Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, 2014 yang indah sudah jadi kenangan yang akan menjadi lipatan sejarah untuk dijadikan panduan hidup di masa mendatang. Terlalu banyak kisah dicatatkan sepanjang hari-hari di tahun 2014 yang dilalui dalam kehidupan penuh warna warni. Semuanya adalah pengalaman yang akan menjadi guru terbaik untuk melangkah sepanjang 365 hari di tahun 2015.
Alhamdulillah ALLAH masih pilih kita untuk melangkah ke tahun baru 2015 …
2015 memang banyak perancangannya tetapi dijangka bakal penuh dengan kesukaran terutama suasana ekonomi dunia yang semakin merudum. Barat sedang menyerang ekonomi Russia dan dampaknya sudah dirasai seluruh dunia. Peristiwa kehilangan MH370 dan tragedi MH17 bukan berlaku tanpa sebab tetapi juga tidak selamanya boleh dirahsiakan. Mungkinkah 2015 bakal menjadi tahun terbongkar segala kedurjanaan askar-askar Dajjal?
Dan kepada Allah jualah tertentunya urusan memberi panduan yang menerangkan jalan yang lurus; dan di antara jalan-jalan yang dituju ada yang terpesong dari kebenaran; dan jika Ia kehendaki, tentulah Ia memberi petunjuk kepada kamu semua (yang menyampaikan ke jalan yang lurus itu) – Surah Al Nahl ayat 9
Politik Malaysia akan bertambah celaru dengan berbagai persepsi yang akan dicipta meracun minda rakyat untuk merebut kekuasaan. Melayu dan Islam akan terus berpecah belah melainkan pemimpin muda baru mengambil alih dengan ideologi pemikiran baru. Ujian pasti datang dan kepada ALLAH kita memohon pertolongan.
Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa engkau bersusah hati dengan sebab apa yang mereka katakan. Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah dari orang-orang yang sujud. Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin – Surah Al Hijr ayat 97 – 99
Kita sebagai insan biasa mungkin boleh jadikan entri “Kisah syilling jatuh dari langit” boleh dijadikan paduan dijadikan panduan hidup 365 hari akan datang. Azam baru kita untuk jadi lebih baik dari 2014 dan hidup memberi manafaat kepada seluruh alam.
Panduan hidup kita sudah ditentukan oleh ALLAH dengan Al Quran dan Hadith, semuga kita tidak tersasar dari jalan lurus yang telah ditunujukkan oleh Baginda Rasulullah SAW.
Sesungguhnya amal dan kebaikan yang terus mengiringi seseorang ketika meninggal dunia adalah ilmu yang bermanfaat, anak yang dididik agar menjadi orang shaleh, mewakafkan Alquran, membangun masjid, membangun tempat penginapan bagi para musafir, membuat irigasi, dan bersedekah”. – HR Ibn Majah
Selamat Tahun Baru 2015.
165 Comments
tahun baru ini juga saya berharap dapat tamatkan belajar dengan cepat serta semua urusan di permudahkan oleh Allah
Curahan rasa iuzira @ ..pelayaran islamic pertama di dunia
selamat tahun baru kepada semua rakyat malaysia terta seluruh dunia, tahun baru semestinya mempunyai azam baru dan kita harus berubah ke arah kebaikan
Curahan rasa iuzira @ ..pelayaran islamic pertama di dunia
Tahun baru dan semestinya dengan semangat baru yang lebih positif,Selamat Tahun Baru 2015 buat seluruh Team DENAIHATI serta buat para blogger,bersama kita doakan yang terbaik serta berjaya InshaAllah,Amin..
Curahan rasa OhPilihanku @ ..Sharifah Sofea Syed Rashid Pakar Teori Pukau Pembaca Melalui Penulisan.
ijin numpang lapak link. gan.. http://www.detexsi.com,
amien gann
Curahan rasa dafa @ ..Cara membuat masker jerawat secara alami
Selamat tahun baru tuan…
moga tahun 2015 lebih memberi nikmat dan rahmat untuk kita semua
Curahan rasa AUC @ ..Tahun Baru Rumah Baru
azam tahun baru ialah agar daoat merealisasikan 1001 impian yang membawa kebahagian dunia dan akhirat dengan izin Allah
Curahan rasa Safiya @ ..Basic H2⢠Shaklee Terbaik Untuk Kesihatan Anak Saya
Semoga Sis tapi hendaklah mengejar akhirat dan dunia akan mendatangi anda dengan Izin Nya
Curahan rasa risalah @ ..Hendaklah memasang sutrah
As Salam,.Selamat Tahun Baru 2015 Denaihati dan semua teman blogger ,semoga tahun ini dapat lebih kan usaha untuk capai kejayaan xkira kecil atau besar yang penting ada perubahan positif 🙂
Curahan rasa ohpilihanku @ ..Jembalang Air Muncul Di Saat Banjir!!
selamat tahu baru denaihati…blog denaihati memang terbaik!
semoga tahun 2015 ini blog denaihati sentiasa menjadi pilihan pembaca
Curahan rasa Syami @ ..Tutorial Cara Tukar Domain Blogspot Guna GoDaddy
salam dan pertama kali komen di sini.
selamat tahun baru 2015 untuk tuan denaihati dan terus setia ikuti di
blog denai hati.com
saya dapat lah manfaat dan pengalaman yang berguna,
sepanjang saya ikuti pada tahun2 yang lepas.
blog denaihati,com telah menjadi pilihan setia saya untuk selama lama nya
dan di harap kan tuan denaihati akan terus menjadi satu blog yang di sukai ramai
Banyak benda terjadi 2014 dan rasanya ia tahun paling dukacita buat rakyat Malaysia.
Azam tahun baru 2015 cuma nak tunaikan hajat 2014.
Curahan rasa Zaini @ ..6 Sebab Kenapa Seseorang Ingin Cetak Baju
Selamat tahun baru buat tuan Denaihati, semoga tahun 2015 adalah tahun penuh keinsafan kerana kita hidup di dunia ini hanyalah sementara sahaja.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..2015 Disambut Penuh Keinsafan
InsyaALLAH…
Semoga tahun 2015 lebih ceria..
Berminat komem bab politik Malaysia tue…
Memang sudah sampai masanya biar yang muda, idea masih fresh pula yang cuba…
Curahan rasa fazrol @ ..Final Piala Suzuki 2014 – Malaysia Lawan Thailand
selamat tahun baru 2015 buat team denaihati dan semua blogger… semoga impian terlaksana dan semua orang dapat meningkatkan performance yang lebih baik dari sebelumnya..dunia dan akhirat
Curahan rasa AlamHati @ ..Checklist Persediaan Tahun Baru 2015
selamat tahun baru kepada semua….semoga semuanya mencapai matlamat yang diingini….
Curahan rasa asraff ruslan @ ..Kampung Kundur Hulu Negeri Sembilan Bekal Buluh Betong Panda Gergasi
selamat tahu baru juga tuan denaihati. semoga tahun ini lebih baik dari tahu lepas.
Curahan rasa fyna @ ..By: Admin
Comments are closed.