10,000 tiket fizikal Final AFF Suzuki Cup 2018 laris dijual!

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bahang membara pada perlawanan pertama Piala AFF Suzuki 2018 antara Malaysia dan Vietnam di Stadium Nasional, Bukit Jalil, pada 11 Dis semakin dirasai selepas 40,000 tiket dijual dalam talian telah dibeli.

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), dalam satu kenyataan, berkata 30,000 tiket telah dijual melalui laman web www.tickethotline.com.my semalam manakala baki 10,000 tiket telah dijual hari ini.

Peminat bola sepak boleh mendapatkan tiket di kaunter tiket Gate A dan Gate E di Stadium Nasional, Bukit Jalil, dengan setiap orang layak membeli maksimum lima tiket.

Malaysia layak ke perlawanan akhir selepas seri 2-2 menentang juara bertahan, Thailand dalam aksi separuh akhir kedua di Bangkok pada Rabu lalu. Sementara Vietnam mara ke akhir selepas kemenangan agregat 4-2 ke atas Filipina pada hari Khamis.

Perlawanan akhir AFF Suzuki 2018 akan menggunakan format salingan dengan skuad negara menentang Vietnam pada hari Selasa sebelum perlawanan kedua di Hanoi pada 15 Disember 2018.


Spread the love

40 Comments

  1. Dengan adanya kemudahan menjual tiket bola sepak secara online akan dapat memudahkan urusan pekerja-pekerja yang bertugas menjual tiket… Cuba bayangkan kalau terpaksa menjual tiket secara manual satu persatu kepada 50,000 penyokong….
    Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018My Profile

  2. bertuah siapa yang dapat tiket final pertama hari tu..kagum dan bangga tengok semangat penyokong Malaysia ni..Semoga tim Harimau Malaya berjaya menjadi juara.

  3. Perkara Normal berlaku mcm ni admin. Sama mcm Liga Malaysia jugak. Awalnya Stadium tak la penuh mana tapi bila Team dpt ke Final yg tak minat pun nak pi jugak heheehe…Apatah lagi Team Malaysia…Peminat Tegar dh ramai dicampur dgn suam2 kuku maka makin meriah bolasepak Malaysia..

  4. minat orang untuk menonton bola sepak di stadium semakin baik.

    ini kerana feel dan auranya tidak sama ketika menonton live di TV atau internet..

    sebab itu ramai yang sanggup berkorban duit untuk bola..

    tindakan ini bagus juga kerana boleh menaikkan semangat pemain bola sepak..

    jika tiada penonton di stadium memang lain sangat feel dia
    Curahan rasa mrhanafi @ ..Hati Seorang Perempuan Sukar Untuk DitaklukiMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!