Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Penyanyi dan pelawak Mark Adam, berdoa dan mengimpikan supaya ibunya, Florenda Macaraig Echivarre, 60, memeluk Islam, satu hari nanti. Mark atau nama sebenarnya Mark Adam Fikri Abdullah berkata, sejak kebelakangan ini ibunya sering bertanyakan mengenai Islam selepas suka melihat tingkah laku Mark selepas memeluk Islam.
“Ibu amat menyukai sikap saya sekarang dan dia beritahu banyak perubahan positif terhadap saya selepas memeluk Islam. Saya tidak akan memaksa ibu menukar agama tetapi jika dia memeluk Islam, saya manusia pertama yang gembira dan bersyukur,” katanya.
Sehubungan itu, Mark bercerita kepada ibunya mengenai kebaikan dan keindahan Islam.
“Apabila saya memeluk Islam pada 2003, saya menikmati ketenangan dan perubahan. Antara yang dipelajari adalah menghormati orang dan agama lain. Saya percaya Islam agama yang benar dan berdoa ibu mengikuti jejak langkah saya,” katanya.
Menurut Mark, Islam juga mengajarnya persediaan ketika hidup dan selepas meninggal dunia. Beliau masih mempelajari dan mahu memantapkan bacaan al-Quran.
“Saya bersyukur kerana isteri (Nor Azah Redzuan) dan bapa mentua banyak membantu mengenai ajaran Islam. Setakat ini saya sudah mempelajari solat termasuk berpuasa penuh (ketika Ramadan) sejak beberapa tahun lalu,” katanya.
“Selain keluarga, rakan selebriti seperti Shuib (Sepah) turut membantu dalam agama dan saya ketika ini mementingkan solat berjemaah,” katanya.
Lebih penting baginya, dia mengenali Rasulullah SAW selepas memeluk Islam biarpun sebelum ini hanya mendengar mengenai Pesuruh Allah itu.
“Impian saya adalah untuk terus kekal dan mendalami agama ini secara menyeluruh,” Mark Adam
Kelmarin, Mark menerusi Instagram miliknya memuat naik video dan menghadiahkan ibunya sebuah rumah yang diimpikan sejak 1996.
Hasrat penyanyi Mark Adam untuk memberikan keselesaan kepada keluarga pada 23 tahun lalu akhirnya tercapai apabila dia membuat kejutan menghadiahkan sebuah rumah banglo kepada ibunya di Cebu, Filipina.
Menerusi video yang dimuat naik penyanyi lagu Marry Me itu, Mark dan isteri, Nor Azah Redzuan, 40, membuat kejutan terhadap ibunya, Florenda Macaraig Echivarre, 61, dengan menutup mata dan membawa wanita itu masuk ke kediaman baharu itu.
Menurut Mark, hadiah istimewa itu adalah sebagai membalas semula jasa dan pengorbanan ibunya yang duduk menyewa sebelum ini.
“Mak nanti bila saya dah besar saya akan belikan mak rumah – (1996).
Antara posting yang dimuat naik Mark di laman Instagram.
“Terima kasih banyak-banyak kerana menjadikan ia kenyataan @ezzpowers. Kami tak pakai helmet sebab rumah baru sangat dekat dengan rumah sewa lama di kampung.
“Dan mak masih tak percaya ini rumah baru dia. Syukur Alhamdulillah ya Allah,” tulisnya.
Perkongsian menyentuh hati itu dimuat naik Mark di laman Instagram miliknya pada Ahad.
Beberapa hari lalu, Mark membuat kejutan istimewa apabila menerbangkan televisyen bersaiz 65 inci ke kampung halamannya sebagai hadiah.
Mark sebelum ini memberitahu mengenai projek hadiah kejutan buat ibunya namun tidak mendedahkan secara terperinci jenis hadiah yang ingin diberikan itu.
Sebelum ini, Mark pernah berkongsi mengenai kehidupannya daif ditambah dengan adik-beradik yang ramai dalam keadaan rumahnya yang sempit. Dalam pada itu, rata-rata peminat termasuk rakan selebriti turut meluahkan rasa terharu dengan ucapan tahniah kepadanya.
Sumber : Hmetro, Mstar
- Kutipan filem tempatan dan antarabangsa tertinggi di Malaysia
- Fairuz Misran ‘jelmaan’ Tan Sri P.Ramlee, ramai yang rindu!
- Kutipan pecah panggung RM25 juta, Upin Ipin Keris Siamang Tunggal kalahkan filem animasi antarabangsa
- Pelajar SMK Bandar Tun Hussein Onn Cheras, manusia kalkulator Malaysia menang tempat kedua di Asia Got Talent
- Amy Search menyamar di MRT Jakarta, ramai peminat teruja nyanyikan lagu Isabella
9 Comments
Terbaik Mark Adam. Rumah pun lawa sangat. Anak yang mengenang budi ibunya. Terharu sangat.
Curahan rasa Hasrul @ ..12 Tempat Menarik Di Pulau Tioman & Aktiviti Popular [PANDUAN]
cerita begini amat mengujakan dan memberi inspirasi kepada semua..
semoga Mark Adam mendapat limpahan kebaikan yang tidak putus-putus kerana memuliakan ibunya ..
aamiin
Curahan rasa mrhanafi @ ..Membuka Pintu Keajaiban
sungguh amat senang dan bahagia bagi c ibu mendapat hadiah dari seorang anak kandung sendiri.
Alhamdulillah…Tahniah buat Mark Adam
Semoga rezekinya semakin murah dan dipermudahkan segala urusannya
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Sesi Pandu Uji Honda CRV 1.5 Turbo , Honda HRV 1.5 Hybrid Dan Honda Civic 1.5 Turbo
wah bagusnyamesti mak dia happy kan. sapa tak happy dapat rumah, tak kisah la dah ada rumah sendiri ke tak kan.
Curahan rasa Sakinah @ ..Kleenzy Pencuci Botol Susu Terbaik
Bertuahlah seorang ibu yang mendapat hadiah istimewa dari anak sebagai membalas semula jasa dan pengorbanannya selama ini.
Curahan rasa SENTIASA PANAS @ ..4 Pesawat Pejuang Pemintas Paling Laju Di Dunia Pernah Dicipta!
Islam itu mulia dan memuliakan. Salah satu contohnya, memuliakan seorang anak “Mark Adam” sehingga bisa memuliakan ibunya.
Curahan rasa Dawaihati @ ..Kelebihan dan Kekurangan Jual HP Samsung Galaxy J7 Core yang Perlu Anda Tahu
Subhanallah. Tahniah buat Mark Adam yang berjaya menggembirakan hati ibunya. Semoga doa Mark termakbul. Aamiin.
Curahan rasa Cendol Syoknya Ummi @ ..Sedekah je kak, dapat pahala
Semoga mak kepada mark adam masuk Islam. Kalau adik-beradik dia masih belum masuk Islam, semoga diberi hidayah.
Curahan rasa Kerja Sendiri @ ..Resepi Coto Makassar untuk Penggemar Sup/Soto
Comments are closed.