23 tahun hasrat Mark Adam hadiahkan ibunya sebuah banglo, berdoa peluk Islam

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Penyanyi dan pelawak Mark Adam, berdoa dan mengimpikan supaya ibunya, Florenda Macaraig Echivarre, 60, memeluk Islam, satu hari nanti. Mark atau nama sebenarnya Mark Adam Fikri Abdullah berkata, sejak kebelakangan ini ibunya sering bertanyakan mengenai Islam selepas suka melihat tingkah laku Mark selepas memeluk Islam.

“Ibu amat menyukai sikap saya sekarang dan dia beritahu banyak perubahan positif terhadap saya selepas memeluk Islam. Saya tidak akan memaksa ibu menukar agama tetapi jika dia memeluk Islam, saya manusia pertama yang gembira dan bersyukur,” katanya.

Sehubungan itu, Mark bercerita kepada ibunya mengenai kebaikan dan keindahan Islam.

“Apabila saya memeluk Islam pada 2003, saya menikmati ketenangan dan perubahan. Antara yang dipelajari adalah menghormati orang dan agama lain. Saya percaya Islam agama yang benar dan berdoa ibu mengikuti jejak langkah saya,” katanya.

Menurut Mark, Islam juga mengajarnya persediaan ketika hidup dan selepas meninggal dunia. Beliau masih mempelajari dan mahu memantapkan bacaan al-Quran.

“Saya bersyukur kerana isteri (Nor Azah Redzuan) dan bapa mentua banyak membantu mengenai ajaran Islam. Setakat ini saya sudah mempelajari solat termasuk berpuasa penuh (ketika Ramadan) sejak beberapa tahun lalu,” katanya.

“Selain keluarga, rakan selebriti seperti Shuib (Sepah) turut membantu dalam agama dan saya ketika ini mementingkan solat berjemaah,” katanya.

Lebih penting baginya, dia mengenali Rasulullah SAW selepas memeluk Islam biarpun sebelum ini hanya mendengar mengenai Pesuruh Allah itu.

“Impian saya adalah untuk terus kekal dan mendalami agama ini secara menyeluruh,” Mark Adam

Kelmarin, Mark menerusi Instagram miliknya memuat naik video dan menghadiahkan ibunya sebuah rumah yang diimpikan sejak 1996.

Hasrat penyanyi Mark Adam untuk memberikan keselesaan kepada keluarga pada 23 tahun lalu akhirnya tercapai apabila dia membuat kejutan menghadiahkan sebuah rumah banglo kepada ibunya di Cebu, Filipina.

Menerusi video yang dimuat naik penyanyi lagu Marry Me itu, Mark dan isteri, Nor Azah Redzuan, 40, membuat kejutan terhadap ibunya, Florenda Macaraig Echivarre, 61, dengan menutup mata dan membawa wanita itu masuk ke kediaman baharu itu.

Menurut Mark, hadiah istimewa itu adalah sebagai membalas semula jasa dan pengorbanan ibunya yang duduk menyewa sebelum ini.

“Mak nanti bila saya dah besar saya akan belikan mak rumah – (1996).

Antara posting yang dimuat naik Mark di laman Instagram.

“Terima kasih banyak-banyak kerana menjadikan ia kenyataan @ezzpowers. Kami tak pakai helmet sebab rumah baru sangat dekat dengan rumah sewa lama di kampung.

“Dan mak masih tak percaya ini rumah baru dia. Syukur Alhamdulillah ya Allah,” tulisnya.

Perkongsian menyentuh hati itu dimuat naik Mark di laman Instagram miliknya pada Ahad.

Beberapa hari lalu, Mark membuat kejutan istimewa apabila menerbangkan televisyen bersaiz 65 inci ke kampung halamannya sebagai hadiah.

Mark sebelum ini memberitahu mengenai projek hadiah kejutan buat ibunya namun tidak mendedahkan secara terperinci jenis hadiah yang ingin diberikan itu.

Sebelum ini, Mark pernah berkongsi mengenai kehidupannya daif ditambah dengan adik-beradik yang ramai dalam keadaan rumahnya yang sempit. Dalam pada itu, rata-rata peminat termasuk rakan selebriti turut meluahkan rasa terharu dengan ucapan tahniah kepadanya.

Sumber : Hmetro, Mstar


Spread the love

9 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!