Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sudah kiranya majoriti penduduk di Malaysia kini sudah mempunyai telefon bimbit pintar. Secara normalnya seunit seorang dan ada juga mempunyai dua telefon bimbit dan ada juga yang lebih daripada itu.
Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Apabila mempunyai dan menggunakan telefon bimbit pintar, sudah tentu pelbagai aplikasi yang telah dimuat turun bagi kegunaan harian. Ada yang menggunakannya untuk bersosial, berbisnis, rekabentuk gambar atau video serta pelbagai lagi aplikasi yang ada.
Untuk android, yang paling tinggi dimuat turun di Malaysia pada tahun 2018 adalah:
- Shopee
- Lazada
- Popular Wars
- Messenger
- SHAREit
- Touch N Go
- Tik Tok
- Grab
Untuk iOS, yang paling tinggi dimuat turun di Malaysia pada tahun 2018 adalah:
- Lazada
- Shopee
- Touch N Go
- PUBG Mobile
- ZEPETO
- Popular Wars
- Plato : Find Fun
- Youtube
Bagi muat turun aplikasi paling tingg di dunia pada tahun 2018 ini, pelbagai aplikasi dapat dilihat dan jumlah muat turunnya pun cukup memberangsangkan.
Uber mendahului dalam lebih daripada satu kategori, Spotify juga sudah semakin melonjakkan angka peminatnya dan Wish pula lebih diminati dalam membeli belah atas talian.
Aplikasi yang paling dimuat turun pada 2018?
Itulah WhatsApp, platform pemesejan global Facebook yang lain, dengan lebih dari 779 juta muat turun antara iOS dan Android. Satu-satunya aplikasi lain yang tinggi dari kategori permainan adalah Helix Jump, dengan lebih daripada 334 juta muat turun.
Dari senarai aplikasi dalam membeli-belah, makanan dan minuman, muzik, dating, sosial, hiburan, dan permainan, jelas bahawa pengguna mudah alih moden mahu apa yang dia mahu dengan serta-merta. Selain itu sudah pastinya mesra telefon bimbit, tidak menggunakan ruang yang besar dan lancar.
Berapa jumlah aplikasi yang ada di dalam telefon bimbit anda?
166 Comments
walaupun uber mengalami kerugian, ia masih terletak di tmpat prtama dlm carta
my talking tom pun ada? adoii mesti budak budak main cakap cakap ni
game kegemaran ramai candy crush tu masih ada dalam carta.. mmg addictive la game tu
nampaknya ramai yang guna touch n go e wallet.. senang kan klau guna app je?
zepeto ni pernah download dulu.. tak best install kejap pastu delete. haha
popular wars tu apa ya? kejap saya nak cek.. sampai masuk carta tu mesti best
pizzaria tu mesti game masak masak.. game macam ni pun femes kan? perempuan la biaanya
mine craft tu best ke? nampak macam tak best. tapi ramai budak budak download
dulu clash of clans ni sangat femes. sekarang ni dah turun carta sbb games lain lebih hebat
banyak app kat atas ni mmudahkan hidup kita.. rugi kalau tak guna sepenuhnya
mobile legends lagi popular dari pubg? biar betul haha.. kena donlod jgk ke ni?
share it ut antr tools yang mudah utk transfer file.. untung siapa yang download
shopee tu femes sebb kita boleh jual barang dengan mudah. sy sendiri pernah jual barang..
lepas habis komen di blog DH malam ni saya nak sambung main pubg.. tengah cari jalan mcm mana nak main di laptop
selain memudahkan kehidupan kita app macam ni dt release tension.. contohnya candy crush
Comments are closed.