10 Kelebihan yang ada pada Bulan Zulhijjah

Spread the love

Seperti yang kita tahu esok dah masuk Bulan Zulhijjah yang man kita tahu bulan ini ramai orang tunaikan haji dan laksanakan ibadah korban.

Walau bagaimanapun ada beberapa kelebihan bulan Zulhijjah yang perlu kita ambil tahu dan kelebihan tersebut dikongsikan oleh Ustaz Muhammad Fahmi di laman twitternya.

1- Bulan Zulhijjah merupakan salah satu bulan daripada 4 bulan haram. Iaitu Muharram, Rajab, Zul Qa’dah, Zulhijjah. Bulan haram maksudnya bulan yang amat mulia.

2- Selain itu, 10 hari terawal bulan Zulhijjah mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Ia merupakan seafdal-afdal hari dalam dunia.

Kata Nabi S.A.W : أفضل أيام الدنيا أيام العشر

Seafdal afdal hari dalam dunia adalah 10 hari terawal Zulhijjah.

3- Allah S.W.T sendiri bersumpah dengan 10 hari terawal bulan Zulhijjah berdasarkan firman-Nya : والفجر وليال عشر Demi fajar, dan demi malam yang sepuluh. Kata Ibnu Abbas dan ‘A’isyah : Malam yang sepuluh merujuk kepada 10 hari terawal Zulhijjah.

Para ulama kata : Allah yang Maha Agung, sama sekali tidak akan bersumpah melainkan dengan suatu yang agung juga. Ini menggambarkan besarnya kemuliaan 10 hari terawal Zulhijjah di sisi Allah.

4- Amalan yang paling Allah sukai, adalah amalan yang dilakukan dalam 10 hari terawal bulan Zulhijjah. Rasulullah SAW bersabda : Tidak ada mana-mana hari yang amalan soleh di dalamnya lebih Allah sukai berbanding amalan pada 10 hari terawal Zulhijjah.

5- Justeru kita dituntut untuk memperbanyakkan amalan soleh dalam 10 hari terawal ini.

6- Antara amalan yang dianjurkan ialah berpuasa pada hari Arafah iaitu 9 Zulhijjah. Puasa hari Arafah menghapuskan dosa-dosa kecil setahun yang lepas dan yang akan datang.

7- Selain itu, dituntut perbanyakkan doa pada hari Arafah. Berdasarkan hadis : Sebaik-baik doa adalah berdoa pada hari Arafah.

8- Banyakkan juga Zikrullah seperti firman Allah : ويذكروا اسم الله في أيام معلومات Hari-hari ma’lumat merujuk kepada 10 terawal Zulhijjah.

9- Pada Hari Raya korban, sembelihan korban hukumnya sunat muakkad untuk kita lakukan. Diikuti dengan tiga hari tasyriq sesudahnya 11, 12, 13 Zulhijjah.

Baca: Ibadah Korban 1442H/2021M

10- Pada hari tasyriq pula, kita dituntut perbanyakkan zikrullah berdasarkan firman Allah : واذكروا الله في أيام معدودات Hari-hari Ma’dudat merujuk kepada tiga hari tasyriq.

Maka perbanyakkan zikir seperti : الله أكبر الله أكبر الله أكبر لا إله إلا الله الله أكبر الله أكبر ولله الحمد

Moga Allah SWT rezekikan kita semua untuk memperbanyakkan amalan soleh. Yang mana mudah mudahan dengannya dosa-dosa kita terampun. Juga dengannya menjadikan doa kita mustajab untuk kita meminta kesembuhan buat Negara ini.

Sumber: Muhammad Fahmi


Spread the love

3 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!