10 individu terkaya di Malaysia tahun 2019

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Senarai Orang Paling Kaya Forbes Malaysia 2019 yang dikeluarkan dan menyebut 30 hartawan Malaysia menyaksikan kekayaan mereka merosot manakala 11 lagi menikmati peningkatan. Tan Sri Robert Kuok mengekalkan ranking paling atas dengan kekayaan sebanyak US$ 12.8 Billion

Sementara itu, Tan Sri Quek Leng Chan dari Hong Leong (Malaysia) menambah kekayaan sebanyak US$ 2.2 bilion dan kekal pada kedudukan nombor dua dengan nilai bersih US$9.4 bilion.

Tan Sri Teh Hong Piow Public Bank memperoleh US$700 juta, meningkat satu anak tangga ke nombir tiga dengan nilai bersih US$6.7 bilion.

Lima hartawan teratas dalam senarai itu ialah Tan Sri Ananda Krishnan di tempat keempat dengan US $6.2 bilion, susut US$900 juta apabila saham dalam penyedia perkhidmatan tenaga Bumi Armada susut 78 peratus tahun ini hingga 1 Mac.

Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Corporation dan IOI Properties menduduki tempat kelima, dengan nilai kekayaannya merosot sebanyak US$ 200 juta kepada US$5.4 bilion.

Jutawan lain yang menyaksikan kekayaan mereka merosot termasuklah Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary yang mengekalkan kedudukannya di tempat ke-12 walaupun kekayaan merosot US$200 juta kepada US$1.7 bilion.

Saham syarikat berkaitan infrastrukturnya menyusut susulan kajian berterusan ke atas projek-projek infrastruktur mega Malaysia.

Seorang lagi hartawan yang mengalami kemerosotan ialah Pengerusi Genting, Tan Sri Lim Kok Thay, yang berada di nombor tujuh dengan kekayaan bernilai US$4.4 bilion.

Beliau jatuh satu tempat daripada nombor enam tahun lepas apabila kekayaannya susut sebanyak US$300 juta.

Senarai ini disusun menggunakan maklumat dari individu, bursa saham, penganalisis, pangkalan data peribadi, agensi kerajaan seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia, dan sumber lain.

Jumlah nilai bersih adalah berdasarkan kepada harga saham dan kadar pertukaran pada penutupan pasaran pada 28 Feb.

Individu paling kaya di Malaysia mengikut ranking dunia

Syarikat persendirian dinilai menggunakan nisbah kewangan dan perbandingan lain dengan syarikat-syarikat yang sama dengan dagangan awam.

Anggaran termasuk kekayaan pasangan, dan jika mereka merupakan pengasas syarikat, ia turut mengambil kira kekayaan anak hsil dari syarikat itu.

Dalam kes kekayaan anggota keluarga adalah berdasarkan kepada syarikat yang sama, ahli-ahli ini digabungkan menjadi satu penyenaraian, selagi masing-masing mempunyai kekayaan yang mencukupi untuk memenuhi syarat.

Senarai penuh boleh didapati dalam terbitan terkini Forbes Asia, yang sudah berada di pasaran.

Billionaire Paling Kaya di Malaysia (USD)

  1. Roberk Kuok- 12.8B
  2. Quek Leng Chan- 9.4B
  3. Teh Hong Piow – 6.7B
  4. Ananda Krishnan- 6.2B
  5. Lee Shin Cheng – 5.4B
  6. Chen Lip Keong- 5B
  7. Lim Kok Thay – 4.4B
  8. Lau Cho Kun- 3.4B
  9. Koon Poh Keong & Poh Ming – 2.6B
  10. Kuan Kam Hon- 2.4B

Spread the love

5 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!