10 syarat yang ditetapkan Hamas untuk Gencatan Senjata

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, perang Gaza – Israel sudah memasuki hari ke 26 yang telah menelan korban lebih 1700 orang melampaui perang terdahulu yang mengorbankan 1200 orang dalam tempoh 43 hari. Paling ramai yang jadi mangsa adalah kanak-kanak dan orang awam yang dituduh menjadi perisai kepada Briged Al Qassam. Dalam keadaan terdesak Israel cuma mengheret Malaysia dengan menuduh komando Hamas di latih di Malaysia tetapi telah dinafikan oleh Hamas.

Gaza Allah yang satu

Pihak musuh juga tidak terlepas apabila beratus askar sudah terbunuh sehingga menjadi ketakutan kepada mereka. Pihak Israel meminta perang dihentikan tetapi ditolak oleh Hamas melainkan mereka menerima 10 syarat yang telah diberi. Israel sudah pasti akan menggunakan kuasa PBB apabila Hamas tidak tunduk dengan permintaan genjatan senjata secara paksa apabila mereka sudah berada dalam keadaan terdesak. Itulah yang terjadi pada pepearangan sebelum ini apabila Israel mengentikan serangan secara tiba-tiba apabila banyak kerosakan berlaku di pihak mereka.

Gambar tentera Israel yang telah di tawan oleh Hamas

10 syarat yang ditetapkan Hamas untuk Gencatan Senjata :

  1. Memberhentikan serta-merta peperangan antara kedua-dua belah pihak dan pengunduran kereta-kereta kebal Israel ke pangkalannya serta mengembalikan kawasan-kawasan perbatasan kuning yang digariskan sebelum ini serta tanah pertanian juga membenarkan para petani Palestin untuk bekerja di tanah-tanah pertanian mereka.
  2. Membebaskan semua rakyat-rakyat Palestin yang ditangkap sejak 23 Jun 2014 juga jaminan kebajikan mereka khususnya tahanan dari Jerusalem, Gaza dan rakyat Palestin dalam(rakyat palestin yang tinggal dalam Israel).
  3. Membuka kepungan ke atas Gaza secara total serta laluan-laluan sempadan untuk laluan barangan-barangan serta individu dan laluan untuk kemasukan semua bahan-bahan mentah seperti makanan dan bahan-bahan binaan serta membina stesen jana elektrik yang cukup untuk semua keperluan Semenanjung Gaza.
  4. Pembangunan semula pelabuhan laut antarabangsa dan lapangan terbang antarabangsa yang diselia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan negara-negara berkecuali.
  5. Perluasan kawasan penangkapan ikan bagi nelayan sehingga 10km dari persisir pantai Gaza serta menyediakan para nelayan dengan kapal-kapal nelayan dan muatan/kargo besar.
  6. Menjadikan laluan Rafah sebagai laluan antarabangsa yang diselia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), negara-negara Arab dan negara atas kerjasama.
  7. Penandatanganan untuk gencatan senjata bagi tempoh 10 tahun serta menempatkan pengawal-pengawal antarabangsa di setiap sempadan.
  8. Jaminan dari pihak Israel untuk tidak menceroboh ruang udara Palestin serta membenarkan mereka dari Gaza untuk menunaikan solat di Masjid Al-Aqsa.
  9. Israel tidak dibenarkan masuk campur dalam urusan kerajaan Palestin mahupun dalam pembentukan kerajaan perpaduan Palestin.
  10. Pembinaan semula kawasan-kawasan perindustrian di sempadan serta jaminan keselamatannya dan kemajuannya.

Sumber : Jabatan Media Hamas (Terjemahan oleh Aman Palestin)

[box]Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan) – Al Anfal ayat 45[/box]

Jangan pernah putus asa dengan apa yang berlaku di Gaza teruskan berdoa kerana doa adalah sejata yang paling hebat  mengalahkan segala sejata moden Israel. Apabila pertolongan ALLAH turun tiada apa yang dapat menghalang biar pun sekali jet perjuang tercanggih di dunia. Pertolongan ALLAH hanya akan turun apabila kita semua dekat kepada NYA dengan amal berterusan dan yakin bahawa semua kejadian asbab kebaikan yang akan diganti oleh ALLAH kepada yang ikhlas dan redha.

[box]Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu – Surah At Talaq ayat 2 – 3[/box]


Spread the love

404 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!