Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sudah kiranya majoriti penduduk di Malaysia kini sudah mempunyai telefon bimbit pintar. Secara normalnya seunit seorang dan ada juga mempunyai dua telefon bimbit dan ada juga yang lebih daripada itu.
Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Apabila mempunyai dan menggunakan telefon bimbit pintar, sudah tentu pelbagai aplikasi yang telah dimuat turun bagi kegunaan harian. Ada yang menggunakannya untuk bersosial, berbisnis, rekabentuk gambar atau video serta pelbagai lagi aplikasi yang ada.
Untuk android, yang paling tinggi dimuat turun di Malaysia pada tahun 2018 adalah:
- Shopee
- Lazada
- Popular Wars
- Messenger
- SHAREit
- Touch N Go
- Tik Tok
- Grab
Untuk iOS, yang paling tinggi dimuat turun di Malaysia pada tahun 2018 adalah:
- Lazada
- Shopee
- Touch N Go
- PUBG Mobile
- ZEPETO
- Popular Wars
- Plato : Find Fun
- Youtube
Bagi muat turun aplikasi paling tingg di dunia pada tahun 2018 ini, pelbagai aplikasi dapat dilihat dan jumlah muat turunnya pun cukup memberangsangkan.
Uber mendahului dalam lebih daripada satu kategori, Spotify juga sudah semakin melonjakkan angka peminatnya dan Wish pula lebih diminati dalam membeli belah atas talian.
Aplikasi yang paling dimuat turun pada 2018?
Itulah WhatsApp, platform pemesejan global Facebook yang lain, dengan lebih dari 779 juta muat turun antara iOS dan Android. Satu-satunya aplikasi lain yang tinggi dari kategori permainan adalah Helix Jump, dengan lebih daripada 334 juta muat turun.
Dari senarai aplikasi dalam membeli-belah, makanan dan minuman, muzik, dating, sosial, hiburan, dan permainan, jelas bahawa pengguna mudah alih moden mahu apa yang dia mahu dengan serta-merta. Selain itu sudah pastinya mesra telefon bimbit, tidak menggunakan ruang yang besar dan lancar.
Berapa jumlah aplikasi yang ada di dalam telefon bimbit anda?
166 Comments
whats app tu kira app nombor satu dunia.. semua orang wajib ada app tu kan?
kandungan netflix mmg hebat dan best.. tak hairanlah ramai yang donload app itu
netflix pun ramai yang install. semua nak tgk movie dan series best kat sana hehe
mobile legend tu pun femes.. selalu tgk budak budak main games tu sekarang
baru tahu yang google maps dan waze tu dikategorikan sebagai app travel rupanya.. hehe
Sejak main pubg sy blum pernah menang. Second place tu penh la. Biasa la amaturr
Bila sy perhatikan pubg ni mcm the hunger games. Fight fight sampai la last man standing yg menang
Bila saya start main pubg baru sy tahu kno game ni best. Sebb kita lawan dengan org mcm kita juga
Game fortnite dan pubg saling bersaing atr satu sama lain. Konsepnya sama sahaja
Best sgt ke tik tok ni. Tak pernah rasa nak download pun. Mungkin faktor usia la haha
setuju. faktor usia blh mpengaruhi nk install ape. tpi kadg2 tibe2 je ade game dlm phne ni. sape install tah. huhuh
haha mesti anak anak yang install tu.. nampak dlm tv terus cari da install
Sampai sekarang saya suka games masak masak. Tak tahu la kenapa. Hahah
Banyak lagi app yg saya tak tahu. Bila bacaa entri ni baru tahu kewujudannya
Ni apps yang paling banyak dimuat turunkan, bukan yang digunakn kan. Kalau tak mesti youtube anda yg menggungguli carta
Betuo jgk tu. Entah entah download pastu terus delete sbb tak suka dan tak best
Kalau tak delete pon, dok terkepam dlm hp tu. Sesekali je guna. Tapi tetap dikira download kan
ye.. biasanya saya tak terus install. tgk review dan tgk video dahulu.. malas nak install apps pelik pelik
Tinder tu macam tak percaya je dok rating atas skali. Ramai yang guna rupanya. Ada gak yang dapt jodh dr situ juga
Mmg ramai. Di malaysia tak pasti tp di amerika mmg hot la app ni. Ada yg dh kawin pun
Shoppe makin menjadi pilihan. Dengar cerita, Shopee dah beat Lazada sbg ecommerce no 1 di asia
Rasanya shopee mmg hot tahun ni ramai ckp shopee lebih mudah dari lazada. Pastu bleh jual barang jgk
Comments are closed.