Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bahang membara pada perlawanan pertama Piala AFF Suzuki 2018 antara Malaysia dan Vietnam di Stadium Nasional, Bukit Jalil, pada 11 Dis semakin dirasai selepas 40,000 tiket dijual dalam talian telah dibeli.
Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), dalam satu kenyataan, berkata 30,000 tiket telah dijual melalui laman web www.tickethotline.com.my semalam manakala baki 10,000 tiket telah dijual hari ini.
Peminat bola sepak boleh mendapatkan tiket di kaunter tiket Gate A dan Gate E di Stadium Nasional, Bukit Jalil, dengan setiap orang layak membeli maksimum lima tiket.
Malaysia layak ke perlawanan akhir selepas seri 2-2 menentang juara bertahan, Thailand dalam aksi separuh akhir kedua di Bangkok pada Rabu lalu. Sementara Vietnam mara ke akhir selepas kemenangan agregat 4-2 ke atas Filipina pada hari Khamis.
Perlawanan akhir AFF Suzuki 2018 akan menggunakan format salingan dengan skuad negara menentang Vietnam pada hari Selasa sebelum perlawanan kedua di Hanoi pada 15 Disember 2018.
40 Comments
Cantik betul stadium bukit jalil. Memang sesuai kalau pelancong nak dtg tgk dan ambil gambar
Walaupun laris dijual masih ada ulat tiket dan yg beli melalui org dalam. Ish ish ape nak jadi la
Yg beratur panjang panjang ni mesti frust sbb Malaysia kalah masa final tempoh hari
Org Malaysia mmg obses pasal bola. Sanggup beratur panjang utk beli tiket
Entah knp sistem online kita asyik ada masalah je. Padahal dah lama patut diselesaikan
Perlawanan tempoh hari mmg intense. Mana tidaknya. Kita dpt tengok pemaim menjaringkan empat gol
Stadium bkit jalil ni makin cantik sejak sea games dulu. Baguslah. Ini semua mncerminkan negara kita
Rakyat malaysia mmg minat bola. Sangguo keluarkan duit dn beratut panjang di tengah panas
Di harap pihak fam dpt improve sistem the journey online. Sbb ramai komplen server down selepas bbrapa mnit
Bagus ada sistem online, sebab ada segelintir pentokong yang malas nak berhujan panas beratur kat stadium tu.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Ye. Lagi senang beli online. Tapi itulah kita mash belum buat sistem yg bagus.
Comments are closed.