Puluhan juta likes untuk sebiji telur di Instagram jadi rekod dunia

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pelik tetapi benar dan ada juga melucukan.

Pada 4 Januari 2019, akaun @world_record_egg menyiarkan gambar telur dan ianya melepasi post di Instagram yang paling banyak like. Sebelum ini gambar anak perempuan Kylie Jenner dengan 18.3 juta Likes. Sepuluh hari kemudian, ia menjadi post yang paling disukai di Instagram.

Sebagai tindak balas kepada rekodnya yang sudah dipotong, Kylie Jenner menyiarkan video di Instagram tentang dia memecahkan telur terbuka dengan kapsyen: “Ambil telur kecil itu”.

10 post di Instagram yang paling banyak likes

  1. @world_record_egg – 25.3 juta (4 Januari 2019)
  2. @kyliejenner – 18.3 juta (6 Februari 2018)
  3. @justinbieber – 13.4 juta (9 Julai 2018)
  4. @xxxtentacion – 13.3 juta (19 Mei 2018)
  5. @kyliejenner – 13.1 juta (1 Mac 2018)
  6. @arianagrande – 12.8 juta (8 September 2018)
  7. @cristiano – 12.8 juta (24 Disember 2018)
  8. @cristiano – 12.3 juta (16 Julai 2018)
  9. @kyliejenner – 12.3 juta (9 Ogos 2018)
  10. @kyliejenner – 11.9 juta (29 Oktober 2018)

Akaun itu dikatakan milik oleh pengguna yang dikenali sebagai Henrietta the Chicken dari kawasan desa British. Pengguna mengatakan nama telurnya adalah Eugene dan foto itu terkenal dengan berjuta-juta pengguna Instagram kerana “the power of the egg is strong”.

Gambar telur sebiji boleh dapat paling banyak likes di dunia dan setakat ini lebih 2.3 juta komen.

Mampukah anda mengatasinya?


Spread the love

13 Comments

  1. Sebiji telur je pun. kalau dua biji, mesti lagi double dia punya like dan komen kan. fuh.. tapi aku tak faham sampai ke hari ni haha

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!