Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Kes pandemik Covid-19 di Malaysia menunjukkan bilangan yang drastik apabila tercatat 3 angka selama beberapa hari sejak kebelakangan ni.
Malah, Selangor antara negeri yang mempunyai kes covid-19 yang agak tinggi dengan bilangan 26 kes hari ini selepas Sabah.
Walaubagaimana pun, semua 298 sekolah yang berada dalam kawasan zon merah COVID-19 di Petaling, Selangor diarah tutup selama dua minggu bermula esok.
Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan media pada Ahad memaklumkan, sekolah yang terlibat termasuk sekolah swasta.
“Ini melibatkan sebanyak 298 buah sekolah di seluruh daerah Petaling.
“Bilangan ini merangkumi sekolah rendah dan menengah di bawah KPM serta sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM.
“Sekolah yang mempunyai asrama termasuk Kolej Vokasional juga ditutup. Ibu bapa atau penjaga perlu mengambil pelajar yang tinggal di asrama tersebut untuk pulang,” jelas kenyataan itu.
Kenyataan itu bagaimanapun menyebut, pelajar yang menunggu untuk diambil ibu bapa atau murid yang ingin terus kekal berada di asrama sekolah dan Kolej Vokasional sepanjang tempoh penutupan sekolah akan berada di bawah penjagaan warden asrama.
“Keperluan makan dan minum pelajar sepanjang tempoh tersebut akan disediakan oleh pihak sekolah.
“Dalam tempoh penutupan sekolah ini, pengetua dan guru besar akan memastikan guru-guru serta murid melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah mengikut kesesuaian guru dan murid,” tambah KPM lagi.
Kenyataan itu juga menyebut, sekolah yang terlibat dengan penutupan boleh menjadualkan semula peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke suatu tarikh yang bersesuaian kelak.
“KPM sentiasa memantau situasi di seluruh negara serta bekerjasama rapat dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKM
“Sebarang pemakluman berhubung penutupan sekolah bagi daerah lain akan dibuat dari semasa ke semasa,” tambah kementerian itu.
Semoga urusan pelajar-pelajar, guru-guru dan ibu bapa dipermudahkan. Stay safe everyone!
Awani
4 Comments
In shaa Allah, semoga dipermudahkan segala urusan guru-guru dan murid. Moga kita terus kuat melawan virus Covid-19 ini!
Marilah singgah mengintai entri terbaru:
https://beanahomequran.com/quran-tutor-3-cara-pembelajaran-ketika-covid-19/
Memang ramai yang risau sebab anak-anak kecil ramai di sekolah. Semua pihak mainkan peranan. Moga keadaan kembali seperti biasa.
Semoga anak-anak sekolah ini semua dilindungi dan terhindar daripada Covid 19. Kasihan kalau si kecil merana terkena virus ini.
Curahan rasa Cendol Syoknya Ummi @ ..ABC sedap di Muar CONTEST
Mudah mudahan sekolah tak tutup lama, sebab anak anak dah lama tak sekolah sejak awal tahun.
Curahan rasa Ikhwan @ ..600 Produk Dropship Siap Sedia Untuk Dijual Di Shopee
Comments are closed.