

Walaubagaimanapun kami tidak lupa untuk dirikan yang wajib. Ambil wudu’ kemudian dirikan solat jama’ zohor dan asar. Selesai semua, kami sambung mandi dan jamah makanan tengahari yang kami beli siap-siap di tepi jalan.

Kami sangat seronok pada hari itu. Dah hiking, dah mandi. Menjelang tengahari, kami pun pulang ke jeti pelabuhan. Itu sahaja kisah di 3 pulau yang kami pergi. Disambut dengan riang dan mengakhirinya dengan keseronokan.

Trip Pulau cantik di sabah

Semoga bermanfaat dan jangan lupa share ya.


Spread the love

7 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!