Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, sempena Israk Mikraj 1437 H kami dipilih ALLAH untuk menziarahi kota Cirebon yang terkenal sebagai kota para wali. Kembara ke Jawa Barat, Indonesia mengantikan kembara ke Jepun yang sepatutnya pergi dengan rakan-rakan kembara pada setiap bulan Mei setiap tahun bermula 2012.
Kembara kali ini bersama pelakon Adi Putra, Tuan Masrukhin dan Tuan Jefri Mejan terbang awal pagi dari KLIA2 dengan Air Asia. Sampai di Bandara Husain Sastranegara, pesawat terpaksa berputar-putar di angkasaraya Bandung selama 30 minit kerana tak dapat kebenaran untuk mendarat. Di bandara team Cardoba International atas arahan Datuk Husamuddin menyambut kami dengan menyediakan kenderaan dan pemandu. Kami terpaksa menolak dengan baik kerana sudah ada kenderaan dan pemandu yang telah diuruskan oleh adik, Hj Amin.
Sebelum bergerak ke Cirebon kami singgah sarapan pagi di rumah adik di Sukajadi, Bandung. Selepas sarapan pagi makan soto betawi yang enak banget, kami mula perjalanan ke Cirebon dengan dibantu oleh Angga. Sekarang dari Bandung ke Cirebon mudah kerana sudah ada jalan tol yang mengambil masa lebih kurang tiga jam. Kalau ikut jalan lama perjalanan memakan masa lebih lima jam. Alhamdulilah jalan tak macet, selepas lebih kurang tiga jam di atas jalan buat pertama kali aku menjejaki kaki di Kota Cirebon melalui jalan keluar Paliaman. Kami dijemput seorang rakan sekeluar sahaja dari jalan tol, almaklum kami tak mahir jalan di Cirebon.
Sesampai kami di Cirebon terus menziarahi keluarga angkat Adi Putra yang juga sangat terkenal di Cirebon iaitu Pak Habib Toha. Kami dihidangkan dengan makan tengahari yang sedap. Sempat juga Pak Habib menunjukkan barangan antik koleksi beliau antaranya mangkuk tingkat berusia ratusan tahun. Ada anak murid yang offer kereta MPV baru Vellfire ganti kepada mangkuk tingkat tetapi ditolak oleh Habib Toha. Sebelah malamnya kami juga hadir majlis doa selamat di rumah Habib Toha. Ratusan anak murid beliau yang datang meraikan majlis tersebut.
Di hari kedua sebelah siang kami singgah di Pondok Pesantren Jagastru dan Pondok Pesantren Al-Khairiyyah. Kami dibawa melawat sekitar pasantren dan dihidangkan dengan makanan dengan menu yang istimewa. Begitulah cara orang-orang alim menraikan tetamu dari jauh. Sebelah malamnya kami menziarahi Makam Sunan Gunung Jati yang merupakan salah seorang wali yang diiktiraf sebagai wali songo. Makam Sunan Gunung Jati tidak pernah tiada pelawat setiap hari setiap jam. Khabarnya setiap hati beratus bas daripada seluruh Indonesia datang menziarahi makam beliau.
Setelah melawat makam Syeikh Syarief Hidayatullah atau dikenali sebagai Sunan Gunung Jati teringin rasa hati nak melawat lapan lagi wali Allah yg merupaka wali songo yang sangat terkenal di Nusantara. Wali Songo sembilan ini telah membawa Islam berkembang ke Nusantara.
Selepas menziarahi Makam Sunan Gunung Jati kami melawat Makam Mbah Kuwu Sangkan, kisah mitos perjuang prabu siliwangi yang sangat terkenal di kalangan warga Indonesia. Kami juga singgah di tempat pemandian Mbah Kuwu Sangkan yang khabarnya tidak pernah kering dan menjadi tumpuan warga yang ingin menyembuhkan berbagai penyakit badan.
Banyak sangat lagi tempat sejarah dan makam para wali yang tidak sempat kami ziarahi kerana kesuntukan masa. Hari ketiga kami bergerak balik ke Bandung untuk melawat Pusat Pencentaka Al Quran Cardoba International yang merupakan salah satu anak syarikat Karangkraf. Terima kasih kepada Datuk Husamuddin yg telah menguruskan lawatan kami walaupun berada jauh di Balkan. Sempat kami singgah di Rumah Mode, factory outlet di tengah-tengah Kota Raya Bandung.
Alhamdulillah Israk Mikraj tahun ini kami diberi peluang untuk menziarahi tempat baru yang pasti memberi suntikan baru dalam kehidupan kami. Ada rezeki insyaa Allah akan datang lagi menjejaki sejarah para wali untuk mendekatkan kita pada ALLAH.
54 Comments
Senang sekali kami di kunjungi saudara muslim dari malaysia selamat datng di cirebon kotanya para wali allah Selamat datang di indonesia wahai saudaraku.
Curahan rasa cream pemutih wajah @ ..Merk krim malam untuk kulit berminyak dan berjerawat
Sanggup nak tukarkan Vellfire dengan mangkuk tingkat? perhh mau betul-betul punya bersejarah mangkuk tingkat tuh.
Curahan rasa Supernifz @ ..Puasa dan Gastrik
Fuiyooo beshnya mengembara dengan pelakon Adi Putra, kompem menjadi daya penarik jerk kan.. ekekek…
Curahan rasa Supernifz @ ..Puasa dan Gastrik
Banyak manfaay yang dapat bila jumpa ahli ulamak. Boleh belajar dari mereka.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Buat Duit Tanpa Modal Semasa Cuti Sekolah
Jauh perjalanan, luas permandangan dan pengetahuan, semoga dengan ziarah ini dapat menambahkan idea admin kita untuk terus berkarya.
Curahan rasa Supernifz @ ..Puasa dan Gastrik
oo keluarga angkat adi di sana juga ya. tapi baguslah program macam ni, sambil bisnes sambil melawat tempat bersejarah.
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Pengalaman Detox 30 Hari Dengan Shaklee
Boleh buat dua perkara dalam satu masa. Seronok dapat jumpa ahli ulamak. Banyak manfaat ilmu yang boleh kita dapat.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Buat Duit Tanpa Modal Semasa Cuti Sekolah
Sesambil menambah ilmu dapat pula ziarah kenalan kat sana, memang sesuatu yang seronok.
Curahan rasa Supernifz @ ..Puasa dan Gastrik
great articel saya suka sekali artikel ini,, keren.. semoga dengan perjalanan jarah ke kota para wali mendapatkan ilmu yang bermanfaat
Curahan rasa jamkho @ ..Cara menurunkan kadar kolesterol tinggi
Banyak perkongsian ilmu yang boleh dapat bila baca blog denai hati. Dapat ilmu nak pergi cirebon kali ni.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Buat Duit Tanpa Modal Semasa Cuti Sekolah
Tak pernah lagi dengat kisah-kisah pasai Cirebon nih, Pertama kali dengar nih.
Curahan rasa Supernifz @ ..Puasa dan Gastrik
Salam dari Indonesia Denaihati, Saya suka sekali dengan blog anda. Banyak pelajaran yang saya dapatkan disini.
Curahan rasa Putusujane @ ..Flash Player AX, NPAPI, PPAPI Offline Installer Terbaru
Banyak perkongian ilmu yang boleh dapat bila baca blog denai hati. Pengalaman berharga ke Indonesia.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Buat Duit Tanpa Modal Semasa Cuti Sekolah
sebagai warga cirebon saya sedikit malu juga.. di saat org luar berbondong2 berziarah ke sana, saya sendirinya jarang -_-
Nampaknya tuan Rozaq kena pergi juga nanti melawat tempat perjuangan wali wali songo tu.
Curahan rasa Sani @ ..Dengan Raymin Ezyjack RJW20U Tukar Tayar Kereta Boleh Sambil Gelak Ketawa!
Banyak rupanya tempat para wali kat Indonesia tuh rupa-rupanya. Hurmm …
Curahan rasa Supernifz @ ..Puasa dan Gastrik
wah ternyata kota cirebon sampai terkenal ke negeri malaysia yah,
salam silahturahmi dari indonesia.
Curahan rasa tutorial89 @ ..Potensi blog untuk generasi muda masa kini
Memang sudah lama mendengar kisah perjuangan para wali bersembilan ini, cuma belum ada peluang untuk menziarahi sahaja.
Curahan rasa Sani @ ..Dengan Raymin Ezyjack RJW20U Tukar Tayar Kereta Boleh Sambil Gelak Ketawa!
begitu padat sekali jadual perjalanan tuan ..alhamdulilah, memang beruntung sekali dapat menziarah kota para wali di sana.
Curahan rasa jida @ ..Apakah Itu Parut Keloid dan Cara Mengatasinya.
Ada rezeki nanti rasa nak pergi juga ke sini suatu hari nanti. Indonesia baru pernah sampai ke jakarta dan tasik malaya aje.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Buat Kerja Sampingan Pada Hari Minggu
Menziarahi kota para wali dapat menambahkan ilmu di dada. Banyak manfaat yang boleh dapat.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Pekerja Pejabat Ramai Yang Buat Jobdirumah
Jumpa alim ulamak macam ulamak disana boleh dapat banyak manfaat rohani kepada kita. Banyak ilmu yang boleh di pelajari dari mereka.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Komisen Jobdirumah Mei 2016
syukur, boleh pergi jalan-jalan, maknanya rezeki tu makin bertambah dan juga boleh melihat negara orang.
Curahan rasa encikarman @ ..Komisen kerja sambilan jobdirumah April 2016 – RM675
Semoga di lain waktu bisa ziarah ke kota sejarah lainnya..
Comments are closed.