Zikir Pagi melidungi aku dan harta benda daripada bencana?

Spread the love

Mobile broadband di rumah mertua sememangnya tidak begitu kuat. Yang ada hanya sekadar 1 bar untuk line 3G. Kalau nak melayari website dan blog yang ringan sizenya memang boleh tetapi tidak untuk website dan blog yang penuh dengan widget. Untuk mendapat line broadband yang bagus aku selalunya akan parking di hadapan Sekolah Asarama Penuh di pinggir kampung.

Semalam aku pengulangi perkara yang sama demi untuk mendapat line broadband yang lebih baik. Aku parking di bahu jalan di depan Sekolah Asrama Penuh, ditepinya terdapat tanah cerun yang berumput dan tali air yang agak besar, sangat jernih airnya. Seekor lembu sedang enak meragut rumput sambil menemani aku yang khusyuk melayari internet. Sesekali kenderaan melintas lalu memecah keheningan sunyi suasana kampung.

Sedang asyik aku melayari internet tiba-tiba aku nampak lembu bergegas lari dan diikut bunyi bising yang sangat kuat. Kelihatan sebuah Proton Saga putih yang agak usang usianya sedang terbabas di sisi kerata aku dan terus terhenti di tepi gigi tali air. Kalau tidak kerana tersangkut pada tanah becak sudah pasti kereta Proton Saga putih yang dipandu Apek tua sudah terperosok ke dalam tali air yang dalam.

Aku memang terkejut dan terus keluar daripada kereta. “Apek apasal” tanya aku ringkas. “Mata masuk sampah” jawabnya ringkas. “Lu betul nasib baiklah kalau terus masuk tali air lagi susah”. Apek tu masih kelihatan bingung. Melihat tanda kereta Proton Saga putih itu hanya terbabas 2-3 inci daripada kereta aku. Ya ALLAH apalah agaknya terjadi kalaulah Apek tu terbabas dan melanggar kereta aku. Dengan kelajuan semasa terbabas tu aku rasa pasti teruk kereta aku kalau dilanggar.

Pengawal Sekolah Asrama Penuh yang melihat kejadian daripada jauh datang bergegas.Perkataan pertama bila beliau sampai, “Abang, kawasan ni memang selalu terjadi kemalangan. Semalam seorang perempuan terbabas masuk parit depan tu”. Kemudian beberapa kereta lagi berhenti membantu menolak naik kereta Proton Saga Putih naik ke atas.
[ad#HTML-5]
Aku masih berfikir bertapa Allah melindungi aku daripada kemalangan. Aku sangat bersyukur dan ini merupakan salah satu keajaiban. Mungkinkah amalan zikir pagi yang aku amalkan telah mengizinkan Allah melindungi aku dan harta.

Salah satu daripada erti zikir pagi : “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu keselamatan di dunia dan akhirat. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu ampunan dan keselamatan pada agamaku, duniaku, keluargaku, dan hartaku. Ya Allah, tutupilah auratku dan tenteramkanlah aku dari rasa takut. Ya Allah, jagalah aku dari depan, belakang, kanan, kiri dan dari arah atasku. Aku berlindung dengan keagungan-Mu bila aku disambar dari arah bawahku

Insyallah marilah kita terutama para suami berazam untuk mengamalkan zikir pagi yang merupakan salah satu amalan tetap Junjugan Besar Nabi Muhamad SAW. Amalan zikir pagi ini adalah salah satu usaha untuk memohon perlindungan untuk diri kita, keluarga dan harta benda.

Pernahkah ANDA melalui peristiwa ajaib. Jika pernah kenapa tidak kongsikan dengan kita semua?

[ad#Mangga 300]


Spread the love

80 Comments

  1. Perumpamaan orang yang berzikir kepada Robbnya dan yang tidak, seumpama orang hidup dan orang mati. (HR. Bukhari dan Muslim)

  2. Menyebut-nyebut Allah adalah suatu penyembuhan dan menyebut-nyebut tentang manusia adalah penyakit (artinya penyakit akhlak). (HR. Al-Baihaqi)

  3. Apabila kamu melewati taman-taman surga makan dan minumlah sampai kenyang. Para sahabat lalu bertanya, “Apa yang dimaksud taman-taman surga itu, ya Rasulullah?” Beliau menjawab, “Kelompok zikir (Kelompok orang yang berzikir atau majelis taklim).” (HR. Tirmidzi dan Ahmad)

  4. Dzikir merupakan ibadah hati dan lisan, yang tidak mengenal batasan waktu. Bahkan Allah menyifati ulil albab, adalah mereka-mereka yang senantiasa menyebut Rabnya, baik dalam keadaan berdiri, duduk bahkan juga berbaring. Oleh karenanya dzikir bukan hanya ibadah yang bersifat lisaniah, namun juga qolbiah. Imam Nawawi menyatakan bahwa yang afdhal adalah dilakukan bersamaan di lisan dan di hati. Sekiranyapun harus salah satunya, maka dzikir hatilah yang lebih afdhal.

  5. Dzikir juga diibaratkan seperti bangunan-bangunan suatu negri; yang tanpa dzikir, seolah sebuah negri hancur porak poranda bangunannya. Dzikir juga merupakan senjata bagi musafir untuk menumpas para perompak jalanan. Dzikirpun merupakan alat yang handal untuk memadamkan kobaran api yang membakar dan membumi hanguskan rumah insan.
    .-= Bang Iwan´s last blog ..PERUBAHAN Vs PERGESERAN =-.

  6. Dzikir merambah aspek yang luas dalam diri insan. Karena dengan dzikir, seseorang pada hakekatnya sedang berhubungan dengan Allah. Dzikir juga merupakan makanan pokok bagi hati setiap mu’min, yang jika dilupakan maka hati insan akan berubah menjadi kuburan.
    .-= Bang Iwan´s last blog ..PERUBAHAN Vs PERGESERAN =-.

  7. Waktu Pagi adalah Waktu yang Penuh Berkah
    Waktu yang berkah adalah waktu yang penuh kebaikan. Waktu pagi telah dido’akan khusus oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sebagai waktu yang berkah.

  8. Lihatlah! Pagi tak pernah bosan menyapa kita kecuali Allah menentukan takdirnya yang lain. Suasana pagi tetaplah penuh dengan kesegaran dan kesejukan. Suasana pagi selalu membawa harapan bagi diri. Selamat pagi! Saya ingin selalu menyapa pagi dan menjadikannya momen yang baik untuk memperbaiki diri. Mudah-mudahan..
    Wallahu’alam bishshowab

  9. Lukman Al-Hakim pun mengingatkan anaknya tentang kemuliaan pagi dan mudahnya akal menyerap ilmu dengan mengatakan, “Jangan sampai ayam jantan lebih cerdas darimu. Ia berkokok sebelum fajar, sementara kamu masih mendengkur tidur hingga matahari terbit.”

  10. Waktu-waktu shubuh di pagi hari adalah waktu yang oleh para ulama dianggap sebagai waktu terbaik untuk mendalami suatu ilmu. Suasana pagi yang tenang membuat konsentrasi dan kemampuan memahami meningkat. Ibnu Jarir Ath Thabari, yang mampu menulis sebanyak empat puluh halaman setiap hari selama empat puluh tahun terakhir masa usianya, melakukan murajaah akan ilmu dan ide-ide yang akan dituangkan dalam tulisannya di awal-awal shubuh.

  11. Waktu pagi adalah waktu pergantian tugas malaikat malam dan siang. Rasulullah menjelaskan dalam haditsnya bahwa waktu shubuh adalah masa di mana para malaikat malam naik ke langit digantikan dengan malaikat siang. Sungguh terasa indah jika saat-saat pergantian malaikat itu, kita sedang berada dalam kondisi taat kepada Allah SWT.

  12. Waktu pagi, memang menyimpan banyak keutamaan. Salah satunya adalah keutamaan zikir pagi yang dianjurkan untuk memperoleh banyak rahmat Allah SWT.

    * “Dan sebarkanlah dirimu bersama orang-orang yang menyeru Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang untuk mengharapkan keridhaan-Nya” (Al-Kahfi; 28).

  13. dya pernah tgk 1 rancangan kt tv, sorg perempuan ni boleh tido time bwk MPV kt highway yg mmg sesak ngan keta…tp yg heran nye, keta die xde pn masuk line org, asyik stay line die je smpi la die sedar blik. tp yg plg menakutkn, time tu ade 1 trailer besar kt blkg keta die, mmg beberpa inci je. yg x phmnye, agknye perempuan ni xtido 48 jam kut, sbb trailer tu hon bukn main kuat tp die still lena diulit mimpi, hehe….Tuhan mmg Maha Agung….
    .-= Dya´s last blog ..Sami Yusuf =-.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!