2 juta belia layak tebus kredit RM150 melalui program eBelia

Spread the love

Menurut sumber Bernama, Kira-kira dua juta belia warganegara Malaysia yang layak dipelawa menuntut kredit e-tunai RM150 di bawah program eBelia bermula 1 Jun hingga 22 Julai ini, demikian menurut Kementerian Kewangan.

Khas buat golongan belia dan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA).

Kredit tersebut boleh dibelanjakan sehingga 31 Julai ini.

“Mereka yang layak digalakkan untuk mengemas kini akaun di aplikasi e-tunai masing-masing atau memuat turun aplikasi e-tunai tersebut sebelum 1 Jun 2021.

“Data belia akan disemak silang dengan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan yang berdaftar dan pangkalan data kerajaan yang berkaitan,” menurut Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini.

Cara Penebusan eWallet

Tuntutan eBelia boleh dibuat melalui empat saluran penyedia perkhidmatan e-tunai iaitu

  • BigPay
  • Boost
  • ShopeePay
  • Touch ‘n Go e-wallet.

”Setiap tuntutan kredit e-tunai daripada salah satu penyedia perkhidmatan e-tunai akan disertakan dengan insentif tambahan dalam bentuk ‘cashback’, baucar dan mata terkumpul oleh penyedia perkhidmatan e-tunai yang dipilih sepanjang tempoh kempen,” jelasnya.

Syarat kelayakan eBelia RM150

Berikut adalah kategori yang layak menerima kredit eWallet:

  • Belia berumur 18 hingga 20 tahun
  • Belia yang sedang belajar di IPT secara sepenuh masa sahaja (diploma / SKM4 ke atas)

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini berkata program eBelia dengan peruntukan sebanyak RM300 juta di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) diwujudkan bagi meringankan beban kewangan serta menggalakkan transaksi tanpa tunai dalam kalangan belia IPT.

Berikut adalah kenyataan media terkini tentang cara penebusan dan tarikh tuntutan e-Tunai Belia yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia:

Sumber: Bernama


Spread the love

3 Comments

  1. Terima kasih atas info yang berguna. Saya amat memerlukan bantuan ini ketika kita sedang dilanda bencana covid 19 sekarang ini.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!