Zarul Husin memang best dalam Cik Serba Tahu

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “Penawar yang boleh hilangkan sakit belakang dalam 10 saat“. Kali ni Abang nak kongsi kisah sahabat Abang Zarul Husin yang kini sudah jadi pelakon.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Akhir tahun lepas artis yang kami urus sosial medianya, Mira Filzah berkongsi di akaun instagram akan berlakon dalam tele movie #CikSerbaTahu. Kisah tersebut senyap begitu, tiba-tiba viral kisah Mira disingkir dari produksi.


Selesai Gegar Vaganza 3 ketika kami mengopi, Zarul Husin beritahu dia terpilih berlakon tele movie Cik Serba Tahu bersama Sari Yanti. Terkejut bila dengar berita ini sambil angkat kening dan berkata dalam hati, boleh ke Zarul berlakon? Dalam hati tertanya juga bagaimana Sari yanti boleh mengantikan Mira Filzah.

Siasat punya siasat rupanya Mira terpaksa tolak waatak utama dalam drama ini sebab pengambaran ditunda dan pada jadual baru, Mira sudah ada jadual pengambaraan drama yang lain. Jadi tidak timbullah kes Mira disingkir seperti tular di sosial media.

Tapi ok juga sebab yang menggantinya pelakon yang Abang suka tapi tak lah sampai tahap kecewa menonggeng seperti ramai peminat yang lain apabila Sari Yanti kahwin dengan Jeep Sepahtu.

Tele movie adaptasi novel Cik Serba Tahu tulisan Adilah sebanyak 16 episod sudah mula ditayangkan pada 27/3 setiap malam Isnin hingga Khamis pada jam 10  – 11 pm di Astro Ria dan Astro Ria HD. Kepada yang terlepas boleh menonton ulangan pada jam 10 am dan 4.30 pm.

Video Drama Cik Serba Tahu

Abang bukanlah kaki TV tapi kekawan berlakon terutama pertama kali kena sokong. Abang selalu tengok yang ulangan jam 10 pagi. Pendapat Abang lakonan pertama Zarul Umbrella sangat bagus bersama Sari Yanti dan Remy Ishak yang memang selamba tak macam buat-buat. Abang memang tidak kering gusi ketawa tengok cerita ni.

Abang ada baca beberapa status di sosial media yang bagi tabik pada tele movie ni antaranya kalau tak silap dari blogger Nur Misnan.

Selamat maju jaya kepada Zarul Husin Umbrella. semuga bukan sahaja menjadi penyanyi yang hebat juga pelakon yang berkualiti.

Amir Denaihati
Penulis Blog

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

57 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!