10 orang paling kaya di dunia – kelab tiga koma

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,

apabila bercerita mengenai kekayaan, ianya akan menerima maklumbalas bercampur baur. Ada yang merasakan kekayaan ini merosakkan dan tak kurang juga yang memahami mengapa perlu kaya. Saya memegang pendapat perlu kaya untuk melakukan banyak perkara termasuklah usaha untuk agama, bangsa dan negara.

saban tahun, kelab tiga koma ini akan menerima perubahan kedudukan. Tahukah anda apa itu kelab tiga koma?

Kelab tiga koma adalah kelab di mana ahlinya mempunyai kekayaan berbillion dollar USD. Billion di sini anda ditulis dengan format koma, mempunyai tiga koma bermakna jumlahnya adalah pada nilai billion. Contoh 1,000,000,000 bersamaan dengan 1 billion.

10 orang terkaya di dunia

Sumber kekayaan daripada pelbagai sektor

Kebanyakan ahli kelab tiga koma ini mengusahakan perniagaan dan aktiviti dalam pelbagai sektor. Ada yang mengusahakan syarikat teknologi, syarikat pelaburan dan pelbagai lagi. Namun semua boleh dikategorikan dalam skop perniagaan.

Mereka ini juga dari usia yang berbilang, ada yang masih muda, ada yang telah berumur dan daripada berbilang bangsa. Apa yang pasti, mereka mengusahakan aktiviti mereka dengan mengikut susur masa masing-masing, bukan ingin mengejar sana sini tetapi sedar apa yang mereka boleh lakukan dan capai.

kekayaan daripada pelbagai sektor perniagaan dan perusahaan

Satu persamaan ketara di kalangan ahli kelab tiga koma

Satu persamaan ketara di kalangan mereka ini adalah, apabila mereka telah kaya, mereka gemar untuk membuat kebajikan dan usaha yang akan mendatangkan manfaat kepada lebih ramai umat manusia. Ratusan juta dollar dikeluarkan untuk membuka yayasan kebajikan dan pelbagai lagi.

Semua ini menjurus kepada kenapa mereka boleh terus menjadi lebih kaya dan kaya. Apabila kita banyak memberi, kita akan menerima dengan lebih banyak. Itu janji Tuhan.

Penting di sini untuk kita memahami konsep dan aturan mudah agar kita juga boleh bersama-sama menjadi ahli kelab tiga koma.

kekayaan dengan membuat kerja kebajikan

Senarai 10 orang terkaya di dunia 2018

Berikut adalah senarai 10 orang terkaya di dunia untuk tahun 2018, kedudukan ini mungkin akan berubah-ubah mengikut pasaran semasa. Ini merupakan rujukan senarai daripada laman Forbes yang bertarikh 6 March 2018.

Individu terkaya pada masa ini adalah empunya laman amazon.com

jeff bezos amazon

#1 Jeff Bezos – mempunyai kekayaan sebanyak USD112Billion merupakan individu pertama yang mencecah angka 100billion. Beliau memiliki 16% daripada keseluruhan syarikat Amazon. Pada ketika artikel ini ditulis, nilai kekayaan Jeff Bezos telah meningkat mencecah USD120Billion.

#2 Bill Gates – sebagai individu yang bertanggungjawab mempengerusikan Yayasan Kebajikan Persendirian terbesar di dunia bersama isteri beliau Melinda, Bill Gates mempunyai kekayaan sebanyak USD90Billion dan sehingga hari ini, beliau memiliki lebih kurang 1% daripada saham syarikat Microsoft.

#3 Warren Buffet – merupakan insan yang turut dikenali sebagai “Oracle of Omaha” ini mempunyai kekayaan sejumlah USD84Billion. Beliau mengusahakan syarikat pelaburan Berkshire Hathaway yang memilik saham dalam lebih 60 syarikat yang lain. Warren Buffet komited memberikan lebih 99% kekayaannya untuk tujuan kebajikan, sehingga harini, beliau telah mengeluarkan lebih USD30Billion untuk tujuan kebajikan.

Bill Gates dan Warren Buffett

#4 Bernard Arnault & Family – memiliki kekayaan pada nilai USD72Billion. Bernard memantau lebih 70 jenama termasuk Louis Vuitton dan Sephora. Kesan daripada pembelian hampir keseluruhan Christian Dior dan usaha LVMH, Bernard meningkatkan kekayaannya hampir USD30bill hanya dalam tempoh setahun.

#5 Mark Zuckerberg – merupakan individu yang bertanggungjawab membina Facebook.com dan membawa syarikat itu ke mana beliau sekarang berada. Anak muda ini dengan kekayaan USD71Billion semasa data diambil, namun disebabkan isu baru-baru ini, jumlah kekayaan Mark telah menurun menjadi USD64Billion.

#6 Amancio Ortega – adalah antara individu terkaya di Eropah dan antara yang terkaya di Dunia. Merupakan antara pioneer dalam fesyen pantas dan merupakan empunya untuk rangkaian jenama Zara. Beliau lazimnya akan menerima sekitar USD400 juta setahun daripada dividen saham yang dimilikinya. Nilai kekayaannya adalah USD70Billion.

Carlos Slim Helu orang terkaya di mexico

#7 Carlos Slim Helu & Family – dengan nilai kekayaan sebanyak USD67.1Billion, beliau merupakan orang paling kaya di Mexico dengan mengusahakan syarikat telekomunikasi yang besar. Beliau turut mempunyai beberapa perniagaan lain termasuk 16% saham dalam New York Times.

#8 Charles Koch – merupakan Pengerusi dan CEO untuk syarikat Koch Industries, yang merupakan syarikat persendirian kedua paling besar di Amerika, sejak tahun 1967. Beliau memiliki 42% firma tersebut dan pada ketika ini, nilai kekayaan beliau adalah USD60Billion.

#9 David Koch – merupakan adik beradik kepada Charles Koch yang mengusahakan Koch Industries. Beliau memiliki kekayaan sejumlah USD60Billion.

#10 Larry Ellision – telah bersama-sama menubuhkan syarikat ORACLE pada tahun 1977 untuk pengurusan database dan perhubungan pelanggan. Nilai kekayaan beliau mencecah USD58.5Billion.

kekayaan untuk kebaikan

Memang hebat-hebat senarai 10 orang terkaya di dunia ini. Walaupun mungkin kedudukan ini sentiasa berubah terutama dalam keadaan ekonomi sekarang, namun kekayaan mereka ini memang begitu banyak. Semoga kita dapat menjadikan mereka sebagai inspirasi untuk terus mengusahakan apa yang kita sedang usahakan.


Spread the love

81 Comments

  1. Penting di sini untuk kita memahami konsep dan aturan mudah agar kita juga boleh bersama-sama menjadi ahli kelab tiga koma. apakah aturan2 itu?

  2. Individu terkaya pada masa ini adalah empunya laman amazon.com Terbaiklah Jeff Bezos..pemegang saham terbesar juga ni

    1. Ptt la orang cakap, nak jadi jutawan billionaire ni bukan kena buat satu , dua bisnes jer, tapi lebih drp 10 bisnes

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!