12 Amalan Harian Yang Perlu Kita Buat

Spread the love

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Dikongsikan di sini 12 amalan harian yang bagi saya setiap dari kita perlu lakukan mulai sekarang. Amalan-amalan ini sangat mudah dilakukan namun kadang-kadang kita lupa untuk buat.

Setiap amalan yang dikongsikan ini sangat berguna dan mampu membentuk kesyumulan akhlak Islami dalam diri.

1. Mulakan sesuatu pekerjaan dengan Bismillah

2. Memberi salam

3. Mengucapkan terima kasih

4. Tidak menggunakan telefon bimbit di meja makan

5. Tidak menggunakan telefon bimbit ketika bercakap

6. Beratur ketika berada di tempat awam seperti kedai makan, tandas awam, atau ketika berada di bank

7. Bercakap mengikut giliran

8. Tidak bercakap ketika ada makanan di mulut

9. Makan sedikit-sedikit, jangan penuhkan mulut

10. Memohon maaf jika tersalah atau silap

11. Memberi keutamaan kepada warga emas dan orang dewasa, kanak-kanak atau orang kelainan upaya

12. Menjaga kebersihan diri dan pakaian

Sentiasalah beramal dengan perkara-perkara yang baik. Kerana kita tidak tahu dengan amalan manakah yang menjadi asbab kita ke syurga.

Sama² jadikan ianya amalan harian & sebarkanlah, moga menjadi saham buat kita di akhirat nanti.

Wallahua’alam.

Sumber : Panduan Membentuk Akhlak Mulia


Spread the love

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!