10 pasport paling berkuasa 2019

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Emiriah Arab Bersatu kini mempunyai pasport paling berkuasa di dunia, menurut ranking terbaru yang dikeluarkan Passport Index, dengan warga negaranya boleh terbang tanpa visa ke jumlah negara paling banyak.

Negara Timur Tengah ini meraih tempat teratas dalam senarai selepas empat lagi negara ditambah ke senarai destinasi bebas visa negara tersebut bermula 1 Disember 2018.

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

UAE mengalahkan Jerman, yang kini berada ditempat kedua dan Singapura jatuh ke tangga ketiga. Pasport Amerika Syarikat pula berada di tempat ketiga sementara United Kingdom di tangga keempat.

Kedudukan pasport antarabangsa yang dilakukan Passport Index adalah berdasarkan akses rentas sempadan dinikmati pemegangnya. Ia telah dibangunkan oleh perunding global, Arton Capital yang berpusat di Kanada.

Pemegang pasport UAE kini boleh terbang ke 167 negara sama ada tanpa visa sama sekali, atau visa yang dikeluarkan semasa ketibaan.

Ini pencapaian paling besar kerana UAE langsung tidak tersenarai pada 2017.

Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Amir Dubai, dalam tweet berkata: ‘Tahniah kepada UAE dan rakyatnya dan terima kasih banyak kepada Kementerian Luar Negeri dan pasukan Kerjasama Antarabangsa.’

Sementara itu, pasport paling tidak berkuasa adalah yang dikeluarkan oleh Afghanistan, yang menawarkan akses tanpa visa kepada hanya 29 negara.

Pasport lemah lain termasuk dari Iraq (32 negara), Pakistan (35 negara), Syria (36 negara) dan Somalia (38 negara).

Top 10 pasport paling berkuasa di dunia

  1. United Arab Emirates (167)
  2. Germany (166)
  3. Denmark, Sweden, Finland, Singapore, Luxembourg, France, Italy, Netherlands, Spain, Norway, South Korea dan USA (165)
  4. Belgium, Austria, Japan, Greece, Portugal, Switzerland, Ireland and Canada dan United Kingdom (164)
  5. Czech Republic dan Hungary (163)
  6. Malta dan Iceland (162)
  7. New Zealand, Slovenia, Poland, Lithuania, Slovakia, Latvia dan Australia. (161)
  8. Estonia, Malaysia (160)
  9. Romania and Bulgaria (158)
  10. Cyprus and Liechtenstein (157)

Malaysia antara negara yang punyai pasport paling berkuasa di dunia. Justeru, tidak hairanlah ada yang ingin mendapatkannya dengan harga yang mahal. Boleh baca pengalaman hilang pasport di London.


Spread the love

5 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!