Zikir Pagi melidungi aku dan harta benda daripada bencana?

Spread the love

Mobile broadband di rumah mertua sememangnya tidak begitu kuat. Yang ada hanya sekadar 1 bar untuk line 3G. Kalau nak melayari website dan blog yang ringan sizenya memang boleh tetapi tidak untuk website dan blog yang penuh dengan widget. Untuk mendapat line broadband yang bagus aku selalunya akan parking di hadapan Sekolah Asarama Penuh di pinggir kampung.

Semalam aku pengulangi perkara yang sama demi untuk mendapat line broadband yang lebih baik. Aku parking di bahu jalan di depan Sekolah Asrama Penuh, ditepinya terdapat tanah cerun yang berumput dan tali air yang agak besar, sangat jernih airnya. Seekor lembu sedang enak meragut rumput sambil menemani aku yang khusyuk melayari internet. Sesekali kenderaan melintas lalu memecah keheningan sunyi suasana kampung.

Sedang asyik aku melayari internet tiba-tiba aku nampak lembu bergegas lari dan diikut bunyi bising yang sangat kuat. Kelihatan sebuah Proton Saga putih yang agak usang usianya sedang terbabas di sisi kerata aku dan terus terhenti di tepi gigi tali air. Kalau tidak kerana tersangkut pada tanah becak sudah pasti kereta Proton Saga putih yang dipandu Apek tua sudah terperosok ke dalam tali air yang dalam.

Aku memang terkejut dan terus keluar daripada kereta. “Apek apasal” tanya aku ringkas. “Mata masuk sampah” jawabnya ringkas. “Lu betul nasib baiklah kalau terus masuk tali air lagi susah”. Apek tu masih kelihatan bingung. Melihat tanda kereta Proton Saga putih itu hanya terbabas 2-3 inci daripada kereta aku. Ya ALLAH apalah agaknya terjadi kalaulah Apek tu terbabas dan melanggar kereta aku. Dengan kelajuan semasa terbabas tu aku rasa pasti teruk kereta aku kalau dilanggar.

Pengawal Sekolah Asrama Penuh yang melihat kejadian daripada jauh datang bergegas.Perkataan pertama bila beliau sampai, “Abang, kawasan ni memang selalu terjadi kemalangan. Semalam seorang perempuan terbabas masuk parit depan tu”. Kemudian beberapa kereta lagi berhenti membantu menolak naik kereta Proton Saga Putih naik ke atas.
[ad#HTML-5]
Aku masih berfikir bertapa Allah melindungi aku daripada kemalangan. Aku sangat bersyukur dan ini merupakan salah satu keajaiban. Mungkinkah amalan zikir pagi yang aku amalkan telah mengizinkan Allah melindungi aku dan harta.

Salah satu daripada erti zikir pagi : “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu keselamatan di dunia dan akhirat. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu ampunan dan keselamatan pada agamaku, duniaku, keluargaku, dan hartaku. Ya Allah, tutupilah auratku dan tenteramkanlah aku dari rasa takut. Ya Allah, jagalah aku dari depan, belakang, kanan, kiri dan dari arah atasku. Aku berlindung dengan keagungan-Mu bila aku disambar dari arah bawahku

Insyallah marilah kita terutama para suami berazam untuk mengamalkan zikir pagi yang merupakan salah satu amalan tetap Junjugan Besar Nabi Muhamad SAW. Amalan zikir pagi ini adalah salah satu usaha untuk memohon perlindungan untuk diri kita, keluarga dan harta benda.

Pernahkah ANDA melalui peristiwa ajaib. Jika pernah kenapa tidak kongsikan dengan kita semua?

[ad#Mangga 300]


Spread the love

80 Comments

  1. aigoo….dya setuju sgt la ngan entri ni….mmg ptt diamalkn selalu zikir2, selawat2 cos we’ll never what’s coming for us….dya pn dh amalkn sket2 lepas bace entri ni. truth be told dya mmg jarang la amalkn.. ni kirenye a big wake up call for me..yes ! thanks Denaihati for sharing ! :mrgreen:
    .-= Dya´s last blog ..Sami Yusuf =-.

    1. @Dya, baguslah kalau dya da mula amalkan..mieran pun akan praktikkan sbgaimana yg DH ni share

      1. @mieran, bgus2….kita pakat2 amalkn…..benda yg bgus ptt di share & di amalkn…so sume dpt pahala hehe….sape xnk pahala oiii… :mrgreen:
        .-= Dya´s last blog ..Sami Yusuf =-.

    1. @farahaznil, yup exactly right..erm kta sbg hambaNya perlu la sntiasa ingat kepadaNya dan selalu beramal kepadaNya

  2. Pingback: zikir
    1. @Incik RestNrilekS, yup kalau diamalkan sepanjang hdup kta nescaya Allah akan sntiasa berada disamping kita

  3. alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah, sholawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW.. Semoga perjalanan hidup ini dipenuhi dgn rasa syukur dan sentiasa mengingat Allah..
    :: Perubahan kearah kebaikan, biar lah orang mengata dan mencela, kerana tiada yang lebih bahagia selain mencari keredhaan Allah semata-mata.
    .-= tpinky´s last blog ..Lebih Baik Tiada Daripada Ada……………………… =-.

  4. selalu merayau ambil angin ke kawasan sekolah asrama penuh tersebut dan pernah sekali nampak ikan lumba-lumba 3 ekor di sungai tersebut.

    Mak mertua selalu suruh anak2 baca al-quran sebelum keluar rumah pagi2 waktu nak ke sekolah walau pun 5 ayat.
    .-= Kujie´s last blog ..Pening – Loya – Mabuk – Muntah =-.

    1. @Kujie, kalau ingat dulu-dulu tak sangat kawasan tu membangun jadi begitu. Syukur dengan izin Allah semuanya berlaku. Tips yang bagus tu daripada Mak Mertua Kak jie. Biar sedikit yang penting istoqamah amalannya.

  5. kalau peristiwa slalu terlepas dr kena saman dgn polis tu, slalulah..hehe mmg sblm naik motor atau kete, aku akan bc bismillah dgn mintak permudahkan urusan..insyaallah terselamat walaupun kalau nk pikirkan, time tu mmg nk kne saman atau accident dh..huhu
    .-= x-po´s last blog ..TAK MELUAT KE DENGAN JURUJUAL JALANAN? =-.

      1. @farahaznil, erm xpo 2 selalu merempit kt pasir mas..hahaha..gurau2 je bro..xpo kan..huhuuh

  6. Pingback: uberVU - social comments
  7. Syukur alhamdulillah tiada apa yang berlaku pada saudara.. saya sendiri pernah mengalami kemalangan dan hanya beberapa inci lebar tanah menyelamatkan saya daripada jatuh dalam gaung.. memang masa tu tiada apa yang dapat melindungi saya selain Allah SWT..

    terima kasih untuk zikir tu.. InsyaAllah akan amalkan yang itu juga..
    .-= kulanz´s last blog ..Ciri-ciri Pemimpin Yang Baik =-.

    1. @kulanz, kita ini milik Allah dan kepadanya sahajalah yang mampu kita mohon pertolongan zahir dan batin. Kuasa Allah lansung tiada sempadan.

    2. @kulanz, Saudara memang bernasib baik. Mungkinkah DIA masih ingat saudara kerana setia denganNYA?
      .-= Steward John´s last blog ..Slug that fires love darts at its chosen mate | An Important Discovery =-.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!